14 October 2012

Harapan terakhir Barisan Nasional


Populariti Barisan Nasional yang gagal diangkat oleh Media Perdana milik Umno dan Barisan Nasional kini mula beralih arah kepada media baru pula.
Umno yang dilihat semakin ketinggalan khususnya sokongan dari pengundi muda dan medium class yang mewakili 30% dari jumlah pengundi dalam PRU akan datang dilihat berubah arah dengan mengharapkan "cybertroopers" untuk membantu mereka menang dalam PRU akan datang.
Sementara bagi pihak PAS, PKR dan DAP pula mendapati tugas semakin mudah kerana pengunaan media baru sudah lama bermula dan akan sampai kekemuncaknya bagi mengatasi dan menyaingi cybertroopers Umno menjelang pembubaran Parlimen nanti.
Pelbagai peluru termasuk "bom jangka" masih tersimpan kemas dan belum digunakan bagi menyerang Umno dalam PRU nanti.
Sementara itu kandungan oleh “cybertroopers” Barisan Nasional (BN) dan seluruh platform media sosial akan menentukan kejayaan parti pemerintah dalam pilihan raya umum akan datang, kata ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah.
Kata timbalan menteri yang popular itu, BN telah menerima pelajaran penting sewaktu pilihan raya umum 2008 selepas kalah teruk ekoran kegagalan mereka menguasai dunia siber yang ketika itu lebih dikuasai parti yang akhirnya membentuk Pakatan Rakyat (PR).

“Kita tiada di sana (dunia siber) pada 2008 ... kita handicap. Kita tewas pada masa itu, sebab itu kita hilang pengundi muda.
“Tapi kini BN telah bersedia, kita mempunyai pasukan blogger dan media baru yang dikenali sebagai “BNcybertroopers”, bezanya sekarang adalah isi kandungan media itu,” kata Ahli Parlimen Temerloh itu..
BN hilang majoriti tradisi dua pertiga di Parlimen dan hilang empat negeri kepada PR sebelum Perak jatuh kembali ke pangkuan mereka pada tahun 2009. Sebahagian daripada kekalahan itu telah dikaitkan dengan BN meninggalkan laman web media sosial pada tahun 2008 apabila bilangan pengundi celik internet semakin bertambah.
Beliau juga menegaskan, kehadiran unit media baru BN dan PR kini mempunyai kekuatan yang setara, namun perbezaannya hanyalah daripada isi kandungan blog dan laman web mereka.
“Kita sama kuat ... tapi isi kandungan itu yang akan menentukan pilihan pengundi.
“Kalau mereka (pengundi) rasa isi kandungan kita bagus, mereka pilih kita, tapi kalau PR bagus, mereka akan pilih PR,” katanya dan menambah, BN kini mula menyedari pengaruh yang dimainkan media sosial sangat besar untuk menjadi penentu dalam pilihan raya umum.
Menurut Saifuddin, berdasarkan kaji selidik yang dilakukan oleh Pensyarah Sains Politik dan Kajian Politik Malaysia dari Universiti Teknologi MARA Malaysia (UiTM), Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin sebelum ini menunjukkan orang muda yang mengambil tahu berkenaan politik tanah air, 90 peratus daripada mereka mendapatkan maklumat daripada media media baru.
Manakala 60 peratus memperolehi maklumat daripada media alternatif, 25 peratus daripada media arus perdana seperti televisyen, dan hanya 15 peratus yang menggunakan akhbar untuk mendapatkan maklumat berkenaan politik.
Situasi itu jelas Saifuddin membuktikan kandungan media alternatif yang lebih meyakinkan dan lebih bersifat “memujuk” akan membolehkan parti politik meraih undi dan sokongan mereka.
Dengan jumlah pengundi muda dan kelas pertengahan meliputi 30 peratus daripada daftar pengundi, mereka merupakan penentu kepada kemenangan sesebuah parti politik yang bertanding dalam pilihan raya umum.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini