17 April 2013

Che Det dan Shahrizat boleh didakwa dibawah akta hasutan

Bekas ketua polis negara Musa Hassan menggesa ahli politik berhenti menakutkan orang ramai dengan membuat kenyataan tentang kemungkinan berlakunya ketegangan dan rusuhan kaum jika terdapat pertukaran kerajaan dalam pilihan raya umum.

Bercakap dalam forum berhubung peralihan kuasa yang aman dan lancar di sebuah hotel di Kuala Lumpur semalam, Musa mengulas kenyataan terbaru oleh Ketua Wanita Umno Shahrizat Jalil dan bekas perdana menteri Dr Dr Mahathir Mohamad.

Shahrizat sebelum ini dilapor membangkitkan peristiwa 13 Mei 1969 dalam ucapan dasarnya di Perhimpunan Agung Tahunan Umno pada November tahun lalu. 

Sementara Mahathir pula baru-baru ini menulis di blog bahawa pemimpin popular DAP Lim Kit Siang boleh merenggangkan Melayu dan Cina dalam kempennya untuk mendapatkan Gelang Patah.

"Sebagai pemimpin, mereka patut menasihatkan rakyat bertenang dalam memilih kerajaan pilihan hati mereka," kata Musa, yang dilihat lantang menyuarakan pendapatnya selepas bersara.

"Bagi saya, (kenyataan) itu hampir seperti menghasut," tambahnya.

1 comment:

  1. Memang menghasut pun tapi polis macam orang bercakap ini diam saja beranikah mereka menyiasat orang UMNO ni,pandai bercakap dan tidak berani berani bertindak ,jika yang bercakap itu pembangkang sudah lama kena siasat,alasan mudah akan diberi sebab tiada lapuran dari rakyat,ingin diingatkan orang -orang pembangkang tiada masa untuk buat laporan pada orang seperti Shahrizat dan Mahadir mamak tu sebab mereka berdua ni telah menjadi hata karun pada UMNO yang boleh membekalkan sedikit bantuan dari hasil rasuah mereka dan slah guna kuasa serta wang rakyat secara licik dan memualkan itulah sebabnya jika buat laporan pun polis dan SPRM tidak bertindak,jadi usah buat ulasanlah jika sekadar untuk memenuhkan masa lapang sahaja.

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini