28 August 2011

TGNA & TGHH : Eid Mubarak



Sombongnya dia

1. Pernahkan tuan puan dengar atau baca atau orang tulis atau orang kata atau orang sebelah bisik ... Tok Guru Nik Aziz ni memang seorang ulamak yang tersohor pada masa kini. Selain mendengar orang akan merakam setiap ucapannya untuk diri sendiri atau disebarkan pada rakan-rakan, tanda bangga nya mereka dapat bersama TG pada ketika it.

2. Selain TGNA orang selalu kata TGHH dan ramai lagi ulamak dan ilmuan agama yang besar di Malaysia yang boleh dianggap PAKAR agama termasuk para mufti dan bekas mufti  seperti Ust Dr Asri, Dr Harun Din, Ust Othman Ibrahim, TS Harussani Zakaria dan ramai lagi yang anda boleh senaraikan sendiri.

3. Mereka ini walau seorang pakar dan mahir dalam agama dan diakui oleh jutaan umat Islam di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia, namun mereka nampaknya sangat merendah diri dan zuhud.

4. Belum pernah lagi penulis yang mengikuti perkembangan nama-nama besar diatas mendengar mereka berkata " Ust Pakar Agama - Ust tahu lah apa yang Ust cakap dan kamu tak perlu pertikai kerana kamu bukan PAKAR agama pun "  -  kalau ada juga tolong quote.

5. Nak termuntah bila ada seorang tu bercakap lebih kurang maksudnya beginilah , "Saya PAKAR bla bla".

6. Siapa boleh nafi sebab dia cakap depan TV dengan terhegeh-hegeh pergi ke stesyen TV tersebut, bukan TV tu yang cari dia.

7. Allah hu Akhbar ... Kau beri lah keampunan pada si polan ini ... sombongnya dia .... bongkaknya dia ... nak cadangkan apa padanya selepas peristiwa 'tikam belakang ni'?

26 August 2011

Mahkamah tolak permahonan ADUN Sri Muda

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak permohonan Anggota Dewan Undangan Negeri Sri Muda untuk mengenepikan pertuduhan ke atas beliau di bawah Akta Hasutan.

Hakim Noor Azian Shaari juga menolak permohonan Shuhaimi untuk mendapatkan perintah pengisytiharan daripada mahkamah bahawa Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 adalah tidak sah kerana tidak selari dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak kebebasan bersuara rakyat Malaysia.

Semasa membacakan keputusannya, beliau berkata pemohon sepatutnya memohon perintah deklarasi di Mahkamah Tinggi Sivil dan kalau berjaya memohon supaya pendakwaan jenayah yang dibuat ke atasnya di Mahkamah Sesyen ditolak.

Beliau berkata permohonan Shuhaimi tidak teratur dan boleh ditolak tanpa menimbangkan isu ultra vires tetapi isu ultra vires di antara Seksyen 4 Akta Hasutan dan Perlembagaan diambil kira juga. 

Pemohon menyatakan Seksyen 4 Akta Hasutan tidak sah kerana tidak selari dengah Perkara 10 Perlembagaan tetapi harus diteliti sama ada seksyen itu menghalang hak bersuara rakyat Malaysia dan bercanggah dengan Perkara 10 Perlembagaan, katanya. 

Noor Azian berkata: "Pertama Akta Hasutan dibuat di bawah payung Perkara 10(2) Perlembagaan, jadi ia teratur." 

Pemohon juga berkata Seksyen 4 Akta Hasutan adalah tidak selari dengan Perlembagaan kerana ia mengandungi perkataan kecenderungan menghasut yang begitu luas. 

Bagaimanapun, Noor Azian berkata ini tidak benar kerana Seksyen 3 Akta yang sama ada menyenaraikan apa yang dikatakan sebagai kecenderungan menghasut dan apa yang bukan. 

"Adalah didapati tidak ada apa unsur 'unreasonable' atau tidak munasabah berkenaan Seksyen 4 Akta Hasutan. Di mana-mana pendakwaan di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan bolehlah dihujahkan sama ada apa yang dilakukan oleh orang kena tuduh mempunyai seditious tendency or not," katanya. 

Pihak pemohon hari ini diwakili oleh Edmond Bon manakala pihak responden diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Jamil Aripin. 

Shuhaimi memfailkan notis usul itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada 1 April lepas melalui Tetuan Kanesalingam & Co. 

Pada 7 Februari lepas, Shuhaimi mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan menerbitkan artikel bertajuk 'Pandangan saya berasaskan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959' yang dikatakan mengandungi ayat-ayat menghasut di laman web http://srimuda.blogspot.com di Pusat Khidmat Rakyat, 6/2, Jalan Anggerik Vanilla R 31/R, Kota Kemuning di sini, 30 Disember lepas. 

Shuhaimi didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. 

Beliau yang juga Timbalan Ketua Cabang PKR Kota Raja mencetuskan kontroversi berikutan kenyataan di blognya yang dikatakan mempertikai keputusan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenan pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha kerajaan Selangor yang baru.


--Bernama

24 August 2011

Mufti Harussani akui kerajaan tidak amanah & rasuah

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mendedahkan, bagi memastikan perpaduan Melayu-Islam, beliau pernah mengingatkan Datuk Seri Najib Tun Razak tentang kerajaan yang "lemah, tidak amanah dan rasuah."

ulama politik forum at sinar harian 240811 harussani zakaria"Saya kata pada Najib, Datuk Seri, perpecahan Melayu sebab kerajaan ini cukup lemah, tak amanah dan rasuah," kata Harussani.

Bercakap dalam wacana "Ulama dan Politik" di Shah Alam hari ini, Harussani berkata sebagai orang yang tidak berparti, beliau telah mengambil pendekatan itu sejak zaman Tun Razak Hussein lagi.

Diminta menghuraikan tegurannya itu, Harussani bagaimanapun enggan melakukannya kerana berharap ia "habis di sini sahaja".

Bercakap dalam wacana "Ulama dan Politik" di Shah Alam hari ini, Harussani berkata sebagai orang yang tidak berparti, beliau mengambil pendekatan itu sejak zaman bapa Najib - Tun Razak Hussein - menjadi perdana menteri lagi.

Harussani turut berkata, beliau juga pernah cuba menasihati bekas perdana Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini berhubung pelbagai isu.

Harussani berkata, walaupun Dr Mahathir selalu mendengar nasihatnya, terdapat tiga perkara yang tidak dipedulikan.

azlanPerkara itu menurutnya, nasihat yang cuba disampaikan supaya Dr Mahathir tidak memecat timbalannya ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Waktu nak pecat Anwar, saya pergi tapi tak boleh masuk (jumpa). Saya kata, kalau pecat dia, bukan sikit pengaruh dia (Anwar), berpecah orang Melayu... Kalau hendak buat tuduhan liwat, kalau tak ada saksi, buruk padahnya.
Tak ingat

"(Nasihat) kedua, kalau nak pecat, buat rombakan kabinet dulu. Letakkan dia (Anwar) sebagai menteri biasa (baru pecat).

"Satu lagi (nasihat) saya tidak ingat," kata Harussani.

abdullah badawi leaving palacePada zaman Abdullah pula, mufti paling kanan di Malaysia itu berkata, beliau pernah tiga kali menasihatinya tetapi semuanya ditolak.

Beliau bagaimanapun tidak menyebutkan apa tiga nasihatnya kepada Abdullah itu.

Harussani tegas mengulangi pendiriannya bahawa Melayu-Islam bersatu-padu, termasuk melalui pembentukan kerajaan campuran antara Umno-PAS kerana dalam al-Quran umat Islam diperintah berkasih-kasihan antara satu sama lain dan bukannya dengan orang kafir.

"Dalam al-Quran disebut orang kafir zalim. Tak pernah lagi disebut orang Islam itu zalim," katanya merujuk kepada kerjasama politik parti Melayu dengan parti yang didokong bukan Islam.

NONEDua lagi anggota panel dalam wacana itu Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan ulama muda Umno Fathul Baru Mat Jahya. Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin bertindak sebagai moderator.

Sebagai respons kepada pendapat itu, Tuan Ibrahim (kiri) sebelum itu secara berseloroh mengusik Harussani dengan berkata:

"Kalau mufti hendak jumpa perdana menteri pun tak boleh, lu fikirlah sendiri."
Ketawa besar

Kata-kata itu nyata mengundang ketawa besar kira-kira 500 peserta yang hadir dalam majlis kira-kira dua jam itu.

Mengaitkan perkara itu tentang pengiktirafan terhadap ulama, Tuan Ibrahim mengambil kesempatan menyifatkan kerajaan dan Umno selama ini selama ini hanya menjadikan ulama seolah-olah 'terompah kayu' dan 'ricecooker' (periuk nasi).

NONE"Ia beri gambaran, bila perlu saja pakai ulama. Pandangan majlis fatwa ditolak, pandangan mufti diketepi. (Jadi ulama) nak pandu politik macam mana kalau pengiktirafan pun tak ada," katanya.

Sementara itu, Fathul pula berkata, usaha dakwah memerlukan masa dan tempoh sebelum membuahkan hasil.

Sehubungan itu, beliau meminta umat Islam di negara ini mendoakan kebaikan kepada pemimpin supaya kesannya dirasai semua lapisan masyarakat.

"Ini tidak, doa minta mampuslah, pecah perutlah," katanya yang kesal kerana pernah digelar "ulama upahan"... Malayiskini

22 August 2011

SUA PAS minta Umno jumpa di Mahkamah

MAKKAH, 22 Ogos: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali akan mendedahkan segala bukti penglibatan Umno di belakang isu pemeriksaan Jais ke atas gereja methodist Damansara Utama apabila beliau di saman oleh Umno nanti.

Sehubungan itu, beliau tidak bercadang untuk meminta maaf kepada Umno dan akan bertemu dengan mereka di mahkamah nanti, kata Mustafa yang bercakap dengan Harakahdaily dari Makkah.

"Saya tidak akan minta maaf dan akan serahkan bukti yang saya ada dalam mahkamah nanti," kata Mustafa.

Mustafa yang sedang menunaikan umrah sehingga Aidil Fitri ini didesak memohon maaf oleh Umno ekoran dakwaannya bahawa Umno terlibat di belakang Jais dalam pemeriksaannya ke atas gereja itu.

Umno Selangor dilaporkan akan memfailkan saman RM10 juta terhadap  Mustafa Ali berhubung dakwaan kononnya parti Melayu itu memainkan peranan dalam tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja awal bulan ini.

Menurut Setiausaha Umno Selangor Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed, selain Mustafa, pihaknya juga akan mempertimbangkan pihak-pihak lain dalam saman yang akan difailkan selepas Aidilfitri.

“Kita akan memulakan langkah permulaan saman iaitu saman tuntutan ganti rugi dan saman malu terhadap fitnah yang dibuat Datuk Mustafa Ali terhadap Umno Selangor dengan jumlah RM10 juta.

“Ini adalah tindakan yang terpaksa dilakukan demi mempertahankan maruah dan hak, kami akan hantar notis kepada beliau dan pihak-pihak tertentu dan jika tiada jawapan, kita akan failkan saman selepas Aidilfitri,” kata Mohd Zin pada sidang media di sini.

Menurut Mustafa, pada asalnya beliau bercadang untuk memberikan bukti yang beliau ada kepada Pengarah Jais, namun oleh kerana Jais tidak mahu bertemu dengan PAS, maka bukti itu akan diserahkannya kepada mahkamah nanti.

PAS telah mengambil keputusan bertemu dengan Jais dan GMDU sebelum mengambil sebarang pendirian berhubung dengan isu pemeriksaan Jais ke atas GMDU itu.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang dipengerusikan oleh presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Ekoran itu, PAS telah menghantar surat kepada kedua-duanya.

Jais dari awal lagi menolak permohonan PAS untuk bertemu dengan pihaknya dengan alasan nasihat Baginda Sultan Selangor.

GMDU pada awalnya bersedia untuk bertemu pada 16 Ogos lalu namun membatalkannya sehari sebelum itu dengan alasan isu ini sudah terlalu panas.
Mustafa pula dalam sidang medianya di Kuala Terengganu telah meminta para ahli dan pemimpin PAS tidak terperangkap dalam isu itu kerana beliau mempunyai bukti Umno terlibat di belakang tindakan Jais itu... harakahdaily

18 August 2011

Belum mula dah banyak songeh


KUALA LUMPUR, 18 OGOS – Dakwaan tentang warga asing telah diberi hak mengundi perlu ditangani dan diselesaikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan bukan dilonggokkan masalah itu kepada jawatankausa pemilih Parlimen.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata perbuatan menolak tanggungjawab itu tidak boleh diterima dan akan membuktikan panel Parlimen itu hanya helah dan taktik mengalih pandangan rakyat.

Katanya, kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengenai perkara itu tidak masuk akal kerana ia mesti diselesaikan oleh SPR dan bukan oleh panel Parlimen yang akan hanya dibentuk pada Oktober depan.

“Jika Hishammuddin telah mengaku kononnya kerajaan tidak ada apa yang mahu disembunyikan dan tuduhan bahawa warga asing mempunyai hak mengundi adalah tidak berasas, mengapa SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara tidak boleh membuktikan bahawa ia benar-benar tidak berasas, sekarang juga?

“Mengapa perlu menunggu sehingga jawatanakuasa Parlimen itu ditubuhkan? Ada banyak perkara yang perlu jawatankuasa itu cadangkan untuk mewujudkan sistem pilihan raya yang bebas dan adil tanpa perlu terikat dengan tuduhan-tuduhan khusus,” jelasnya.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz telah membayangkan jawatankuasa pemilih Parlimen itu hanyalah helah politik dan taktik mengalih pandangan.

“Malah pada pagi ini Muhyiddin sekali lagi mengaitkan perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu dengan rusuhan ganas di United Kingdom.

“Jika pemimpin tertinggi kerajaan dan polis enggan menerima hakikat perbezaan di antara Bersih 2.0 yang disertai berpuluh ribu rakyat Malaysia pelbagai kaum dan agama secara aman, dengan rusuhan di UK di mana pengacau keamanan telah mengganas, siapa yang akan yakin dengan dengan kepimpinan BN yang kononnya sudah berubah hati untuk melaksanakan reformasi pilihan raya sebelum pilihan raya umum akan datang,” tambah beliau.

Malah, katanya, Najib juga salah jika menyangka reformasi pilihan raya dibuat untuk memuaskan hati pembangkang kerana tuntutan pilihan raya yang bebas dan adil adalah desakan rakyat Malaysia keseluruhannya.

Menurut Kit Siang, perkara yang paling mengecewakan rakyat ialah keengganan BN untuk berunding dengan Pakatan Rakyat sebelum membuat keputusan tentang keanggotaan, bidang tugas, tempoh masa, peranan Bersih 2.0 dan perkara-perkara berkaitan dengan penubuhan jawatankuasa khas Parlimen itu.

Beliau menjelaskan bahawa tanpa sasaran tempoh dan jaminan penuh daripada Perdana Menteri, segala kajian dan keputusan panel Parlimen itu akan sia-sia jika Parlimen dibubarkan lebih awal.

“Malah, jawatankuasa pemilih Parlimen itu akan terbubar secara automatik apabila Parlimen yang ada sekarang dibubarkan,” ujarnya.

Beliau berharap rakyat tidak mudah terpengaruh dengan janji-janji BN yang selama ini jarang dikotakan, selain dipergunakan sebagai helah politik dan taktik mengalih pandangan rakyat daripada masalah yang dihadapi parti pemerintah. – Roketkini.com

17 August 2011

Semua PM kata TIDAK, cuma SPR kata paling Bersih

1. Dr Mahathir berkata, pilihan raya di Malaysia, walaupun tidak benar-benar bersih, tetapi bersih.

"Saya perlu menegaskan bahawa ia juga tidak seteruk di negara-negara lain di mana kerajaan mendapat 90 peratus undi.

2. Bekas perdana menteri itu juga mengakui pilihan raya di Malaysia tidak bebas daripada penyelewengan dan campurtangan kerajaan yang memerintah.

3. Semua sudah mengaku termasuk Najib yang akan mencadangkan penubuhan jawatankuasa khas Parlimen untuk reformasi pilihan raya atas desakan Bersih 2.0.  


4. Yang masih kata Pilihanraya di Malaysia paling Bersih, Telus dan Adil cumalah SPR.

14 August 2011

Rais Yatim ditipu hidup-hidup

rais yatim pc 020709 01
RM 50.00 itu lah upah yang diterima oleh peserta Bersih 2.0 pada 09.07.2011 yang lalu.


Banyak betul duit penganjur sebab kalau ikut pemberita yang profesional Al Jazeera lebih 100000 yang hadir.... alamak RM50.00 X 100000 = ??????? ... kira sendirilah .... tapi banyak sangat tu ... mana penganjur ni korek duit sebanyak ini.


Korek duit tak semudah korek lubang hidung.


Menurut kajian bodoh oleh kementerian yang diterajui oleh beliau (siapalah orang yang mengepalai kerja menipu menteri bakar jambatan ni) selain diberi duit, baju kuning, peserta juga dibagi makan.


Ish masa bila hangpa semua dapat makan ... yang kena tangkap masuk pulapol tu dapatlah makan sedap sikit, tapi itu bukan penganjur bagi tapi polis suka-suka nak bagi makan orang tak salah yang selepas beberapa jam dibebaskan tanpa syarat.


Kebanyakan yang pergi termasuk penulis, hampir kebuloq tak dapat makan, sebab kedai banyak tutup dan lepas keluar dari KL baru dapat makan. Habis depa nampak perserta bersih makan dilokasi mana?

Kemuncak kepada lapuran bodoh yang beliau terima ialah, beliau berkata dalam majlis berbuka puasa dibulan puasa semalam ialah "Ini jelas membuktikan 'upah politik' (menyamakan penyokong UBN dengan PR) itu berlaku" katanya pada majlis berbuka puasa yang dihadiri oleh pengundi Melayu Saluran 1 diFelda Sunagi Lui Timur.

Demikianlah al kisah Rais Yatim ditipu hidup-hidup oleh pekerja dikementeriannya.

13 August 2011

Komen pelik Zahid Hamidi

Berita TV3 jam 6 sebentar tadi menyebut  Naib Presiden Umno Dato' Zahid Hamidi berkata bahawa larangan memasang kuat pembesar suara pada waktu subuh kecuali azan seperti yang berlaku di Pulau Pinang tidak sepatutnya berlaku jika pemerintah negeri tersebut sensitif dengan ajaran Islam.

Selain itu beliau juga amat khuatir perbuatan tersebut akan diikuti oleh negeri-negeri lain yang diperintah oleh pakatan Rakyat.

Banyak silap komen Dato' dalam isu ini, sepatutnya Dato' perlu lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan berdasarkan amalan sunnah  Nabi SAW bukannya berdasarkan keperluan parti yang Dato' tunggangi.

Kerisauan Dato' tentang negeri Pakatan Rakyat yang akan mengikut amalan ini juga adalah tidak patut sama sekali kerana tindakan menghalang sama maknanya dengan menolak Sunnah Nabi. 

Kategori apa kah kita ini bila kuat berselawat ketika Maulidur Rasul tapi menolak Sunnah dihari dan waktu yang lain.

Terkini menurut lapuran Malaysiakini Mufti Perlis Indra Kayangan (yang diperintah oleh Umno & Barisan Nasional) Dr Juanda Jaya tidak setuju atau dalam bahasa yang lain menempelak kepada mana-mana Individu lebih-lebih lagi bagi orang islam yang mempertikaikan apa yang dibuat oleh Pulau Pinang ini.

Dalam bahasa yang lebih keras beliau juga melebelkan sebagai Jahil terhadap hukum agama Islam dan peranan masjid kepada mana-mana individu yang menentang Sunnah Nabi ini.

Semoga Dato Seri Zahid Hamidi yang banyak Ilmu Agama ini lebih berhati-hati supaya anda lebih dihormati pada masa-masa akan datang.

Ada satu perkara Dato' kena buat survey dan perkara ini amat penting buat Dato' dan parti Dato' .... Mengapa ahli Parti Dato' tidak berapa berkenan dan menjauhkan diri dari masjid dan surau termasuk dalam bulan Ramadhan ini.... bukan sekarang sahaja ... dah lama dah.

Berkaitan : Larang pembesar suara: Perlis sokong Pulau Pinang 

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berkata amalan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh di masjid dan surau dengan kuat adalah bertentangan dengan sunah Nabi Muhammad SAW kerana ia mengganggu orang yang sedang tidur.

“Amalan pasang mikrofon kuat waktu sebelum subuh adalah bertentangan dengan sunah Nabi SAW kerana ia mengganggu orang yang sedang tidur. Perbuatan mengganggu ini adalah haram dan berdosa,” katanya dalam satu pesanan SMS kepada Malaysiakini.

Sehubungan itu, Dr Juanda berkata pihaknya menyokong tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang melarang bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh. 

“Kami sokong kenyataan itu dan Perlis dah lama kuat-kuasakan larangan itu di masjid dan surau, walaupun kadang-kadang ada (pihak) yang larang," katanya. 

Menurut Dr Juanda, Jawatankuasa Fatwa Perlis telah membincang hal berkenaan sejak 30 April 2007 dan dalam garis panduan masjid di negeri itu diletakkan satu klausa: 'tidak membaca dan memperdengarkan ssebarang bacaan selain azan dengan kuat ssebelum dan selepas'. 

Keputusan itu juga telah diluluskan dalam mesyuarat Majlis Agama Islam Perlis pada 25 Julai 2007 yg dipengerusikan oleh Tuanku Raja Muda Perlis. 

“Mikrofon (di) masjid hanya boleh laungkan azan waktu subuh sebanyak dua kali sahaja iaitu azan pertama 30 minit sebelum subuh dan kemudian azan subuh.

“Ini adalah amalan yang menepati kehendak Sunnah Nabi SAW yang sepatutnya dipatuhi oleh semua umat Islam yang cintakan Sunnah Nabi SAW yang sahih“Pihak yang pertikai adalah jahil tentang hukum dan peranan masjid dalam Islam,” katanya.

INI PULA KOMEN DR ASRI
Saya amat bersetuju dengan keputusan Jabatan Mufti Pulau Pinang yang mengeluarkan arahan agar suara bacaan al-Quran tidak dikuatkan melalui pembesar suara seperti yang berlaku di kebanyakan masjid sebelum waktu solat.

Fatwa atau arahan ini bagi saya selaras dengan kehendak syarak. Seperti yang lepas, saya berpegang kepada alasan-alasan berikut menyokong keputusan berkenaan;

1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi Nabi Muhammad SAW. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.

2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain.

3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.

4. Sebenarnya, Nabi Muhammad SAW sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nab, kata Abu Sa'id al-Khudri: “Ketika Nabi beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi berada di tempat ibadah baginda.

kaabah mekah islam holycity 080307 largeLalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).

Dalam hadis ini Nabi Muhammad SAW melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga menganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid.

Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya. Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin rh mengulas hadis ini dengan katanya: “Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid).
"Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa..tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid... dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini...boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara.

Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya”. (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml). 

Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Arab Saudi yang penduduknya semua Islam. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita.

azan call for prayer5. Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai. 

Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata: “Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. 

"Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar”. ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah).

berita harian larang pembesar suara waktu subuh 120811Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?

Maka, dengan itu memang wajar arahan meminta dielakkan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi Muhammad SAW dan juga menjaga Islam yang harmoni.

Umat Islam Pulau Pinang sepatutnya menyokong keputusan ini, dan saya menyokongnya.

12 August 2011

Perihal Rosmah & Najib di Mahkamah hari ini


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor akhirnya hadir ke mahkamah  tetapi enggan memberikan kerjasama untuk ditemubual peguam Anwar.
Karpal Singh yang bertindak sebagai peguam bela utama Ketua Umum KEADILAN itu berkata, kedua-duanya yang ditemui secara berasingan menyatakan mereka tidak mahu ditemuramah mahu pun menjadi saksi perbicaraan kes Fitnah II.
“Kedua-duanya memberitahu mereka tidak mahu   ditemubual dan juga tidak mahu menjadi saksi.

“Saya tidak tahu kenapa mereka begitu takut untuk hadir ke mahkamah (dan menjadi saksi),” kata Karpal.



Najib dan Rosmah hadir ke mahkamah secara senyap-senyap dan bersembunyi kerana nama mereka tiada dalam senarai saksi yang akan ditemubual hari ini.
Malah, peguam Anwar juga sedikit terkejut apabila mengetahui mereka hadir ke mahkamah hari ini.
“Kami tak diberikan notis (lebih awal) tentang kehadiran beliau dan isteri.
“Lebih kurang lagi lima minit ke pukul tiga petang saya diberitahu polis yang PM dan isterinya sudah menunggu di bilik sebelah untuk ditemubual,” kata Sankara Nair.
Selain Rosmah, peguam bela Anwar menemubual bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Rodhwan Yusof petang tadi, kata Karpal.
Mereka kini masih mempunyai baki enam orang saksi untuk ditemubual, kata Karpal.
Mereka termasuklah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, pemilik kondominium, Haji Hasanuddin Hamid dan isterinya, serta kakak ipar beliau, dan dua orang bekas pembantu rumahnya yang kini berada di Indonesia.
Sewaktu ditanya langkah seterusnya yang akan diambil peguam bela memandangkan Najib dan Rosmah enggan ditemubual, Karpal memberitahu perkara itu hanya akan diputuskan selepas semua saksi selesai ditemubual.
Namun, perbicaraan tidak dapat diteruskan Isnin ini kerana baki enam saksi  itu.
“Kita akan minta hakim tangguh kes ke beberapa hari kemudian,” kata Karpal.

11 August 2011

Najib arahkan temperature kasi naik

Siang tadi diberita Najib meminta pejabat-pejabat kerajaan membuat penjimatan elektrik dengan menetapkan temperature sekitar 24 darjah celcius sahaja. OK lah tu kita setuju dengan idea tersebut yang kononnya boleh menjimatkan sekita RM 2 juta setahun.

Tapi dalam masa yang sama Pendedahan bekas Ketua Pengarang Kumpulan NST, Datuk Kadir A Jasin bahawa Perdana Menteri mempunyai 11 pegawai media mengejutkan banyak pihak walaupun ia sebelum ini bukan menjadi rahsia di kalangan pengamal media.

Bilangan pegawai media ini amat mengejutkan kerana semasa Tun Dr Mahathir, beliau hanya mempunyai tiga pegawai media sahaja.

"Seorang pegawai media Perdana Menteri berkata, PM ada 11 pegawai media yang terdiri daripada bekas pengarang, wartawan kanan dan eksekutif TV. Paling ramai Dr Mahathir ada sepanjang jadi PM adalah tiga," tulis Kadir dalam blognya.

Menurut sumber antara nama besar di kalangan pegawai media Najib adalah Datuk Seri Farid Redzuan (bekas CEO TV3), Datuk Khalid Mohamad (bekas Ketua Pengarang kumpulan Utusan) dan Jalil Abdul Hamid (bekas Timbalan Ketua Biro Reuters Malaysia).Di samping mereka bertiga ada Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad (Setiausaha Akhbar PM), Datuk Seri Jalaludin Bahaudin (Penasihat Media PM), Datuk Hardev Kaur (bekas Timbalan Ketua Editor Kumpulan NST yang kini menjadi Pegawai Khas PM).

Satu lagi kaedah penjimatan cara Najib ialah dengan mengizinkan isteri tersayangnya memiliki cincin berharga jutaan ringgit.

2 contoh diatas ialah penjimatan cara Najib untuk rakyat tetapi bukan untuk dirinya. Wallahuaklam.

08 August 2011

Sekular


Tindakan pihak tertentu yang menjadikan sesi tazkirah semasa sembahyang terawih sebagai ruang menyampaikan ceramah berunsur politik amat dikesali. Exco kerajaan negeri Pahang Datuk Wan Adnan Wan Mamat berkata terdapat banyak aduan daripada orang ramai berhubung perkara itu sejak umat Islam melakukan ibadat puasa Isnin lepas.
"Masjid atau surau bukannya tempat untuk pembangkang mengadakan tazkirah berunsurkan politik seperti menghina atau mengutuk kerajaan, dan ianya bukanlah pentas untuk berbuat demikian," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan sempena bulan Ramadan kepada masjid, surau dan pusat tahfiz, di Kuantan hari ini. 

Beliau berkata Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) telah diminta untuk menyiasat perkara berkenaan. "Kita minta orang ramai terutama jemaah masjid atau surau supaya segera memaklumkannya kepada Jaip sekiranya terdapat sesi tazkirah sedemikian. "Perkara ini boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam dalam masyarakat serta menjurus kepada perpecahan umat Islam. Ceramah sedemikian juga mengganggu emosi jemaah yang hadir untuk menunaikan solat terawih," katanya. 

Lambat sangat ke juak-juak Umno nak faham. Dah lebih 50 tahun merdeka tetapi kepala masih lagi berselaput dengan pemikiran assobiyyah Umno. Sebelum PRU 12 dahulu negeri Selangor antara negeri yang terkenal gam penceramah dan pentazkirah. Setiap surau dan masjid ditampal amaran jangan bertazkirah dan jangan diundang tokoh-tokoh tertentu termasuk ulama terkenal dan popular seperti Datuk Haron Din dan bekas mufti Allahyarham Datuk Ishak Baharom. Tetapi akhirnya Allah menumbangkan kerajaan Umno-BN di Selangor.

Nampaknya tindakan yang sama cuba dipraktikkan di Pahang. Sebelum PRU 12, mereka tak peduli pun. Bagi mereka ceramah dan tazkirah ni tak menjadi kudis gatal buat mereka. Macam mencurah air didaun keladi. Tak menjejaskan kuasa politik Umno-BN tetapi selepas tsunami politik Pru ke 12 mereka mula mengambil langkah-langkah untuk menghalang kesedaran dan kebangkitan rakyat terhadap kezaliman dan pengkhianatan Umno-BN selama ini.

Dalam Islam tazkirah merupakan nadi ummah. Apatah lagi Islam merupakan agama nasihat menasihati. Menasihati manusia agar kembali kepada Kitabullah dan Hadis Rasulullah Saw. Menegur para pemimpin dan umat Islam secara keseluruhannya. Imam Ghazali sendiri pernah berpesan “Jangan sekali-kali kamu melepasi 3 hari tanpa tazkirah nescaya buta matahati kamu”. Dan sepatutnya para pemimpin meniru gaya pemerintahan Abu Bakar, Umar dan para sahabat yang terdahulu yang mereka mengucapkan terimakasih apabila rakyat menegurnya meskipun dihadapan orang ramai atau diatas mimbar. Mereka tidak ditangkap, dipenjara atau di ISAkan. Bahkan mereka mengucap syukur kepada Allah kerana ada orang yang mengasihi mereka kerana Allah meskipun mereka sanggup menegur dengan pedang mereka.

Tazkirah ini bukan hanya bab haidh & nifas saje. bukan bab ibadah sahaja. Tetapi mencakupi segenap bidang kehidupan apatah lagi politik pemerintahan yang menjadi fungsi penting manusia diutus atas mukabumi ini iaitu menjadi khalifah. Tetapi pemimpin Umno membawa agenda sama seperti penjajah, melarang anak jajahan berbicara soal politik. semua diserah kepada Mat Salleh. Orang melayu hanya berhak berbicara tentang adat istiadat melayu dan hal ehwal agama Islam sahaja. Lebih daripada itu dilarang. Apatah lagi mengkritik pimpinan. Kotak pemikiran sekular amat sukar untuk dibersihkan.

Sama juga dengan mimbar-mimbar jumaat kita. Jangan disentuh politiknya. Habis masa mana nak diperingatkan para ummah? Atau para pemimpin pun dah jadi golongan yang dilarang menyentuhnya? Apakah pimpinan Umno hari ini terlalu suci dan qudus. Tak layak ditegur?... atau memang sudah sampai tanda-tanda ajal Umno untu Be End..... Ust Saiful Bahri 

05 August 2011

Demi kuasa

Demi mendapatkan kuasa untuk memerintah kembali Selangor yang kini diamanahkan kepada kerajaan Pakatan Rakyat untuk memerintah, ada pihak yang sanggup mempergunakan tangan-tangan dari warga asing untuk membantu mereka memenangi PRU akan datang.

Ianya merupakan satu taktik yang amat kotor, keji dan memalukan Negara. 

Soalnya mengapa PAS Selangor sahaja yang dapat membongkar perbuatan terkutuk ini. Mengapa SPR yang dipertanggung jawabkan sebagai sebuah badan yang bebas gagal menangani masaalah ini walaupun jutaan ringgit wang kerajaan dihabiskan saban tahun untuk menguruskan pilihanraya secara bersih, telus dan adil.

PAS Selangor hari ini membuat laporan polis ekoran dakwaan pertukaran rekod lebih 1,000 penduduk tetap (PR) menjadi warganegara dalam masa satu hari sahaja.

Setiausaha jabatan pilihan raya PAS negeri Mohamad Asri Sapar berkata, selepas memfailkan bantahan rasmi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 2 Ogos, maklumat di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bertukar keesokan harinya.

Katanya, berdasarkan maklumat yang diterimanya, beliau terkejut kerana rekod 1,108 penama itu bertukar menjadi warganegara.

"Saya khuatiri ada pihak-pihak tertentu sedang berusaha untuk memasukkan bukan warganegara sebagai pengundi," laporan polisnya itu dipetik.

Beliau ditemani Setiausaha PAS Selangor Khairuddin Othman ketika membuat laporan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Shah Alam petang ini.

Dalam aduannya, Mohamad Asri, 37, berkata beliau khuatir terdapat unsur subahat di kalangan SPR dan JPN untuk menjayakan "usaha haram" itu.

"Adalah amat membimbangkan sekali bahawa usaha haram ini bukan sahaja akan menjejaskan proses pilihan raya di negara ini malah turut menjejaskan integriti kad pengenalan serta kepentingan dan keselamatan negara," katanya.

Mohamad Asri juga menyerahkan senarai 1,108 nama terlibat untuk membantu siasatan pihak polis. -mk

04 August 2011

MyPR dan tuntutan public inquire

PAS menuntut diadakan sesi ‘pendengaran awam’ (public inquire) diadakan di seluruh negara bagi menyelesaikan isu penduduk tetap yang memegang MyPR merah didaftar sebagai pemilih baru.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, pembongkaran isu PR yang disenarai sebagai pengundi selepas mendapat MyKad perlu diselesaikan secara telus kerana ia melibatkan isu keselamatan.

“Tindakan agensi tertentu menyenaraikan PR dalam senarai pemilih perlu diselesaikan segera bagi mengelakkan kemungkinan mereka dibenar mengundi pada pilihan raya umum ke-13 nanti,” katanya ketika ditemui di Qaryah Ramadan malam tadi.

Sebelum ini portal berita mendedahkan seorang PR bernama Mismah disenaraikan sebagai pengundi berdaftar yang baru.

Bagaimanapun Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datin Jariah Mohd Said dalam kenyataannya menjelaskan Mismah telah mendapat taraf penduduk tetap pada 17 Julai 1982 dan dilulus taraf warganegara pada 31 Januari lalu
.
Menurutnya juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah meluluskan sebanyak 29,290 taraf warga negara dalam tempoh 9 April 2009 hingga 15 Julai 2011.

Salahuddin yang juga Parlimen Kubang Kerian berharap orang ramai tampil ke hadapan bagi menyuarakan kecurigaan terhadap tindakan dilakukan JPN.

Menurutnya juga anggota Parlimen Pakatan Rakyat mendesak supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memanggil segera sidang tergempar Parlimen membincangkan isu tersebut.

“Ini suatu perkara yang sangat serius, suatu pengkhianatan besar yang telah berlaku terhadap keselamatan negara.

“Dan Parlimen perlu bersidang untuk kita dedahkan siapakah sebenarnya menjadi dalang atau pun ketua konspirator sindiket tersebut,” katanya.

Beliau mendakwa konspirasi itu dianggap sangat merbahaya kepada keselamatan negara.

Menurutnya, PAS mempunyai satu pasukan membongkar sindiket tersebut di mana sehingga kini sejumlah 1,500 kes berjaya dikesan di Selangor.

“Itu baru di antara sebahagian daripada kajian terperinci yang dilakukan,” katanya.

02 August 2011

Ramadhan ... persiapan raya & pilihanraya

Hari ini adalah hari kedua umat Islam menyambut Ramadhan Al Mubarak, cuaca sejak semalam hingga kehari ini memang panas.

Para petugas jentera pilihanraya dari banyak kawasan hari ramai yang bertumpu ke SPR Selangor untuk terus mmebuat bantahan bagi rang daftar pemilih suku tahun 2 tahun 2011. Tidak ketinggalan ialah YB Dr Siti Mariah serta ADUN Sri Muda YB Shuhaimi Shafiee.

Pada ketika penulis sampai turut berada disana ialah Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor merangkap Timbalan Pengarah jabatan Pilihanraya PAS Negeri Selangor serta Ustazah Mariam yg merupakan ketua HelWA Selangor.

Kali ini nampaknya pegawai-pegawai SPR lebih mesra pelanggan menerima kehadiran kami dan mereka begitu bertolak ansur dan sangat membantu, sesuatu yang menulis alami sendiri bila terpaksa menyelesaikan permasaalahan yang dihadapi.

Sementara itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mula melantik pegawai pengurus pilihan raya bagi semua kawasan pilihan raya - satu petanda bahawa pilihan raya umum mungkin diadakan tiga atau empat bulan lagi - berkemungkinan besar November depan.

Terdapat juga lapuran yang menyatakan bahawa semua sekolah dan dewan diarahkan supaya tidak menyewakan bangunan tersebut pada bulan November nanti.

Dengan itu nampaknya semua petugas Jentera Pilihanraya begitu sibuk dengan persiapan menyambut hari raya dan pilihanraya.

01 August 2011

Kota Raja kenalpasti lebih pengundi 'import'

Dr Mariah di Malaysiakini.com baca sini

PAS mengenalpasti lebih 100 lagi nama didaftarkan sebagai pengundi di kawasan parlimen walaupun tidak menetap di situ, dakwa anggota parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud.

"Kami akan pergi ke Suruhanjaya Pilihan Raya untuk membantah lebih kurang 100 nama hari ini atau esok, kerana kami memerlukan masa untuk memanggil semua membantah bersama-sama," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini. NONEJelasnya, mereka apda awalnya menemui 1,000 nama, kebanyakannya orang Sabah, yang berdaftar sebagai pengundi baru di Kota Raja.

Bagaimanapun, selepas semakan oleh kakitangan Pakatan Rakyat di sekitar kawasan tersebut, mereka menemui sebahagian daripada mereka benar-benar penduduk setempat. PAS bagaimanapun terus mempersoalkan penempatan semula melibatkan jumlah yang ramai dari kawasan lain dan kenapa mereka mahu menukar kawasan mengundi ke Kota Raja.

Pembangkang sebelum ini mendakwa bahawa Umno dan BN menjalankan tindakan itu untuk memecahkan majoriti yang dimenangi wakil rakyat Pakatan dalam pilihan raya umum lalu. Siti Mariah berkata, loceng amaran berbunyi kepadanya apabila kemaskini terakhir daftar pemilih menyaksikan 7,260 nama akhirnya ditambah di kawasannya. "Ini merupakan peninggkatan tertinggi pemilih antara semua kawasan pilihan raya di Selangor," katanya yang juga timbalan ketua Dewan Muslimat PAS.

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini