08 August 2011

Sekular


Tindakan pihak tertentu yang menjadikan sesi tazkirah semasa sembahyang terawih sebagai ruang menyampaikan ceramah berunsur politik amat dikesali. Exco kerajaan negeri Pahang Datuk Wan Adnan Wan Mamat berkata terdapat banyak aduan daripada orang ramai berhubung perkara itu sejak umat Islam melakukan ibadat puasa Isnin lepas.
"Masjid atau surau bukannya tempat untuk pembangkang mengadakan tazkirah berunsurkan politik seperti menghina atau mengutuk kerajaan, dan ianya bukanlah pentas untuk berbuat demikian," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan sempena bulan Ramadan kepada masjid, surau dan pusat tahfiz, di Kuantan hari ini. 

Beliau berkata Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) telah diminta untuk menyiasat perkara berkenaan. "Kita minta orang ramai terutama jemaah masjid atau surau supaya segera memaklumkannya kepada Jaip sekiranya terdapat sesi tazkirah sedemikian. "Perkara ini boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam dalam masyarakat serta menjurus kepada perpecahan umat Islam. Ceramah sedemikian juga mengganggu emosi jemaah yang hadir untuk menunaikan solat terawih," katanya. 

Lambat sangat ke juak-juak Umno nak faham. Dah lebih 50 tahun merdeka tetapi kepala masih lagi berselaput dengan pemikiran assobiyyah Umno. Sebelum PRU 12 dahulu negeri Selangor antara negeri yang terkenal gam penceramah dan pentazkirah. Setiap surau dan masjid ditampal amaran jangan bertazkirah dan jangan diundang tokoh-tokoh tertentu termasuk ulama terkenal dan popular seperti Datuk Haron Din dan bekas mufti Allahyarham Datuk Ishak Baharom. Tetapi akhirnya Allah menumbangkan kerajaan Umno-BN di Selangor.

Nampaknya tindakan yang sama cuba dipraktikkan di Pahang. Sebelum PRU 12, mereka tak peduli pun. Bagi mereka ceramah dan tazkirah ni tak menjadi kudis gatal buat mereka. Macam mencurah air didaun keladi. Tak menjejaskan kuasa politik Umno-BN tetapi selepas tsunami politik Pru ke 12 mereka mula mengambil langkah-langkah untuk menghalang kesedaran dan kebangkitan rakyat terhadap kezaliman dan pengkhianatan Umno-BN selama ini.

Dalam Islam tazkirah merupakan nadi ummah. Apatah lagi Islam merupakan agama nasihat menasihati. Menasihati manusia agar kembali kepada Kitabullah dan Hadis Rasulullah Saw. Menegur para pemimpin dan umat Islam secara keseluruhannya. Imam Ghazali sendiri pernah berpesan “Jangan sekali-kali kamu melepasi 3 hari tanpa tazkirah nescaya buta matahati kamu”. Dan sepatutnya para pemimpin meniru gaya pemerintahan Abu Bakar, Umar dan para sahabat yang terdahulu yang mereka mengucapkan terimakasih apabila rakyat menegurnya meskipun dihadapan orang ramai atau diatas mimbar. Mereka tidak ditangkap, dipenjara atau di ISAkan. Bahkan mereka mengucap syukur kepada Allah kerana ada orang yang mengasihi mereka kerana Allah meskipun mereka sanggup menegur dengan pedang mereka.

Tazkirah ini bukan hanya bab haidh & nifas saje. bukan bab ibadah sahaja. Tetapi mencakupi segenap bidang kehidupan apatah lagi politik pemerintahan yang menjadi fungsi penting manusia diutus atas mukabumi ini iaitu menjadi khalifah. Tetapi pemimpin Umno membawa agenda sama seperti penjajah, melarang anak jajahan berbicara soal politik. semua diserah kepada Mat Salleh. Orang melayu hanya berhak berbicara tentang adat istiadat melayu dan hal ehwal agama Islam sahaja. Lebih daripada itu dilarang. Apatah lagi mengkritik pimpinan. Kotak pemikiran sekular amat sukar untuk dibersihkan.

Sama juga dengan mimbar-mimbar jumaat kita. Jangan disentuh politiknya. Habis masa mana nak diperingatkan para ummah? Atau para pemimpin pun dah jadi golongan yang dilarang menyentuhnya? Apakah pimpinan Umno hari ini terlalu suci dan qudus. Tak layak ditegur?... atau memang sudah sampai tanda-tanda ajal Umno untu Be End..... Ust Saiful Bahri 

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini