28 January 2009

10 minit cegah denggi


Taman Setia – Bukan susah untuk memastikan ahli keluarga tidak terlibat dengan wabak denggi, ini kerana kita hanya perlu meluangkan masa selama 10 minit sahaja membersihkan halaman rumah.

Seramai 3 orang pegawai yang saya temui iaitu Pegawai Penguat Kuasa Jabatan Kesihatan Daerah Klang dan MPK , Ngadiman berkata, setiap kali ada sahaja peringatan di media cetak mahu pun elektronik yang mengingatkan orang ramai mengenai bahaya wabak denggi. Namun, katanya, berapa ramai yang mengambil kisah dan meluangkan masa mereka selama 10 minit untuk membersihkan halaman rumah seperti mana yang disarankan pihak Kementerian Kesihatan?

“Seperti mana yang dilaporkan di dalam akhbar semalam, Kementerian Kesihatan mengisytiharkan denggi sebagai wabak di seluruh negara ekoran kesnya terus meningkat termasuk yang melibatkan kematian. “Langkah ini ekoran statistik menunjukkan 4,221 kes denggi dengan 12 kematian dilaporkan hanya dalam tempoh 23 hari iaitu dari 1 hingga 23 Januari lalu, meningkat hampir sekali ganda berbanding 2,153 kes yang dicatatkan bagi tempoh sama tahun lepas,” katanya kepada saya semalam. Ngadiman berkata, orang ramai perlu alau pun mempunyai kesedaran betapa bahaya wabak denggi itu sehingga boleh membawa maut.
Untuk makluman dalam bulan Januari ni saja ada 2 kes denggi berlaku di Taman Setia walaupun beberapa siri kempen dan gotong royong telah diadakan, ini termasuk jiran sebelah rumah saya yang baru saje keluar wad beberapa hari yang lalu.

Menurutnya, perkara itu dapat dielakkan jika orang ramai memantau kebersihan persekitaran mereka seperti di kawasan longkang, saluran air dan tempat-tempat yang berisiko untuk nyamuk denggi membiak. “Kita tidak perlu menunggu sehingga ada kes dilaporkan berlaku di kawasan kediaman barulah hendak memulakan operasi membersihkan rumah masing-masing.

“Apa yang perlu sekarang ialah sikap berjaga-jaga dan mengamalkan kebersihan di persekitaran rumah,” katanya. Ngadiman berkata, tidak salah kalau setiap kali menjelang cuti hujung minggu orang ramai mengadakan gotong-royong di kawasan kediaman masing-masing kerana jika dilakukan bersama-sama ia lebih bermakna. Katanya, perkara itu tidak boleh dipandang remeh dan orang ramai sepatutnya sudah mula melakukan apa yang disarankan pihak kementerian Kesihatan agar wabak denggi itu tidak meragut nyawa sesiapa lagi selepas ini.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini