08 October 2011

Isyarat semakin jelas


Mungkin perdana menteri tidak mahu berkongsi tarikh pilihan raya umum akan datang, tetapi berdasarkan kepada lawatannya ke Selangor hari ini, dapat dibayangkan bahawa ianya tidak lama lagi.

Memulakan lawatannya di Ijok pagi tadi, Datuk Seri Najib Tun Razak turun padang untuk membuktikan kepada rakyat Selangor bahawa sudah tiba masanya untuk kerajaan Pakatan Rakyat 'angkat bungkus'.


Berucap kepada penyokong BN dan rakyat di Gombak - destinasi terakhir lawatannya hari ini - Najib berkata Ijok dipilih sebagai permulaan lawatannya kerana ia kini diwakili Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Najib memberitahu hadirin yang kebanyakannya warga emas, bahawa ke mana-mana sahaja beliau pergi hari ini, beliau disambut dengan berjabat salam, dan ada yang "tidak mahu untuk melepaskannya".


Sebelum itu, beliau tiba dari Rawang dengan menaiki bas, dengan diiringi sekumpulan penunggang motosikal. 


Gombak Setia, di mana perdana menteri dijamu dengan nasi lemak di Sekinchan Ikan Bakar, merupakan kerusi DUN Dato Hassan Ali, manakala Gombak pula merupakan kawasan Parlimen yang diwakili timbalan presiden PKR, Azmin Ali.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini