10 April 2013

Kempen Umno BN tidak bermoral


Kumpulan bekas-bekas pesuruhjaya Suhakam (Proham) berpandangan penggunaan harta kerajaan untuk kepentingan politik perlu dihentikan oleh kerajaan sementara.

Menurut mereka, adalah menjadi tanggungjawab moral bagi parti politik untuk tidak menggunakan harta kerajaan biarpun tiada undang-undang jelas yang menghalang penggunaan tersebut.

"Amalan kontemporari di Malaysia menunjukkan bahawa ramai ahli politik yang menyalahgunakan sumber awam untuk mempromosikan agenda politik mereka dan parti-parti politik mereka.

"Amalan ini mesti berhenti untuk memastikan bahawa sumber-sumber awam yang digunakan untuk kebaikan bersama semua rakyat tanpa mengira anutan politik," kata Proham dalam satu kenyataan yang ditandatangani bersama oleh Pengerusi, Tan Sri Simon Sipaun dan setiausaha agung Datuk Dr Denison Jayasooria.

Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini pula menegaskan tindakan kerajaan sementara yang menggunakan harta awam dan kerajaan tidak melanggar undang-undang selagi belum masuk tempoh berkempen yang sebenar.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, kerajaan sementara hanya tidak boleh menggunakan harta atau aset kerajaan bermula tarikh penamaan calon 20 April ini hinggalah hari mengundi pada 5 Mei.

Ia bermakna semua ahli politik masih ada 10 hari lagi untuk berkempen secara bebas sebelum terikat dengan undang-undang waktu kempen sebenar.

Semalam, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim mempertahan tindakan BN menggunakan khidmat Jabatan Penerangan ketika majlis perasmian pusat operasi pilihan raya BN kawasan parlimen Batu di Kuala Lumpur Ahad lalu.

Beliau berpendapat, BN yang masih dianggap sebagai kerajaan sementara pada masa ini boleh berbuat demikian selagi tempoh kempen pilihan raya belum bermula.

Bagaimanapun banyak pihak melihat tindakan BN menggunakan harta kerajaan untuk kepentingan politik mereka itu satu tindakan tidak wajar.


No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini