26 February 2011

Sensasi, ribuan ahli PAS & PKR keluar parti.

Habislah PAS dan PKR kali ini.

Menjelang mana-mana PRK (terkini Kerdau dan Merlimau) atau PRU maka berbondong-bondonglah diberitakan ahli PAS dan PKR serta pemimpin kedua-dua parti ini yang akan keluar parti untuk menyertai Umno. 

Saya tidak pernah mengira tapi kononnya sejak beberapa tahun yang yang lalu mungkin telah belasan ribu ahli PAS & PKR yang diberitakan oleh media perdana serta portal pro Umno yang menyertai parti tersebut.

Anehnya walau pun demikian yang di war-warkan, namun keputusan penuh liga PRK "M" tidak pula menyaksikan kemenangan penuh kepada Barisan Nasional.

Jika ini lah keputusan nya maka nyatalah bahawa berita serta portal pro-umno memang tidak berguna langsung kepada kita semua sebagai rakyat jelata tetapi bagus juga untuk penyokong parti mereka supaya tidak perlu bekerja keras lagi kerana sudah semakin ramai menyertai mereka dan mereka bakal menang mudah dalam setiap PRK dan PRU.

Terkini laman sesawang Bernama melapurkan bahawa sejak Januari lepas, seramai 1,800 anggota dan pemimpin PAS menyertai Umno Pasir Puteh selepas berasa tertipu dengan perjuangan parti tersebut.

Ketua Umno bahagian itu Zawawi Othman berkata mereka menyerahkan borang keanggotaan menerusi empat Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Limbongan, Semerak, Gaal dan Selising.

"Ramai lagi anggota PAS terutama di peringkat akar umbi dalam proses menyertai Umno," katanya kepada pemberita selepas menerima 30 borang permohonan menyertai Umno di Kampung Wakaf Bunut, DUN Selising, di Pasir Puteh hari ini

Beliau berkata antara yang menyertai Umno itu termasuk bekas ketua Pemuda, ketua Muslimat dan anggota jawatankuasa PAS cawangan yang telah bersama PAS antara 30 hingga 40 tahun.

Kemasukan mereka secara beramai-ramai yang diluar jangkaan ini memberi harapan cerah kepada BNl untuk merampas kembali empat DUN tersebut dan kerusi Parlimen Pasir Puteh pada pilihan raya umum akan datang, katanya.

Sementara itu, bekas bendahari PAS cawangan Tualang Rendah Wan Mahmood Wan Abas, 56, yang ditemui pemberita pada majlis penyerahan borang tersebut berkata beliau merasa tertipu dengan parti yang disertainya sejak 30 tahun lepas.

Ini kerana katanya, tidak ada apa yang disumbangkan PAS kepada masyarakat sepanjang beliau memperjuangkan parti tersebut.

Bekas anggota jawatankuasa Muslimat PAS cawangan Kampung Wakaf Bunut, Saripah Mamat, 38, pula berkata beliau kecewa dengan sikap pemimpin PAS yang banyak bercakap tetapi gagal membantu rakyat yang susah.

Berbanding PAS, Umno tidak banyak bercakap tetapi sibuk membantu rakyat terutama dalam persekolahan anak-anak menerusi program seperti Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) yang diberi setiap tahun, katanya.

Membaca cerita rekaan tulisan Bernama ini membuatkan ramai boleh kecut perut dan Kerajaan PAS Kelantan boleh tumbang bila-bila masa jika Pilihnaraya diadakan.

Malangnya dengan pertolongan laman sesawang Bernama dan Portal Umno ini Umno Kelantan terus syok sendiri kerana semakin di beritakan  pimpinan dan ahli PAS yang keluar parti maka semakin KURANG pula kerusi DUN yang dimenangai oleh Umno dan Barisan Nasional di Kelantan sehingga bakal Menteri Besar Umno pun tumbang tertongeng dan tergolek-golek di DUN sendiri.

Sementara itu, diberitakan juga sekumpulan 154 anggota sayap wanita PKR di Perak turut bertindak keluar parti dan menyertai Umno kerana sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti khususnya sayap itu.

Diketuai bekas naib ketua Wanita PKR Ipoh Barat Siti Aminah Mansor, mereka mengemukakan borang keanggotaan kepada ketua Wanita Umno Perak Datuk Rosnah Kassim.

Dalam sidang media selepas itu, Rosnah berkata tindakan anggota Wanita PKR Ipoh Barat dan Tambun tersebut mengukuhkan lagi kenyataan yang dibuat bekas anggota PKR sebelum ini bahawa ada yang tidak kena dengan parti pembangkang terbabit.

Justeru kata beliau, PKR tidak wajar menuding jari kepada Umno dan BN sebagai punca semakin ramai anggota mereka bertindak keluar parti.

Sementara itu, Siti Aminah berkata tindakan beliau dan rakan-rakannya itu berpunca daripada rasa kecewa dengan pucuk kepimpinan PKR.

"Selain itu kami melihat dan terbukti perjuangan PKR dan kepimpinan mereka adalah untuk kepentingan peribadi mereka dan bukan untuk kebaikan kami dan rakyat jelata," katanya.

Ini kerana kata beliau, perebutan kuasa menyebabkan pucuk pimpinan lupa anggota di akar umbi yang selama ini bertungkus lumus menghidupkan PKR sebelum tsunami politik pada 2008.

Turut menyerahkan borang keanggotaan Umno hari ini ialah 34 wanita yang tidak pernah menyertai sebarang parti politik sebelum ini.

Sekitar Merlimau

Beginilah keadaan sekitar Merlimau pada pagi ini, ramai pimpinan Pakatan Rakyat yang datang bagi bersama-sama calun PAS dihari penamaan calun pagi ini.  





klik sini untuk [Gambar Tebaru] Live Dari PRK Merlimau

24 February 2011

Talam 2 ~ 3 muka

Ni jenis manusia munafik, dia pandai bermuka-muka kerana nak duit sekupang dua. Kalau jumpa lagi orang macam ni - kita nak buat apa? 

23 February 2011

DHPP Kota Raja semakin mantap

Sejajar dengan matlamat PAS Kota Raja untuk mempertahan kerusi Parlimen Kota Raja beserta DUN Sri Muda dan Andalas, Lajnah Perpaduan Nasional dan DHPP Kota Raja terus maju kehadapan dengan menubuhkan cawangan demi cawangan DHPP di sekitar Kota Raja.

Pada hari Ahad yang lalu DHPP sekali lagi berjaya menembusi Taman Sentosa untuk menubuh Cawangan DHPP ke dua disana.

Lajnah Perpaduan PAS Kota Raja mengucapkan syabas dan tahniah kepada Saudara Letchumanan serta Sdr Ramu serta AJK DHPP Kota Raja yang lain termasuk Puan Veny kerana berjaya dalam menjalan tugas dan amanah PAS Kawasan yang mahukan sebanyak mungkin Cawangan DHPP ditubuhkan diseluruh Kota Raja.

Antara pimpinan PAS Kawasan yang hadir dalam majlis perasmian ini ialah YDP Jaafar Samsuddin, AJK PAS Kawasan merangkap Pegawai Khas YB Dr Siti Mariah, sdr Azmi Jusoh, Setiausaha LPN PAS Kawasan Kota Raja Sdr Syed Malek serta AJK Sdr Nor Ikhsan, Tn Haji Bahaudin dan lain-lain.

22 February 2011

Modal besar Umno di Kerdau

Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau yang akan berlangsung 6 Mac depan.
Pengumuman itu dibuat Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin di hadapan lebih 4,000 penyokong BN di Dataran Sri Ketumbit, dekat sini.
Boleh tahan jugak calun pilihan Umno kali ini, masa pengumuman tadi dia tak pakai songkok macam dalam gambar ni, tapi berkopiah putih. Secara jujur Umno semakin bijak untuk menyaingi PAS.

Calun ini juga akan jadi modal besar Umno untuk memberitahu rakyat jelata seluruh negara bahawa Umno juga kini diwakili oleh seorang bekas pelajar bahasa arab lulusan universiti al-azhar.

Tak apa lah Umno boleh letak siapa sahaja calun yang mereka mahu, kita bukan lawan calun tapi lawan Umno... itu hak mereka, bagi PAS dan penyokong dan pendokongnya lawan tetap lawan.

Sementara PAS akan mengumumkan calunnya pada hari Khamis ini 24hb Februari 2011 oleh Yang Amat Berhormat Tok Guru Nik Aziz Nik Mat di Tapak Kompleks PAS Pahang pada jam 9.00 malam .... kita sama-sama tunggu siapa calun pilihan PAS untuk menyaingi Umno kali ini.


21 February 2011

Cis!!! bedebah punya budak


Prosiding kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim petang ini “dikejutkan” dengan dakwaan peguamnya bahawa salah satu profil DNA dikesan pada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah milik pengadu dan saksi utama itu sendiri.

Ramkarpal Singh, salah seorang peguam Anwar berhujah, penemuan laporan kimia menunjukkan air mani yang ditemui pada bahagian rektal sebenarnya adalah milik Saiful memandangkan profil DNA “12, 13” adalah lebih dominan berbanding profil DNA “Lelaki Y”.

“Saya mengesyorkan kepada anda profil dalam B8 adalah milik Saiful, oleh itu (ia) boleh ditafsirkan bahawa air mani yang dikesan di bahagian duburnya sendiri,” kata Ramkarpal di mahkamah hari ini.

Bagaimanapun Dr Seah menafikan perkara itu sambil berkata terdapat dua bentuk kesan di bahagian rektal iaitu sperma dan bukan sperma.

Profil DNA Saiful, menurut Dr Seah, tergolong dalam kategori pertama.

“Ya, meskipun profil DNA Saiful ‘12, 13’ dikategorikan di bawah pati bukan sperma, di mana Dr Seah tidak dijawab ialah DNAnya sendiri juga ditemui pada kesan sperma B8.
 
“DNA Saiful bukanya penyumbang utama dalam kes ini, tetapi ia juga dikesan dalam kedua-dua ekstrak,” kata seorang lagi penguam Anwar, Sankara Nair kepada The Malaysian Insider kemudian.

Terdahulu pagi tadi, peguam-peguam Anwar meneruskan pemeriksaan balas ke atas Dr Seah dengan meminta beliau mengulas mengenai kesahihan laporan kimia.

“Anda mempunyai situasi di mana pancutan (air mani) ke dalam dubur adalah 56 jam sebelum laporan (dibuat). Adakah anda menduga untuk melihat kemerosotan kualiti sperma dan DNA?” soal Ramkarpal.

Menjawab soalan itu, Dr Seah berkata, tidak perlu mengambil langkah-langkah tambahan untuk menentukan kemerosotan kualiti meskipun air mani berada dalam dubur selama 56 jam.

90.09% undi Melayu : PAS akan buat kejutan di Kerdau

Bagi sesetengah aktivis PAS di Pahang, pilihan raya kecil (di negeri itu) bagi mereka lebih baik tiada daripada ada.

Selepas beberapa pilihan raya kecil silih berganti dan berpindah dari satu negeri ke satu negeri yang lain sejak Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008, sesetengah aktivis PAS dari negeri itu kalau ditanya bila pula di Pahang,  jawapan mereka boleh dikatakan hampir sama: "Harap-harap jangan ada Yang Berhormat Pahang meninggal dunia."

Beberapa faktor dipercayai menjadi sebab timbulnya kebimbangan seperti itu dalam kalangan aktivis PAS Pahang.

Salah satunya ekoran kecemerlangan Barisan Nasional (BN) negeri itu dalam pilihan raya umum lalu iaitu ketika di negeri-negeri lain, BN dikejutkan dengan pencapaian luar biasa parti-parti pembangkang yang kini bersatu dalam Pakatan Rakyat.

Selain itu, kewujudan tanah-tanah rancangan Felda yang begitu banyak di Pahang, sosio-budaya masyarakat khususnya masyarakat Melayu tradisonal negeri itu dan prestasi PR Pahang yang dikatakan kurang memberangsangkan turut menjadi faktor tambahan mengapa ada kalangan aktivis PAS Pahang tidak gembira jika berlaku pilihan raya kecil di negeri mereka.

Bagaimanapun bagi aktivis-aktivis tersebut, PRK tidak boleh lagi menjadi mimpi ngeri atau iguan buruk kepada mereka. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah pun menetapkan 6 Mac ini sebagai tarikh membuang undi manakala 26 Febuari sebagai hari penamaan calon bagi pilihan raya Kerdau - sebuah kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) yang terletak dalam Parlimen Kuala Krau, Pahang.

Kerusi Dun Kerdau kosong ekoran Adunnya, Datuk Zaharuddin Abu Kasim, 63, meninggal dunia kira-kira jam 6.30 petang 12 Februari lalu akibat serangan jantung selepas terjatuh dalam bilik air di rumahnya.

Malangnya, ketika ada kebimbangan aktivis PAS Pahang jika berlakunya pilihan raya kecil di negeri mereka, PAS negeri itu bukan sahaja perlu berhadapan dengan “sekadar pilihan raya kecil” tetapi satu yang dilihat sangat penting khususnya kepada PAS dan juga PR.

Kerdau ditakdirkan ketika graf prestasi BN dalam pilihan raya kecil berada dalam situasi menaik setelah mencatatkan kejayaan demi kejayaan dalam beberapa pilihan raya terakhir sebelum ini.

Kurang sebulan lalu, BN baru sahaja meraikan kemenangan mereka di Tenang, Johor dengan majoriti yang lebih besar menewaskan calon PAS.

Situasi yang sama turut dihadapi oleh PAS Melaka yang bakal berhadapan dengan satu lagi PRK di Dun Melimau pada tarikh yang sama.

Justeru, sama ada bersedia atau tidak, Kerdau dan Merlimau boleh dikatakan menjadi benteng terakhir kepada PAS untuk menyekat momentum BN atau sekurang-kurangnya mengurangkan majoriti dengan jumlah yang besar untuk dijadikan mesej politik kepada rakyat Malaysia sebelum pilihan raya umum akan datang.

Dalam menghadapi situasi ini, Kerdau sebenarnya mempunyai potensi sangat baik kepada PAS untuk melaksanakan misi tersebut berbanding Merlimau yang dikatakan lebih sukar untuk PAS membuat kejutan dalam tempoh dua minggu sahaja lagi.

Dun Kerdau wujud hasil persempadanan semula kawasan pilihan raya oleh SPR pada tahun 2003.

Jika sebelum ini Kerdau dalam Parlimen Temerloh, kini di bawah Parlimen Kuala Krau. Istimewanya Dun Kerdau ialah kerana kawasannya meliputi kedua-dua belah tebing Sungai Pahang.

Di sebelah pekan Kerdau kawasan mengundi menjajar sejauh kira-kira 15 kilometer bermula dari Desa Murni hingga ke Kuala Tekal. Sementara di seberang sebelah lagi Sungai Pahang, kawasannya menganjur dari Kampung Badok hingga ke Rumpun Makmur di seberang pekan Kuala Krau.

Walaupun timbul kebimbangan dalam kalangan aktivis PAS ekoran senario politik di Pahang, Kerdau sebenarnya menyediakan medan terbaik kepada PAS untuk memberi tentangan paling sengit kepada BN dalam Dun yang mereka kuasai dan negeri yang dikatakan antara kubu kuat mereka.

Daerah itu sendiri menyediakan banyak kelebihan kepada PAS yang hanya perlu dilihat lebih halus dari pelbagai aspek untuk digarap dengan baik seterusnya dijadikan bahan kempen pilihan raya, ia termasuklah aspek geografi, sejarah dan sentimen masyarakatnya.

Kisah stesen keretapi Kerdau, bangunan usang pekan Kerdau dan perkembangan mutakhir kampung-kampung tradisi serta penduduknya dalam daerah itu sebenarnya langsung tidak memberi kelebihan kepada BN sebagai parti yang memerintah selama lebih 50 tahun.

Manakala isu-isu tempatan yang dikatakan paling signifikan dalam sebuah pilihan raya kecil berbanding isu-isu bersifat nasional atau antarabangsa juga tidak kurang banyaknya di Kerdau.

Beberapa projek gagal di Gunung Senyum yang terletak dalam Dun Kerdau seperti 100 ekar tanaman nangka madu, projek ayam kampung dan ladang durian misalnya cukup kuat untuk dimanfaatkan memujuk pengundi supaya mengangkat calon daripada PR pula sebagai wakil rakyat mereka.

Begitu juga dengan masalah harian penduduk yang sudah berlarutan sehingga melampaui belasan tahun. Masalah air, rumah terbengkalai dan jalan rosak sentiasa menjadi perbualan dari masa ke semasa penduduk kawasan ini.

Selain itu, tiga kawasan Felda dan sebuah Fecra yang terdapat dalam Dun Kerdau tidak lagi dilihat sebagai benteng kebal BN khususnya dalam mendapatkan undi orang Melayu yang mendominasi 90 peratus pengundi daerah itu.

Lebih dari itu, kewujudan penempatan masyarakat peneroka ini sewajarnya menjadi kelebihan besar kepada PAS yang selama ini mengangkat isu Felda sebagai agenda penting dalam perjuangan parti.

Melalui Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah serta Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) yang diterajui salah seorang pimpinan pusat PAS tentulah tidak sukar kepada PAS dan PR menyusun isu demi isu sepanjang tempoh 10 hari yang diberikan oleh SPR.

Tambahan pula, Pahang merupakan antara kawasan Felda yang menjadi tumpuan Anak selama badan itu ditubuhkan.

Difahamkan, kebangkitan masyarakat Felda yang diuruskan oleh Anak dalam menuntut hak-hak mereka lebih ketara di Pahang berbanding negeri lain - selain sebahagian besar aktivis anak sendiri merupakan kalangan peneroka ataupun anak-anak peneroka di Pahang.

Justeru, BN yang akan diwakili Umno sudah pasti tidak mampu duduk dengan selesa sehingga 6 Mac depan dengan pelbagai beban isu yang perlu dijawab mereka dan PAS pula mampu membuat kejutan sekiranya dapat mengunakan semaksimanya segala sumber dan jentera yang mereka ada bersama sekutunya, PKR dan DAP.

Sementara itu, dalam tinjauan awal Harakahdaily, Pekan Kerdau sudah mula sibuk dengan petugas-petugas parti yang melaksanakan kerja-kerja awal pilihan raya. Pekan Kerdau dan kawasan-kawasan sekitarnya sudah mula bergentayangan dengan petugas-petugas parti yang bertanding.

Bilik-bilik hotel yang berhampiran (bandar Temerloh dan Mentakab) sudah penuh tempahannya sementara warung-warung makan sudah mula luar biasa larisnya.

Penyokong-penyokong parti bertanding dijangka akan berkunjung ke sini lebih ramai lagi dalam masa terdekat ini kerana lokasinya hanya sekitar 5 kilometer daripada susur keluar Tol Temerloh, melalui Lebuhraya Pantai Timur.

Kali terakhir berlaku pilihan raya kecil di situ ialah pada tahun 2000, ketika itu pekan Kerdau termasuk dalam Dun Sanggang yang kematian Adunnya Datuk Abdullah Kia.

Kerdau mempunyai jumlah pengundi seramai 9,082 orang berdasarkan buku daftar pengundi terbaru SPR. Daripada jumlah tersebut terdapat 8,182 orang pengundi Melayu (90.09 peratus), Cina 466 orang (5.13 peratus), India 166 (1.82 peratus) dan Orang Asli 268 (2.95 peratus).

Terdapat 13 Unit Pusat Mengundi di Kerdau meliputi kawasan pinggir bandar, kampung tradisional Melayu, estet, pekan lama serta tiga Tanah Rancangan Felda iaitu Jengka 22, Jengka 23 dan Jengka 25.

Pada pilihan raya umum 2008 BN menang dengan majoriti 1,615 undi. Zaharuddin yang pertama kali bertanding sebagai calon BN mendapat 4,135 undi berbanding calon PAS Hasanuddin Salim yang memperoleh 2,520 undi.

Walau bagaimanapun keputusan tersebut dilihat satu kejayaan buat PAS kerana merendahkan undi BN sebanyak 950 undi daripada majoriti 2,565 undi yang diperolehi BN pada 2004.

18 February 2011

Kerdau serentak dengan Merlimau

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil DUN Kerdau diadakan pada 6 Mac dan penamaan calon pada 26 Februari, yang diadakan serentak dengan pilihan raya kecil DUN Merlimau.

Keputusan itu diumumkan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof malam ini dalam sidang media di Kuching.

Pilihan raya Kerdau diadakan ekoran penyandangnya Zaharuddin Abu Kassim daripada BN yang meninggal dunia pada 12 Februari lalu akibat serangan jantung.

Ia merupakan pilihan raya kecil kali ke-16 bakal diadakan selepas pilihan raya umum 2008.

Ia juga pilihan raya kecil pertama di Pahang.

Dalam pilihan raya umum lalu Zaharuddin menang kerusi DUN Kerdau dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon PAS, Hassanudin Salim.

Kawasan tersebut mempunyai pengundi yang terdiri daripada 89 peratus Melayu, 6 peratus Cina, 3.7 peratus India dan 2.5 peratus kaum-kaum lain.

14 February 2011

Lawatan kerja JPrN ke Kota Raja

JPrN Selangor yang di Ketuai oleh Pengarah Pilihanraya Negeri Cikgu Radzi telah mula turun padang bersama Setiausaha Perhubungan Negeri serta pimpinan Negeri yang lain.

Kota Raja telah dipilih sebagai destinasi pertama mereka. Alhamdulillah para petugas PAS Kota Raja telah siap siaga menerima kehadiran mereka termasuk menyediakan bunting khas seperti dibawah.

Kota Raja sendiri mempunyai wakil di JPrN termasuk YDP En Jaafar Samsuddin yang merupakan Setiausaha JPrN, manakala TYDP Tn hj Norhalim Sirome merupakan Timbalan Pengarah 1 JPrN manakalan YB Dr Siti Mariah Mahmud pula merupakan Timbalan Pengarah 3 Jabatan Pilihanraya PAS Pusat.


 

13 February 2011

Dr Asri kata tidak mustahil kuasa rakyat berlaku di Malaysia

Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainol Abidin berkata tidak mustahil kuasa rakyat yang menumbangkan Presiden Hosni Mubarak di Mesir berlaku di Malaysia jika penduduk negara ini tidak tahan dengan kekangan dan penindasan.

asri jais record statment colum upacara telan air ludah ustaz 100410 pcTV Selangor memetik beliau berkata walaupun Malaysia jauh makmur berbanding Mesir, namun, rasa tidak puas hati rakyat boleh dicetuskan oleh aspek lain seperti kebebasan bersuara yang terhakis.

"Dari segi kemiskinan kita tak sama, Mesir ada 42 peratus rakyat di bawah taraf kemiskinan. Dari segi faktor yang menyumbang ruang seperti Internet, mungkin Malaysia lebih.

“Tapi ketidakpuasan hati rakyat itu berbeza mengikut negara. Negara miskin mungkin tak puas hati kerana tak ada makanan. Negara yang lebih 'educated' mungkin tak puas hati kerana tiada kebebasan menyuarakan pendapat," katanya.

Justeru Asri berkata, mana-mana kerajaan termasuk di Malaysia terdedah kepada menghadapi kuasa rakyat di jalanan jika terlampau mengekang dan menindas penduduk khususnya bersabit hak asasi mereka.
Kuku besi

Asri berkata Mesir menjadi contoh bagaimana sebuah kerajaan kuku besi dijatuhkan semata-mata menerusi penduduk yang tidak menggunakan kekerasan, mereka hanya berbekal tekad dan iltizam untuk mengubah nasib mereka.

"Kalau ada faktor-faktor tidak puas hati itu merebak ke dalam rakyat, saya rasa tak mustahil perkara yang sama boleh berlaku. Kerana kejadian perubahan di Mesir beri pengajaran kepada semua pemerintah bahawa perubahan boleh berlaku bukan dengan cara dulu tapi dengan cara baru, kuasa rakyat turun di jalan tanpa senjata, tanpa peluru dan hanya menzahirkan pendapat mereka," katanya.

Asri menegaskan pengaruh Internet dan keluhan generasi muda tidak boleh diambil ringan dalam era globalisasi sebagaimana yang terbukti dalam kes Mesir.

"Bermula dari mereka dididik untuk meluahkan perasaan di facebook, di blog mereka, mereka luahkan di jalan raya. Tak perlu nak rosakkan harta awam, tetapi mereka turun demi kepentingan rakyat beramai-ramai. Tentera dilatih hadapi orang bersenjata tapi dilatih hadapi rakyat tak bersenjata. Jadi mereka terpinga-pinga di hadapan kuasa rakyat yang tak bersenjata," kata Asri.

Lewat malam Jumaat lalu, kerajaan Mubarak tumbang apabila melancarkan tunjuk perasaan dan demonstrasi jalanan berterusan kerana hilang kepercayaan ke atas pentadbiran presiden itu yang didakwa dicemari rasuah dan salah guna wang rakyat .

Dengan menggunakan rangkaian media seperti Facebook dan Twitter, sentimen anti kerajaan menular dengan luas ke seluruh negara ibarat api yang merebak. Tindakan selama 18 hari itu berjaya menyaksikan Mubarak akhirnya tunduk dan meletakkan jawatan.

Perutusan Maulidur Rasul 1432H oleh TGNA

Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Allah SWT yang telah memberikan kita keizinan untuk terus berada di dalam bulan Rabiul Awwal untuk tahun ini. Rabiul Awwal sebagaimana yang kita maklum merupakan bulan di mana umat Islam khususnya di Malaysia menyambut hari kelahiran baginda Rasulullah SAW. Sekalipun seringkali saya ulangi, peristiwa kelahiran baginda Rasulullah SAW tidaklah sebesar peristiwa perlantikan baginda sebagai rasul kerana kelahiran adalah peristiwa yang berlaku kepada semua manusia. Namun tidaklah dinafikan bahawa pada bulan inilah umat Islam keseluruhannya memperbaharui kecintaan mereka kepada Rasulullah SAW dengan mengadakan majlis-majlis maulud di sana sini khususnya di negara ini.

Sehubungan dengan itu, sukalah saya mencadangkan agar pengisian Maulidur Rasul pada tahun ini menumpukan kepada isu-isu semasa yang sedang berlaku di sekitar umat Islam pada hari ini. Topik-topik semasa ini perlu diketengahkan memandangkan al-Quran sendiri yang merupakan sumber hokum di dalam Islam diturunkan selama 23 tahun. Tujuan penurunan al-Quran selama 23 tahun ini tidak lain hanyalah bertujuan untuk menyesuaikan penurunan ayat-ayatnya dengan senario semasa yang sedang berlaku pada zaman Nabi Muhammad SAW.

Kedua, para penceramah perlulah mengingatkan masyarakat umat Islam bahawa dunia ini milik Allah SWT. Setinggi manapun pangkat yang kita miliki, kita hanyalah penumpang di bumi Allah SWT. Sebagaimana kita menumpang di rumah orang lain, kita tidak bebas melakukan perkara yang kita ingini jika tidak dengan persetujuan tuan rumah. Di bumi ini, kita hanya boleh melakukan perkara yang dikehendaki oleh Tuan Punya bumi iaitu Allah SWT. Justeru, tidak ada kuasa yang akan kekal selama-lamanya melainkan kuasa Allah. Di Mesir dan Tunisia, kita baru menyaksikan kebangkitan besar-besaran rakyat menentang kuasa rejim yang berkuasa begitu lama menunjukkan bahawa setiap penguasa pasti akan menemui saat di mana kuasa mereka akan diambil balik oleh Allah SWT.

Ketiga, saya berharap agar ditonjolkan kehebatan Rasulullah SAW sebagai pentadbir negara. Baginda mentadbir negara

Islam Madinah dengan mengutamakan pembersihan kalbu terlebih dahulu. Sebagai seorang ahli politik yang dipandu oleh Allah SWT, baginda tidak meletakkan agenda pembangunan fizikal sebagai agenda utama sehingga mengenepikan pembangunan rohani. Justeru, kita boleh menyaksikan bagaimana sepanjang 10 tahun baginda menjadi ketua negara Islam Madinah, hanya sebuah sahaja bangunan yang didirikan iaitu masjid baginda sendiri. Ini kerana, baginda membangunkan hati dan roh. Lahirlah generasi sahabat yang hebat hasil dari tarbiyyah dan asuhan baginda. Melalui asuhan inilah, manusia mengenali halal, haram, dosa, pahala, syurga dan neraka. Hakikatnya, pembangunan modal insan yang kini disebut-sebut semula oleh sebahagian daripada kalangan kita telah lama disebut oleh Allah SWT yang bermaksud :

“Bacalah dengan (menyebut) nama tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Yang Mengajar (manusia) dengan perantaraan qalam. Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya. Ketahuilah, sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas, apabila dia merasakan dirinya cukup (sebagai satu penyakit qalbu). Sekali-kali tidak, (penawarnya ialah meyakini) sesungguhnya kamu akan kembali kepada tuhanmu. – Surah al-Alaq, ayat 1-7.

Perhatikanlah ayat-ayat di atas yang mengulangi perkataan al-insan yang bermaksud manusia sebanyak tiga kali. Inilah aspek yang perlu diberikan keutamaan pada hari ini. Apabila pembangunan insan dilaksanakan mengikut acuan Islam, tidak akan berlaku lagi budaya khianat, pecah amanah, salah guna kuasa dan sebagainya di kalangan rakyat termasuklah pemimpin. Masyarakat pula khususnya remaja yang terdidik dengan rasa takut terhadap azab Allah SWT akan menjauhi pergaulan bebas, zina, sumbang mahram, buang bayi dan sebagainya. Sekalipun perbuatan-perbuatan dosa ini tidak diketahui oleh manusia, ia tetap dihitung oleh Allah SWT. Inilah kejayaan asuhan Rasulullah SAW dan ini terbukti apabila pernah seorang wanita datang kepada baginda mengaku bahawa dirinya telah berzina serta memohon untuk dihukum hudud dengan segera ekoran ketakutannya menghadapi azab Allah SWT di akhirat kelak. Agenda pembersihan kalbu seperti inilah yang langsung tidak ada di dalam sistem sekular. Sekular yang hanya mengutamakan pembangunan fizikal semata-mata pastinya tidak akan berbicara walaupun sepatah mengenai pembersihan kalbu.

Keempat, perlulah diingatkan bahawa Islam datang selari dengan fitrah manusia. Maulidur Rasul ini perlulah dijadikan satu kesempatan untuk menonjolkan kebaikan Islam kepada non muslim khususnya bukan hanya melalui perarakan besar-besaran sahaja tetapi juga melalui nilai-nilai Islam yang bersesuaian dengan fitrah semulajadi manusia. Islam melarang perkara-perkara munkar yang sememangnya tidak diterima oleh fitrah manusia. Mencuri, merompak, berzina, rasuah, pecah amanah, khianat dan semua perkara yang dilarang oleh Islam hakikatnya juga tidak diterima oleh fitrah manusia. Demikianlah juga perkara-perkara makruf yang digalakkan oleh Islam juga pada hakikatnya diakui oleh fitrah manusia sebagai perkara-perkara yang baik.

Akhir kata, saya mengharapkan sambutan Maulidur-rasul pada kali ini benar-benar memberikan manfaat untuk semua khususnya di dalam meningkatkan kefahaman kita kepada Islam yang syamil (komprehensif) yang dibawa oleh baginda Rasulullah SAW.

12 February 2011

Tak menang tangan

Mendekati bakal pengundi SPR pada PRU akan datang merupakan satu aktiviti yang sihat dan paling baik pada ketika ini. Semua parti dalam Pakatan Rakyat mesti mengambil peluang sedia ada bagi meraih sebanyak-banyak sokongan yang boleh pada PRU 13 akan datang. Ini lah kerja paling asas untuk menang dalam pilihanraya.

Jentera Pilihanraya PAS Kawasan Kota Raja melalui Unit Pendaftaran Pemilih meneruskan usaha mencari seramai mungkin pengundi baru sebagai pemangkin kepada kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat di Parlimen Kota Raja. 

Memang benarlah bagai dikata bahawa anak muda berbilang bangsa di Malaysia kini lebih selesa mendekati petugas PPS dari Parti Politik kita. 

Seterusnya untuk menang di Selangor dan seterusnya menuju Putrajaya, jangan lalai dan leka, mesti gunakan peluang ini sebaik mungkin. Anda semua merupakan penentu masa depan anak bangsa kita.



10 February 2011

Nak YB macam mana lagi?

Baru-baru ni YB Shuhaimi ADUN Sri Muda singgah sekejap untuk menumpang menunaikan Solat maghrib di Suaru Al Ikhwan Taman Setia Klang.

Selaku Setiausaha Surau sengaja saya minta ADUN ni untuk menjadi Imam Solat Maghrib. Surau ni agak makmur dan biasalah jemaahnya pun agak ramai kerana penuh dengan majlis Ilmu.

OK tak de masaalah .... kan bagus dapat YB macam ni .... 



 Dah datang, bagilah peluang dia cakap sikit
 Tekun, para jemah, pengerusi surau dan ahli majlis (anak khariah taman setia) ni mendengar ucapan beliau


08 February 2011

Ada Unsur Politik

Peguam Amer Hamzah Arshad, menyifatkan pertuduhan yang dikenakan ke atas anak guamannya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Shuhaimi Shafie hanya berunsurkan politik semata-mata. Dakwanya pendakwaan ini mendapat tekanan daripada pihak berkepentingan yang mahukan kes ini dibicarakan di mahkamah sedangkan jika dilihat ahli politik yang lain seperti Barisan Nasional(BN) juga pernah mengeluarkan kata-kata yang mempunyai elemen hasutan.

“Pertuduhan ini tidak perlu dibawa langsung kerana pertuduhan terhadap Shuhaimi, tidak lain tidak bukan adalah satu pertuduhan yang berunsurkan politik kerana banyak tekanan-tekanan daripada pihak tertentu yang telah menyebabkan pertuduhan dan pendakwaan di mahkamah hari ini,” katanya.

Amer juga turut membantah denda yang dikenakan ke atas Shuhaimi bersifat menekan anak guamannya sedangkan hukuman denda yang diperuntukkan hanyalah RM5,000 di bawah Akta Hasutan.

“Jadi kalau ikut dari segi logik kita bandingkan denda maksimum yang boleh dikenakan mahkamah hanyalah 5,000 ringgit tetapi jumlah jaminan yang ditawarkan 20,000 ringgit, bukan ke itu satu bentuk penindasan (oppressy) jadi ini menunjukkan ada unsur pendakwaan yang berunsurkan politik,” katanya lagi.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Hanafiah Zakaria meminta mahkamah menetapkan RM20,000 sebagai wang ikat jamin atas alasan kesalahan didakwa dilakukan adalah serius membabitkan hasutan terhadap Sultan Selangor.

Dalam pada itu, seorang lagi peguam yang mewakili Shuhaimi, N Surendran, menggesa kerajaan menghapuskan Akta Hasutan, yang kini tidak lagi relevan dalam sebuah negara yang mengamalkan prinsip demokrasi.

“Akta Hasutan tidak mempunyai tempat di dalam negara yang demokrasi dan bebas jika kerajaan setiap kali menyatakan bahawa ini negara bebas dan kerajaan menghormati proses demokrasi dan sebagainya, jika benar mansuhkan akta hasutan dengan segera, buktikan kepada rakyat bahawa kerajaan negara ini benar-benar menghormati demokrasi, kerana sekarang jelas menunjukkan kerajaan bersama peguam negara tidak menghormati demokrasi,” kata N Surendran ketika pemberita.

Surendran juga menganggap dengan adanya Akta Hasutan ini telah menyekat kebebasan seseorang untuk bersuara, lebih-lebih lagi kenyataan yang berbaur menentang kerajaan.

Pagi semalam, Shuhaimi didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 berhubung kenyataannya menyentuh kemelut pelantikan setiausaha kerajaan negeri Selangor menerusi blognya pada 30 Disember lalu.

Beliau juga didakwa mempersoalkan kuasa Sultan Selangor dalam blog pada 30 Disember tahun lalu melalui artikel berjudul, ‘Pandangan saya berasaskan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959′.

Bagaimanapun beliau mengaku tidak bersalah atas tuduhan hasutan yang didakwa ke atasnya dan mahkamah menetapkan kes itu akan disebut pada 28 Mac ini.

KL-TODAY

07 February 2011

Malam ini : Ceramah Isu semasa di DUN Sri Muda


Ceramah PANAS, isu-isu semasa akan berlangsung di Perkarangan Markaz PAS Bukit Naga pada malam ini, seberkan dan anda Semua di jemput hadir.

Terkini, ikat jamin RM8K keatas Shuhaimi Shafie : Suasana di Mahkamah pagi ini

Baru selesai pertuduhan terhadap Shuhaimi,

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerbitkan satu artikel menghasut berhubung pelantikan setiausaha kerajaan negeri selangor di laman blog www.srimuda.blogspot.com pada pada 30 Disember tahun lalu. Shuhaimi mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Latifah Mohd. Tahar, dikenakan ikat jamin  RM8,000.00. Perbicaraan akan bersambung pada 28 Mac 2011

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda Shuhaimi Shafie dipercayai bakal didakwa atas Akta Hasutan di Mahkamah Seksyen tiba kira-kira jam 9.20pagi di Bangunan Mahkamah Sultan salahuddin Abdul Aziz Shah.


Sebelum itu ramai pemimpin PKR, DAP dan PAS yang hadir dan berada di Lobi Mahkamah. Antara yang paling awal sampai ialah Ahli Parlimen Kota Raja YB Dr Hajjah Siti Mariah Mahmud.

Sementara dari PKR dan DAP yang saya terpandang ialah YB Azmin Ali, YB Nurul Izzah, YB Manikavasagam, YB HJ Yaacob SapariYB Teresa Kok, YB Ronnie Liu dan lain-lain (maaf tak dapat nak tulis)







Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini