Jentera Pilihanraya PAS JPrK Kota Raja menggesa seluruh petugas parti agar memastikan bahawa tindakan semakan, tuntutan dan bantahan dibuat keatas nama-nama yang diragui ketika pameran RDPT untuk suku tahun 3/2011 akan di pamerkan bermula esok.
Semalam JPrK telah memanggil seluruh petugas dan mengarahkan semua siapsiaga untuk membuat kerja-kerja diatas.
YDP PAS Kawasan merangkap Pengarah Jabatan Pilihanraya Selangor En Jaafar Samsuddin mahu tumpuan diberikan diberikan keatas Kad Pengenalan kod 71 dan lain-lain diambil perhatian pada kali ini disamping penduduk bukan pemastautin dikawasan pengundian mereka.
Sebagai rekod JPrK Kota Raja semasa siasatan awam SPR berhubung bantahan yang dibuat telah menang 100% dari 260 bantahan yang dibuat dan sebelum itu untuk suku tahun pertama sebanyak 88% kita menang.
Taklimat yang diketuai oleh Sdr Syed Abd Malek, Setiusaha JPrK dan Tn Hj Hakim Kari, Pengarah JPrD Sri Muda serta Pengarah JPrD Sri Andalas Tn Hj Termizi Ismail telah mendapat sambutan yang hangat dari petugas bagi memastikan semua penyelewengan jika ada dibenteras pada kali ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempamerkan senarai 42,051 nama pemilih yang rekodnya tidak dapat disahkan kesahihan maklumatnya selama seminggu bermula Khamis ini. Menurut kenyataan SPR pada Selasa, nama pemilih berkenaan akan dipamerkan bersama daftar pemilih tambahan suku ketiga tahun ini di 987 tempat pameran seluruh negara.
"Senarai nama pemilih yang rekodnya meragukan bukan untuk tujuan tuntutan atau bantahan sebaliknya untuk pengesahan daripada pemilih berkenaan atau waris kepada nama-nama yang dipamerkan.
"Jika nama pemilih itu ada dalam senarai berkenaan, maka beliau perlu hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mengenal pasti masalah berhubung rekod nombor kad pengenalannya sebelum merujuk kepada SPR untuk urusan berkaitan pendaftaran pemilihnya," menurut kenyataan itu.
Dalam tempoh yang sama, SPR akan turut mempamerkan senarai 264,404 permohonan pendaftaran sebagai pemilih baru dan 52,215 permohonan untuk pertukaran alamat pusat mengundi daripada pemilih yang sedia berdaftar dengan SPR dalam tempoh urusan pendaftaran pemilih Suku Tahun Ketiga 2011 bermula Julai hingga September lepas.
Menurut SPR, mana-mana warganegara yang baru mendaftar sebagai pemilih tetapi mendapati nama mereka tidak tersenarai di dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Ketiga 2011 itu boleh membuat tuntutan dengan menggunakan Borang B dengan menyerahkan borang tersebut kepada Pendaftar, iaitu Pengarah Pilihan Raya Negeri masing-masing dalam tempoh tujuh hari dari tarikh ia dipamerkan.
Bantahan ke atas kemasukan nama mana-mana orang di dalam daftar pemilih yang dipamerkan boleh dilakukan dengan menggunakan Borang C.
SPR menasihatkan mereka yang ingin membuat bantahan memastikan bantahan adalah berdasarkan kepada alasan kukuh dan tidak dibuat secara melulu.
Selain daripada mempamerkan nama-nama pemilih baru dan pemilih berdaftar yang memohon untuk bertukar alamat pusat mengundi, SPR juga mempamerkan nama-nama pemilih yang akan dikeluarkan daripada daftar pemilih.
"Asas SPR mengeluarkan nama pemilih berkenaan daripada Daftar Pemilih ialah kerana mereka ini didapati telah meninggal dunia, lucut hak warganegara, telah bersara daripada angkatan tentera dan polis yang bermakna mereka telah hilang kelayakan sebagai seorang pemilih pos dan sebagainya," menurut kenyataan itu.
Bagi tempoh Julai hingga 15 Sept lepas, SPR mengeluarkan 69,293 nama daripada rekod pemilih berdaftar setelah disahkan meninggal dunia.
Dalam tempoh berkenaan, SPR memotong 1,068 nama pemilih berdaftar yang disahkan telah dilucutkan kewarganegaraan oleh JPN. - BERNAMA
mari pakat2 buat kerja "memburu hantu"...
ReplyDeletesy