01 November 2008

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH


Perasmian Pusat Khidmat Masyarakat Kota Raja


YB Dr Siti Mariah, Ahli Parlimen merakamkan jutaan terima kasih kepada Pengarah dan Jawatankuasa penganjur majlis Perasmian Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kota Raja dan Ceramah Perdana oleh YAB TGNA malam semalam Jumaat 31-10-2008.

Majlis yang berlangsung dengan penuh gilang gemilang turut dihadiri oleh YB Tn Hj Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam, YB Dr. Halimah Ali, Exco Selangor, YB Dr. Xavier Jayakumar, Exco Selangor, YB Shuhaimi Shafie, ADUN Sri Muda, Mantan Ahli Parlimen Jeli, Tn Hj Mohd Affendi, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dan Pengerusi Kelab Penyokong Pas Sri Andalas En. Letchumanan, Pengerusi Kelab Penyokong PAS Sri Muda En Segar serta En Gunalan dari Kelang Jaya.

Ketibaan TGNA kira-kira jam 8.50mlm disambut oleh semua orang kenamaan diatas diringi dengan kumpulan Gendang India serta kira-kira 2,000 ribu rakyat Kota Raja termasuk kira-kira 500 orang dari Kelab Penyokong PAS, serta ketua-ketua sami di Kota Raja.

Perasmian

TGNA seterusnya merasmikan PKMKR dengan memotong Riben dan menandatangani Plag Perasmian Pejabat tersebut seterusnya menandatangani buku lawatan didalam Pejabat YB Dr Mariah, beliau seterusnya menemui semua Pengerusi KPP bagi mengucapkan terima kasih diatas sokongan mereka kepada PAS.

Sebak

Dalam ucapan alu-aluan dalam majlis tersebut YB Dr Mariah terlalu sebak kerana kedatangan dan kesanggupan TGNA hadir merasmikan Pejabat beliau kerana sehari sebelum majlis tersebut TGNA melalui PA beliau hampir membatalkan hasrat beliau utk hadir kerana nasihat Dr disebabkan kesihatan yang memerlukan beliau rehat. Beliau memberitahu selama 7 bulan pemimpin dan masyarakat India menunggu kehadiran YAB TGNA. Selain itu ucapan YB Dr Mariah terganggu lagi dan mengalir air mata beliau semasa menceritakan masaalah kemiskinan rakyat diKota Raja, seterusnya menyeru kepada semua yang bekemampuan untuk bangganding bahu bersama beliau membantu rakyat tersebut.

Ucapan TGNA

Beliau mengucapkan syabas, tahniah dan terima kasih kepada kepada penduduk non-muslim yang melebihi 53% dalam Kota Raja tetapi memberikan undi yang tertinggi kepada calun PAS hingga tercatat sejarah memperolehi undi tertinggi di Malaysia. Ini menunjukkan perubahan sikap yang ketara dan pemerintahan 18 tahun kerajaan pimpinan PAS diKelantan membuktikan kepada semua bahawa pemerintahan Islam yang adil dan beramanah. Beliau juga menceritakan bahawa dalam keadaan kesihatan beliau yang tidak baik beliau sanggup mengingkari nasihat Dr. semata-semata kerana naluri beliau begitu kuat untuk hadir dan alangkah terperanjat dan kagumnya beliau diatas sambutan masyarakat non-muslim khususnya India dan Cina yang begitu ramai.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini