01 February 2011

Dr Asri bercakap tentang "undi yang boleh dapat pahala"

Menurut Dr Asri, undi dalam pilihanraya itu bukan sesuatu yang tiada nilai di sisi Islam. Sebaliknya, undi itu boleh menyebabkan seseorang mendapat pahala, ataupun mungkin mendapat dosa. 

Katanya lagi "Undilah yang berkelayakan dan memberikan kesan yang baik kepada negara dan rakyat"

Dr Asri menjelaskan lagi "Pada asasnya dalam Islam, setiap amalan kebaikan atau yang membawa kebaikan maka pengamalnya memperolehi pahala. Begitu juga, setiap amalan buruk atau yang membawa keburukan maka pengamalnya memperolehi dosa. 

Besar atau kecil pahala dan dosa itu, bergantung kepada besar atau kecil kesan kebaikan atau keburukan sesuatu amalan. 

Maka, mengundi dalam pilihanraya boleh membawa kesan baik dan buruk kepada sesebuah masyarakat dan negara. 

Jika kesannya baik dan pengundi itu pula memang inginkan kebaikan tersebut, maka itu adalah amalan soleh. 

Jika kesan buruk dan pengundi tersebut memang inginkan kesan yang buruk itu, atau boleh menjangkanya, atau dia tidak peduli dengan buruk atau baik kesan undiannya itu, maka dia memperolehi dosa" 

Baca seterusnya tulisan beliau dalan artikal  Adakah Dosa Dan Pahala Dalam Mengundi Pilihanraya?

1 comment:

  1. aku suka pada ustaz ini walaupun dia wahabi....

    ReplyDelete

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini