Malunya Che Det |
Ini baru betul .... ini baru tepat ... pada muka Che Det.
Beberapa hari lepas sedap-sedap mulat Che Det saja kata undi Pakatan Rakyat bermakna undi Soros tapi Allah nak tunjuk sebenarnya yang kau maksudkan ialah mengundi DS Najib dan Barisan Nasional samalah dengan mengundi Soros.
Sekarang mana nak taruk muka ... menangis lah kau sepuas-puasnya.
Sementara itu mengikut lapuran Malaysiakini sebentar tadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mengadakan pertemuan peribadi dengan jutawan George Soros - individu yang dilihat oleh penyokong setia Umno sebagai musuh nombor satu - di New York dua tahun lalu.
Pertemuan tersebut - yang mula-mula didedahkan minggu lepas oleh ahli parlimen Subang, R Sivarasa semasa berdebat dengan Ketua Penerangan PERKASA, Ruslan Kassim - berlangsung di sebuah hotel mewah - Hotel Plaza di Manhattan.
Pertemuan perdana menteri dengan Soros, yang dituduh membiayai NGO Malaysia untuk perubahan rejim, berlaku pada 27 September 2010.
Dipercayai sekurang-kurangnya seorang pemimpin tinggi Umno hadir di pertemuan tersebut.
Najib, yang menjadi perdana menteri pada tahun 2009, menyampaikan ucapan sulungnya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada hari yang sama beliau bertemu dengan Soros.
No comments:
Post a Comment