05 August 2011

Demi kuasa

Demi mendapatkan kuasa untuk memerintah kembali Selangor yang kini diamanahkan kepada kerajaan Pakatan Rakyat untuk memerintah, ada pihak yang sanggup mempergunakan tangan-tangan dari warga asing untuk membantu mereka memenangi PRU akan datang.

Ianya merupakan satu taktik yang amat kotor, keji dan memalukan Negara. 

Soalnya mengapa PAS Selangor sahaja yang dapat membongkar perbuatan terkutuk ini. Mengapa SPR yang dipertanggung jawabkan sebagai sebuah badan yang bebas gagal menangani masaalah ini walaupun jutaan ringgit wang kerajaan dihabiskan saban tahun untuk menguruskan pilihanraya secara bersih, telus dan adil.

PAS Selangor hari ini membuat laporan polis ekoran dakwaan pertukaran rekod lebih 1,000 penduduk tetap (PR) menjadi warganegara dalam masa satu hari sahaja.

Setiausaha jabatan pilihan raya PAS negeri Mohamad Asri Sapar berkata, selepas memfailkan bantahan rasmi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 2 Ogos, maklumat di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bertukar keesokan harinya.

Katanya, berdasarkan maklumat yang diterimanya, beliau terkejut kerana rekod 1,108 penama itu bertukar menjadi warganegara.

"Saya khuatiri ada pihak-pihak tertentu sedang berusaha untuk memasukkan bukan warganegara sebagai pengundi," laporan polisnya itu dipetik.

Beliau ditemani Setiausaha PAS Selangor Khairuddin Othman ketika membuat laporan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Shah Alam petang ini.

Dalam aduannya, Mohamad Asri, 37, berkata beliau khuatir terdapat unsur subahat di kalangan SPR dan JPN untuk menjayakan "usaha haram" itu.

"Adalah amat membimbangkan sekali bahawa usaha haram ini bukan sahaja akan menjejaskan proses pilihan raya di negara ini malah turut menjejaskan integriti kad pengenalan serta kepentingan dan keselamatan negara," katanya.

Mohamad Asri juga menyerahkan senarai 1,108 nama terlibat untuk membantu siasatan pihak polis. -mk

No comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini