20 September 2011

Tradisi kempen "lidak biawak"


Anda orang bijak pandai, baca dan nilailah pandangan ini, mungkin ada manafaatnya kepada pimpinan, ahli & penyokong PAS, DAP & PKR dalam menghadapi PRU 13 nanti walau pun ia hanya pandangan dan kajian dari seseorang.
Profesor Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin meramalkan bahawa BN akan memperoleh kejayaan lebih besar di dalam pilihan raya umum ke 13 terutamanya di Sabah dan Sarawak.
“Tan Sri Taib Mahmud kuat mencengkam undi masyarakat Bumiputra di Sarawak,” kata Shamsul yang mengetuai Institut Kajian Etnik di Universiti Kebangsaan Malaysia
Bagaimana pun, beliau merasakan bahawa sokongan pengundi Kristian boleh mengubah keputusan pilihan raya Sabah dan Sarawak.
Beliau meramalkan Pakatan Rakyat akan menghadapi kesukaran menambahkan kerusi yang mereka menangi dalam 2008.
“Mereka akan menang 70 -75 kerusi Parlimen dan menghadapi kesukaran di kerusi campuran.” tambahnya.
Dalam pilihan raya umum 2008, Pakatan Rakyat menang 82 kerusi Parlimen selain menguasai kerajaan negeri Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Kelantan dan Perak.
Bagaimanapun, BN merampas semula Perak setelah tiga Adun – dua PKR dan seorang DAP melompat dan menyokong BN.
Tuntutan bertindih
Beliau turut menjelaskan bahawa tuntutan parti komponen Pakatan Rakyat banyak bertindih.
“PAS mahu bertanding lebih banyak kerusi termasuk kerusi campuran. DAP pula mahu semua kerusi majoriti Cina.
Beliau menambah bahawa PKR tiada kepimpinan yang kuat.
“Anwar Ibrahim ialah pemimpin Pakatan bukan PKR.”
Shamsul turut ditanya berkenaan peluang kedua -dua pakatan politik untuk menerajui kerajaan negeri.
Ini kerana di dalam pilihan raya yang lepas BN tumbang di Kelantan, Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang.
“BN tidak ada pemimpin di Selangor. Kesemua yang ada kini mempunyai rekod buruk berbanding calon pemimpin Pakatan.”
Justeru itu beliau yakin Pakatan Rakyat akan terus memegang tampuk pemerintahan Selangor.
Sementara itu di Pulau Pinang, Shamsul berkata DAP perlu memberi tumpuan kepada undi Melayu.
‘Persaingan sengit untuk undi Melayu di kawasan majoriti Melayu akan berlaku terutamanya di kawasan Balik Pulau dan kawasan majoriti Melayu di tanah besar,” ulas beliau dengan lebih lanjut.
Beliau, bagaimanapun meramalkan Pakatan akan terus tampuk kepimpinan negeri tersebut.
Di Perak pula Shamsul meramalkan rintangan untuk parti komponen Pakatan Rakyat.

“DAP perlu sedar bahawa ia tidak boleh dengan undi Cina semata-mata. PAS pula berangan-angan memperoleh tampuk kepimpinan sepertimana yang berlaku di dalam pilihan raya lepas manakala PKR pula ialah ‘second hand party’.
Ini kerana pendirian PKR tidak dipandang serius dan ia merupakan parti yang menghimpunkan tokoh NGO dan juga bekas ahli Umno yang dikecewakan Shamsul turut menambah bahawa kempen DAP yang mahu memonopoli undi Cina akan turut membawa bala kepada Pakatan Rakyat.
“BN akan menarik undi penyokong PAS di peringkat akar umbi dengan lebih mudah kerana mereka akan mengatakan bahawa kerajaan tidak boleh dibentuk.
Lagipun, semakin kuat wakil Cina DAP bersuara, undi Melayu akan berpecah menyebabkan masyarakat Melayu peringkat akar umbi lebih selesa mengundi Umno.
Sementara itu bekas ketua penyelidik di Pusat Inisiatif Dasar (CPI-Asia), Lim Teck Ghee menjangkakan Umno akan menggunakan kempen ‘lidah biawak’ untuk mendapatkan undi.
“Berdasarkan rekod lepas, Umno-BN akan memperlihatkan sebagai parti berbilang kaum, liberal dan progresif di peringkat nasional tetapi di peringkat akar umbi akan cenderung memainkan isu agama dan perkauman,” kata Lim.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini