04 February 2011

Ibu bapa pelajar di mesir sila hadir ke Masjid Negeri malam ini

Sekretariat isu pelajar Mesir kerajaan negeri Selangor akan mengadakan solat hajat malam ini di Masjid Negeri, Shah Alam.

Di samping itu, satu dialog juga akan diadakan bagi membincangkan isu ini sebaik sahaja selesai solat Maghrib.

Majlis ini bertujuan untuk memberikan penjelasan perkembangan yang berlaku di negara berkenaan dan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri untuk membantu pelajar negeri ini di sana.

Sehubungan itu, ibu bapa dan saudara mara pelajar Selangor di sana dijemput untuk menyertai majlis ini.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini