29 January 2009

Politik Wang : Bubar Sayap Umno .... Jom sertai pas 'Pas For All'

Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail mahu organisasi UMNO disusun semula iaitu dengan membubarkan kesemua sayap parti termasuk Putera UMNO.

Beliau yakin langkah itu mampu membanteras gejala politik wang yang kini berleluasa terutama pada musim pemilihan parti. Sambil mengambil contoh sistem parti di England beliau berkata, kewujudan parti tanpa sayap boleh mengurangkan perebutan jawatan sekali gus menghalang lebih banyak politik wang daripada berlaku.

“Saya terfikir perlukah ada Puteri, perlukah ada Putera. Kewujudan mereka dalam UMNO bagi saya akan menyebabkan lebih banyak berlaku politik wang kerana merebut jawatan.

“Begitu juga dengan Pergerakan Wanita, ia juga perlu dipertimbangkan (dibubarkan).

“Saya ada terdengar wujudnya amalan politik wang di dalam Pemuda dan Puteri tetapi tiada orang yang mahu tampil memberi keterangan. Inilah akibatnya jika terlalu banyak pemilihan,” katanya.

Komen .... saya amat setuju dengan cadangan ini. Sesudah semua sayap tu dibubarkan semua ahli diseru keluar dari parti tersebut dan 'Jomsertaipas' atau mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat yang dijamin bersih dari politik wang. Oleh kerana kesedaran telah timbul maka jangan dilewat-lewatkan lagi niat yang baik ini.

Begitu juga dengan kak fidah, apa nak ditunggu lagi...........

1 comment:

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini