10 October 2012

Pemimpin jenis apa kalau nak halakan senapang pun tak tau

Semua ahli dan pemimpin PAS dinasihatkan supaya "Halakan peluru kepada musuhmu dan jangan kamu halakan muncung senapangmu kepada kawanmu.

"Nasihat ini dikeluarkan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Nasihat itu dikeluarkan dalam posting terbaru Facebooknya hari ini.

"Halakan peluru kepada musuhmu, dan jangan kamu halakan muncung senapangmu kepada kawanmu. Walau tiada peluru di dalamnya sekalipun,” tulis Tuan Ibrahim di laman Facebooknya.

Bagi beliau, tiada perlu yang diulaskan mengenai nasihat di atas, yang pastinya para pemimpin PAS dan ahlinya faham maksud tersirat yang perlu disampaikan.

3 comments:

  1. Pemimpin yang menghala senapang kepada kawannya adalah musuh dalam selimut@spy. Nasharuddin ini jika dilihat dari sejak awal kemasukkannya di dalam PAS memang melemahkan PAS dari dalam. Segala usrah dan tarbiyyah di dalam PAS telah dilonggarkan dan kelahiran golongan berciri-ciri nasionalis. Namun sejak penyisihannya dan golongan UG, usrah dan tarbiyah kembali dalam proses pemulihan.

    Namun puak-puak UG main kotor dengan memainkan isu SYIAH untuk memburuk-burukan seterunya di dalam PAS.

    ReplyDelete
  2. Brahim Tuan Man ni sebenarnya nak mempertahankan Nasaruddin Mat Isa.Dia tak berapa selesa ahli-ahli PAS hentam Nasha.Kalau Ketua Penerangan PAS tak tau kemana nak halakan senapang,bermakna dia tak layak jadi Ketua Penerangan.Tak ada faedah menembak membuta tuli keluar sekiranya dalam rumah sendiri ramai jembalang.

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini