22 August 2013

Selangor sahut cabaran Pusat

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau dan kerajaan negeri Selangor menerima cabaran Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Maximus Ongkili bagi mencari penyelesaian isu projek loji rawatan air Langat 2 dalam tempoh tiga bulan dari sekarang.    

Abdul Khalid berkata beliau sudah memulakan mesyuarat dan menghantar pegawai kerajaan negeri untuk bertemu rakan sejawatan masing-masing di kementerian berkenaan bagi menentukan terma serta topik perbincangan bagi mesyuarat berkenaan.    

Kelmarin, Ongkili berkata pihaknya mencadangkan agar projek Langat 2, yang akan dibina bagi proses rawatan air mentah dari Pahang, perlu diteruskan namun kerajaan Persekutuan dan negeri perlu mencapai persetujuan bersama berhubung rundingan penyusunan semula industri air Selangor.    

"Kini terserah kepada Kementerian berkenaan," kata Abdul Khalid dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri semalam.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini