31 January 2009

Lihat & Nilailah sendiri


Cabaran Futsal Terbuka 2009 Parlimen Kota Raja

Cabaran Futsal Terbuka 2009 Parlimen Kota Raja akan diadakan seperti dinyatakan dalam Iklan dibawah. Sebanyak 40 pasukan akan berentap bermula jam 8.00 pagi hingga 5 petang dan Solat Zuhor secara berjemaah diwajibkan kepada semua pemain muslim.

Sebanyak 15 team terdiri dari Kelab Penyokong PAS dari Kota Raja, Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Majlis Perasmian oleh YB Dr Siti Mariah Mahmud jam 10.30 pagi ..... Jawatankuasa penganjur menjemput semua hadirin untuk hadir beramai-ramai.

Sukan ini penting untuk memastikan semua pejuang PAS dan PR sihat walafiat menjelang PRU 13 nanti.... tinjauan mendapati banyak yang berpenyakit darah tinggi, lemah jantung, kencing manis dsb... majulah sukan untuk Kota Raja dan negara.

30 January 2009

Tinggalkan Umno, Sertai PAS

Pemuda PAS Kota Raja percaya Umno tidak lagi mampu menjadi parti yang boleh diharapkan bagi meneraju kepimpinan negara pada masa ini.

Ini berikutan perkembangan politik tanahair sejak Pilihanraya Umum ke-12 hingga kepada peristiwa penghijrahan Adun Bota Dato' Nasaruddin Hashim dan terakhir cadangan Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen untuk membubarkan kesemua sayap parti di dalam Umno lantaran politik wang.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kota Raja Tuan Haji Hakim Kari berkata masalah kepimpinan dan kecelaruan nilai di dalam Umno yang begitu teruk waktu ini menjadikan parti itu sarat dengan masalah dalaman yang tidak mampu dipulihkan dalam waktu terdekat.

"Masalah amalan rasuah politik umpamanya, sudah menjadi sebati dengan kepimpinan tertinggi Umno dan kelihatan seperti mustahil untuk ditinggalkan oleh mereka.

"Sebahagian besar pemimpin Umno juga dilihat meletakkan kepentingan diri jauh melebihi kepentingan rakyat dan negara bahkan melebihi kepentingan parti mereka sendiri,"

Katanya kedudukan Umno yang tenat itu menjadikannya tidak lagi sesuai sebagai pentas perjuangan politik bagi anak-anak muda yang mempunyai idealisma dan semangat perjuangan yang tulus.

"Dengan penuh kesedaran saya mengajak pemimpin-pemimpin muda di dalam Umno yang ikhlas memperjuangkan kepentingan rakyat dan negara, juga kepentingan Islam dan Melayu untuk meneruskan perjuangan mereka dalam pentas politik PAS.

"Biarlah mereka yang mempunyai agenda peribadi dan kepentingan diri sahaja terus tinggal dan tenggelam bersama Umno," katanya.

29 January 2009

Politik Wang : Bubar Sayap Umno .... Jom sertai pas 'Pas For All'

Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail mahu organisasi UMNO disusun semula iaitu dengan membubarkan kesemua sayap parti termasuk Putera UMNO.

Beliau yakin langkah itu mampu membanteras gejala politik wang yang kini berleluasa terutama pada musim pemilihan parti. Sambil mengambil contoh sistem parti di England beliau berkata, kewujudan parti tanpa sayap boleh mengurangkan perebutan jawatan sekali gus menghalang lebih banyak politik wang daripada berlaku.

“Saya terfikir perlukah ada Puteri, perlukah ada Putera. Kewujudan mereka dalam UMNO bagi saya akan menyebabkan lebih banyak berlaku politik wang kerana merebut jawatan.

“Begitu juga dengan Pergerakan Wanita, ia juga perlu dipertimbangkan (dibubarkan).

“Saya ada terdengar wujudnya amalan politik wang di dalam Pemuda dan Puteri tetapi tiada orang yang mahu tampil memberi keterangan. Inilah akibatnya jika terlalu banyak pemilihan,” katanya.

Komen .... saya amat setuju dengan cadangan ini. Sesudah semua sayap tu dibubarkan semua ahli diseru keluar dari parti tersebut dan 'Jomsertaipas' atau mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat yang dijamin bersih dari politik wang. Oleh kerana kesedaran telah timbul maka jangan dilewat-lewatkan lagi niat yang baik ini.

Begitu juga dengan kak fidah, apa nak ditunggu lagi...........

28 January 2009

Berita bukan sekadar untuk dibaca .....nilai lah mereka

Berita yang ditulis bukan sekadar untuk dibaca, tapi nilai lah sendiri jenis orang yang jadi penulis dan pengomen nya sekali. Walau bagaimana marah sekali pun penulis tidak sepatutnya menunjukkan mereka langsung tiada akhlak wal hal mereka bercakap tentang satu aqidah. Comment yang tidak ditapis dah mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya amat memalukan umat Islam. Mereka mengaku sahaja Islam tapi dari mengamalkan amat jauh sekali Amat memalukan dan orang yang semacam ini dan partinya seharusnya tidak punya tempat dalam politik Malaysia.
Akhirnya khabarkan pada seluruh orang UMNO yang beriman dan berakhlak mulia serta seluruh rakyat Malaysia, jika inilah jenis UMNO.... TOLAK mereka dalam mana-mana PRK lepas ni dan PRU 13 akan datang .... Allahu Akhbar
Click sini

http://sejarahmelayu.blogspot.com/2009/01/pengkhianat-umno-adun-bota-masuk-pkr.html

Mesyuarat Agung & pemilihan AJK Masjid


Kota Raja - Mesyuarat Agung dan pemilihan AJK dan Pegawai Masjid disekitar Kota Raja adalah seperti berikut,

1. Masjid Al Hidayah Kampung Johan Setia pada hari Rabu 28-01-2009, selepas solat Isya

2. Masjid Ar-Rahimiyah Sri Andalas berhadapan Hospital TAR pada hari Sabtu 31-01-2009

Sehubungan dengan itu semua anak khariah yang telah mendaftar sebagai anak khariah dijemput hadir dalam mesyuarat pemilihan tersebut

10 minit cegah denggi


Taman Setia – Bukan susah untuk memastikan ahli keluarga tidak terlibat dengan wabak denggi, ini kerana kita hanya perlu meluangkan masa selama 10 minit sahaja membersihkan halaman rumah.

Seramai 3 orang pegawai yang saya temui iaitu Pegawai Penguat Kuasa Jabatan Kesihatan Daerah Klang dan MPK , Ngadiman berkata, setiap kali ada sahaja peringatan di media cetak mahu pun elektronik yang mengingatkan orang ramai mengenai bahaya wabak denggi. Namun, katanya, berapa ramai yang mengambil kisah dan meluangkan masa mereka selama 10 minit untuk membersihkan halaman rumah seperti mana yang disarankan pihak Kementerian Kesihatan?

“Seperti mana yang dilaporkan di dalam akhbar semalam, Kementerian Kesihatan mengisytiharkan denggi sebagai wabak di seluruh negara ekoran kesnya terus meningkat termasuk yang melibatkan kematian. “Langkah ini ekoran statistik menunjukkan 4,221 kes denggi dengan 12 kematian dilaporkan hanya dalam tempoh 23 hari iaitu dari 1 hingga 23 Januari lalu, meningkat hampir sekali ganda berbanding 2,153 kes yang dicatatkan bagi tempoh sama tahun lepas,” katanya kepada saya semalam. Ngadiman berkata, orang ramai perlu alau pun mempunyai kesedaran betapa bahaya wabak denggi itu sehingga boleh membawa maut.
Untuk makluman dalam bulan Januari ni saja ada 2 kes denggi berlaku di Taman Setia walaupun beberapa siri kempen dan gotong royong telah diadakan, ini termasuk jiran sebelah rumah saya yang baru saje keluar wad beberapa hari yang lalu.

Menurutnya, perkara itu dapat dielakkan jika orang ramai memantau kebersihan persekitaran mereka seperti di kawasan longkang, saluran air dan tempat-tempat yang berisiko untuk nyamuk denggi membiak. “Kita tidak perlu menunggu sehingga ada kes dilaporkan berlaku di kawasan kediaman barulah hendak memulakan operasi membersihkan rumah masing-masing.

“Apa yang perlu sekarang ialah sikap berjaga-jaga dan mengamalkan kebersihan di persekitaran rumah,” katanya. Ngadiman berkata, tidak salah kalau setiap kali menjelang cuti hujung minggu orang ramai mengadakan gotong-royong di kawasan kediaman masing-masing kerana jika dilakukan bersama-sama ia lebih bermakna. Katanya, perkara itu tidak boleh dipandang remeh dan orang ramai sepatutnya sudah mula melakukan apa yang disarankan pihak kementerian Kesihatan agar wabak denggi itu tidak meragut nyawa sesiapa lagi selepas ini.

22 January 2009

Gong Xi Fatt Choy

To all my fellow friends and Kota Raja people who celebrate Chinese New Year, I wish you all
A Happy and Prosperous Chinese New Year.
from
YB Dr Siti Mariah Mahmud
Ahli Parlimen Malaysia, Kawasan Kota Raja

21 January 2009

Umno tidak mesra rakyat ~ Satu Ingatan untuk kita


TPM, Dato Seri Najib Tun Razak akui

1. Imej negatif parti punca tewas di Kuala Terengganu

2. Kata nya lagi 'kita kena berubah, jika tidak kita akan menerima hukuman pada Pilihan Raya Umum ke-13 kelak' akaui beliau.

3. Seterusnya beliau mengingatkan ' kita tidak boleh terus duduk dalam zon selesa, sebaliknya terus mengubah paradigma dan mengubah cara serta pendekatan berpolitik supaya ia berorientasikan rakyat'

4. Hakikatnya kata beliau ' gelombang perubahan menuntut negara bukan memiliki sekadar politikus biasa yang manis senyumannya, sebaliknya pemikiran politik yang kaya dengan idea dan hikmah tingkahnya'

5. Semalam TS Muhyidin Yassin berkata UMNO hilang faktor 'penarik' untuk memikat semuala hati rakyat berikutan kekalahan calonnya dalam PRK KT.

6. Moga kita mengambil perhatian terhadap kenyataan ini. Kalau Umno boleh berubah susah kita.

Rang Daftar Pemilih Tambahan/RDTP Suku Tahun ke 4 2008

SPR telah mula mempamerkan Rang Daftar Pemilih Tambahan/RDTP Suku Tahun Ke-4 2008 mulai semalam.

Bagi Parlimen Kota Raja terbahagi kepada 2 DUN:-

1)DUN Sri Andalas (ada 16 Daerah Mengundi mulai dgn Seksyen 34(111/49/01) diakhiri dgn Sentosa Dato Dagang (111/49/16)

2)DUN Sri Muda (ada 17 Daerah Mengundi mulai dgn Shah Alam S27(111/50/01) diakhiri dgn Haji Husin Jln Kebun(111/50/17)

Tempoh semakan & bantahan adalah 19/1 ~ 25/1/09.

Sila rujuk lampiran bg RDPT Suku Ke-4 2008 serta dokumen arahan berkaitan untuk tindakan SEGERA. Laporan semakan perlu dihantar kepada JPrN Kota Raja selepas ini.

Sekian & harap maklum.

Syed
Kota Raja
3 attachments Scan and download all attachments

P111-KOTA
2827K View as HTML Scan and download

PROCEDUR
21K View as HTML Scan and download

GERAK KERJA SEMAKAN SUKU 4-08 JPN.pdf
16K View as HTML Scan and download

19 January 2009

Sekitar Kempen PRK KT








Terimakasih kepada semua warga PAS Kawasan & KPR Kota Raja khususnya diatas kerjasama, sOkOngan, komitmen & bantuan sepanjang PRK P036 Kuala Terengganu dan seterusnya memenangkan calon Parti Islam SeMalaysia PAS.

Moga-moga Allah memudahkan jalan kita semua selePAS ini bagi membentuk sebuah kerajaan yang menjamin keselamatan semua ummah.

Terimakasih sekali lagi dan semoga Allah membalas jasa tuan-tuan dengan ganjaran pahala yang setimpal.

Takbir.........

Sekretariat Syed

13 January 2009

Cuti bertugas ke KT

Assalamualaikum wbth & Salam Sejahtera

Kepada semua pelawat blog ini minta maaf banyak sebab tak update kerana berada di Kuala Terengganu.

Wassallam

03 January 2009

Bagaimana menangani komunikasi & interraksi dalam jamaah


posted by Nasrudin bin Hassan at Tantawi @ 8:55:00 PM

Saya bukanlah pakar motivasi dan juga psikologi. Cuma saya ada terbaca satu artikel seketika dulu dan mengingatkan saya beberapa isu yang ditimbulkan dalam komunikasi dan interaksi harian kita . Agak menarik dan wajar kita kongsi bersama .


Sebelumnya , Islam sendiri ada meletakkan formula atau prinsip umum berkait komunikasi dan interaksi agar kita dapat membentuk satu hubungan yang harmonis dan mencetus suasana damai


Lebih - lebih lagi untuk hubungan kita sesama anggota Gerakan Islam dan antara kita sesama muslim yang lain . Contohnya firman Alah swt :


ادع إلى سبيل ربك بالحكمة و الموعظة الحسنة و جادلهم بالتي هي أحسن إن ربك هو أعلم بمن ضل عن سبيله وهو أعلم بالمهتدين


Serulah ( manusia ) agar kembali kepada Jalan Tuhanmu dengan hikmah ( bijaksana ) dan nasihat yang baik serta dialog/debat dengan mereka dalam suasana yang baik ( untuk tegak kebenaran ) . Sesungguhnya Tuhanmu , Dialah yang Maha Mengetahui perihal mereka yang tersasar ( sesat ) dari jalanNya dan Dialah jua Yang Maha Mengetahui siapa pula yang mendapat petunjuk .


Surah An Nahl . Ayat : 125


Petunjuk ayat :

Ayat ini telah meletak asas komunikasi dan interaksi dalam berdakwah mengajak manusia agar menerima risalah as samawi .


pertama : Bijaksana ( hikmah )

Kedua : Nasihat/tunjuk ajar yang baik ( Mauizah )

Ketiga : Dialog atau debat secara baik untuk mencari kebenaran dan keadilan ( mujadalah )


Firman Allah swt :


و عباد الرحمن الذين يمشون على الأرض هونا إذا خاطبهم الجاهلون قالوا سلاما


Hamba Allah ( ar Rahman ) ialah orang yang menjalani kehidupan di atas muka bumi secara merendah diri ( tidak sombong/angkuh ) dan apabila berkomunikasi dengan orang yang jahil mereka bercakap secara harmonis .


Surah al Furqan . Ayat : 63


Petunjuk Ayat :


Ini pula antara disiplin rabbani yang membentuk karektor kita sebagai insan yang layak mendapat rahmat Allah swt ialah :


Pertama : Merendah diri ( tidak angkuh/ego )

Kedua : Bercakap dengan baik ( sejahtera dan harmoni - tidak sinis dan menyakitkan )


Firman Allah swt :

الذين يستمعون القول فيتبعون أحسنة أولئك الذين هداهم الله و أولئك هم أولوا الباب



( Antara sifat insan rabbani ialah ) orang - orang yang mendengar perkataan lalu ia ( hanya ) mengikut apa yang terbaik dan mereka adalah orang yang telah mendapat petunjuk Allah dan mereka adalah golongan intelektual


Surah az Zumar . Ayat : 18


Petunjuk Ayat :


Sekali lagi Allah mendidik manusia agar tidak cepat menunjuk sikap menolak atau menidakkan orang lain sebaliknya dengar terlebih dahulu lantas buat pertimbangan untuk menerima apa yang baik sebagai tauladan sementara yang tidak baik diabaikan untuk menjadi sempadan . Sikap sedemikian disebut oleh Allah sebagai sifat para intelektual atau cendikiawan atau lebih jelas disebut sebagai orang yang memiliki aqal fikiran yang baik .

Kesilapan yang selalu berlaku dan perlu diberi perhatian


Terkadang suasana harmonis dan damai ini sering tercabar dan tergugat angkara "lemah" atau "salah" komunikasi . Lebih malang dakwah dan mesej perjuangan kita juga turut terencat keberkesanannya lantaran komunikasi dan interaksi yang "rambang"


1 . [ Merasa diri hebat. ]


Samaada dalam kenyataan atau ucapan , kita sering dengar orang berkata " saya yang buat...." " saya yang beri ..." " saya lah yang mengasaskan....." " sayalah yang lakukan ..."


Mungkin secara umumnya , orang akan melihat ucapan seperti itu membawa kepada "ananiah" atau ke"aku"an dan ke"saya"an atau dengan maksud lain , hanya ana , hanya aku , hanya saya ....


Merasa diri hebat dan ditunjukkan pula dihadapan ramai adalah satu akhlak yang tidak baik malah sangat tidak disukai oleh orang lain . Sebagai ahli jamaah , kita sewajibnya mengelak dari menggunakan ayat - ayat sedemikian dalam komunikasi dan interaksi kita justeru kesannya amat buruk kepada hubungan ukhuwwah dan dakwah kita


Sepatutnya kita [ merendah diri ]


Apa yang perlu ialah merendah diri walau kita hebat . Contohnya dari segi akademi kita "Phd" , jawatan kita "Ydp" , pengalaman kita "senior" , Penglibatan kita "veteran" , ilmu kita "ustaz" dan sebagainya adalah sekali - kali tidak salah jika kita merendah diri , malah kehebatan kita tidak terjejas hanya kerana kita merendah diri sebaliknya diri kita lebih dihargai .... tak percaya , tanyalah orang ramai ! tanyalah ahli ! bukalah al quran .... kita akan temui kebenarannya.


2. [ Merendahkan Orang Lain ]


" Awak telah silap.... " . " Awak apa Tahu.... " , " Kenapa awak buat begini .... " " Awak lupa .."


Ayat sebegini pula mempunyai nilai merendahkan orang lain atau menafikan kebijaksanaan orang lain dan menonjolkan elemen negatif terhadap pihak lain seolah - olah kita menidak dan menghukumnya dalam perkataan kita .

Mungkin kita tidak bermaksud demikian , tetapi nilai komunikasi dan interaksi kita merosot dan persepsi terhadapnya negatif . Orang tidak suka kita menggunakan ayat seperti meng"hujum" atau menyerang mereka walau tidak bermaksud menyerang .


Justeru , kita boleh elakkan atau berhati - hati ketika menggunakan perkataan "awak" dan "kenapa" walaupun ia hanya sekadar ingin bertanya dan memohon penjelasan kerana ia seolah - olah mempersoalkan kebijasanaannya .


Biasanya orang guna "awak" dan "kenapa" dengan maksud di atas dalam debate untuk mematah hujjah lawan , ertinya ia tidak sesuai dalam komunikasi dan interaksi untuk membentuk suasana harmonis dan damai antara ahli - ahli jamaah Islam apatah lagi terhadap madu'u kita


3. [ Panjang - panjangkan Perkara Remeh ]


Apabila kita bercakap sesuatu isu , tidak perlu kita babitkan perkara - perkara lain yang tidak ada sangkut paut dengan isu asal apalagi kalau ianya adalah perkara remeh temeh . Meskipun ia remeh , tetapi sikap kita memanjangkan perkara remeh akan merosakkan komunikasi dan interaksi kita sesama ahli Jamaah .


Termasuklah sikap suka bertengkar , bertekak atau bertegang urat dalam perkara yang tidak perlu semata - mata ingin menang pendapat , menang idea , menang pengaruh dan 1001 macam menang yang kita dambakan . Kenapa kita tidak beralah sesama kita .... ?


Inilah beberapa perkara yang saya mahu kongsikan dengan sahabat semua . Sedikit sebanyak saya juga mesti belajar bagaimana memperbaiki dan meningkatkan mutu komunikasi serta interaksi . Semoga berjaya .


kiriman : arzahari abd rashid, taman setia klang

01 January 2009

2009

Wishing all brother’s and sister’s at Kota Raja happy memories of last year and have a great this year. May your dream come true ….. Happy New Year 2009.

Best wishes from : Azmi Jusuh (Pegawai Khas YB Dr Siti Mariah) and Pegawai Sekretariat Parlimen Kota Raja …. Syed Abd Malek, Azman Mah Hussin, Tn Hj Nordin and Razif.

There was an error in this gadget

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini