05 February 2013

Habis BN kali ini

Pakatan Rakyat (PR) dijangka akan memperoleh 145 kerusi Parlimen berbanding hanya 77 untuk Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ramalan itu dibuat Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang menyenaraikan kebarangkalian keputusan PRU13 di dalam Twitternya kelmarin.

Menurutnya, PR Selangor bakal memenangi kerusi Parlimen paling banyak iaitu 20 kerusi diikuti Perak dengan 18 kerusi.

Melalui senarai berkenaan, hampir kesemua negeri di Semenjung akan dikuasai oleh PR kecuali Johor, Perlis, Pahang, Melaka dan kerusi Parlimen Putrajaya kekal milik BN.

Bagi kawasan Malaysia Timur, Sarawak akan menjadi milik PR dengan jumlah kerusi dimenangi sebanyak 16 berbanding 15 milik BN manakala Sabah kekal diterajui BN dengan perbezaan satu kerusi daripada 25 kerusi yang dipertandingkan selain Labuan.

Terengganu pula menyaksikan PR dan BN mempunyai kekuatan seimbang selepas Nizar meramalkan PR dan BN masing-masing memperoleh empat kerusi daripada lapan kerusi yang dipertandingkan.

Dalam kenyataan di Twitternya, kelmarin, Mohammad Nizar menjelaskan kebarangkalian kemenangan itu dikaitkan dengan beberapa faktor seperti keangkuhan dan ketuannan Melayu yang dipercayai merujuk kepada Umno dan BN.

“Apabila kemarahan rakyat terhadapnya telah memuncak maka kejatuhannya tidak dapat dipertahankan lagi. Buatlah apa sekalipun,” katanya.

4 comments:

  1. Saya doakan agar PM Najib tumpas di Parlimen Pekan... dia bergantung pada undi pos tentera... kalau tentera tak sokong... berlipat kali ganda jahanam yang akan dia terima.

    Dan saya doakan usaha mereka untuk menipu dan berkhianat menggunakan pengundi hantu akan dibuntukan Allah dengan berlipat ganda jumlah undi sebenar rakyat yang tidak mahukan BN yang akan mengatasi jumlah undi hantu itu di mana sahaja perbuatan keji dan khianat ini berlaku. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  2. Saya juga berharap mcm hamba Allah di atas, In-shaa-Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah ya Tuhan Kami, Kau gagalkan usaha jahat BN untuk menipu rakyat. Berikanlah kemenangan yang besar kepada hambaMu yang berusaha untuk menegakkan AgamaMU di malaysia ini. Amin, Amin Ya Rabbal Alamin

      Delete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini