04 June 2009
PAS dalam era politik baru.
"Ini bukan soal PAS makin longgar (dalam pendekatan perjuangan) tapi PAS menerima era politik baru (dalam negara ini)," kata beliau pada sesi rehat Muktamar Pemuda PAS di Markas Tarbiyah PAS, Taman Melewar di sini.
Beliau yang melepaskan jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS dan bertanding jawatan Naib Presiden esok memberitahu, PAS perlu menerima hakikat semasa dalam era politik yang baru.
Dengan itu katanya, PAS perlu menampung rakyat pelbagai agama dan kaum negara ini. Perjuangan PAS berlandaskan misi membentuk negara Islam dan selama ini keahlian eksklusif adalah kepada umat Islam negara ini. PAS pernah meletakkan calon bukan Islam di Johor pada Mac 2008. Malah ia juga sedang mengkaji kemungkinan membenarkan bukan Islam menggunakan logo PAS.
Ahad lalu, PAS mengumumkan bahawa pihaknya sedang mengkaji pindaan Perlembagaan partinya bagi mewujudkan dewan khas bagi ahli-ahli bukan Islam dan menaikkan taraf Kelab Penyokong PAS.
03 June 2009
60 ahli KPP Kota Raja hadir Muktamar PAS
Penyelaras KPP Sri Muda, En. Segar (gambar) memberitahu setakat ini seramai 30 orang ahli KPP Sri Muda dan 30 orang ahli KPP dari Sri Andalas dijangka hadir sebagai pemerhati dalam Muktamar kali ini. Beliau memberitahu ahli-ahli KPP memang bersemangat untuk hadir kemuktamar kali ini kerana mereka terlalu gembira selepas menghadiri Himpunan & Konvensyen Kelab Penyokong PAS Nasional pada hari Sabtu yang lalu.
En. Segar juga memberitahu beliau ingin mendengar sendiri apakah keputusan Muktamar kali ini terhadap resolusi yang dikeluarkan semasa konvensyen yang lalu dan penerimaan PAS terhadap KPP.
01 June 2009
Terima kasih YB Dr Mujahid dan semua
Pengarah Program Sdr Khairul Faizi yang tetap cool dalam apa keadaan sekali pun juga mengajar saya untuk menjadi seorang yang penyabar lepas ini. Begitu juga orang muda dari Pandan yang memandu van baru cantikkkk.
Pn Hajjah Kamariah s/u LPN Pusat, terima kasih buat kakak nanti balik Perak kita pekena Gulai Tempoyak ikan patin ye. Kak Jah dah dapt gambar ke? Bendahari, TQ ( 0 ~ 0 ).
Bagi warga kerja Kota Raja yang terdiri dari AJK LPNKR, DPPKR, DMPKR dan KPPKR serta tak dilupakan YB Dr Siti Mariah Mahmud, YDP PAS Kawasan Kota Raja dan Ahli jawatankuasa nya, saya ingin merakam berbilion-bilion ucapan terima kasih pada anda semua kerana tanpa anda program ini tidak mudah untuk dijayakan.
Ketika perwakilan sudah pulang berehat kenegeri masing-masing, kita AJK LPN Kota Raja pada ketika dan saat ini masih menurunkan bunting dan bendera dibandar Klang. Kami tidak mampu menurunkannya lebih awal kerana terikat dengan program Expotani Parlimen Kota Raja sebaik selesai konvensyen tempuh hari.
Terima kasih semua, kita jumpa dalam program 'Munaqasyah Resolusi KPP' pada 27.6.2009 bersama Ybhg Prof Madya Dr Yaacob Yusof. jemput semua hadir.
Kejayaan Mujahid memusnahkan dakyah umno ~ harakahdaily
Ini merupakan kejayaan yang dirintis oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa menjadikan PAS kearah parti multiracial sesuai dengan negara bermasyarakat majmuk tanpa hilang identiti asal Islam dan Melayu.
Sambutan orang bukan Islam terhadap PAS menunjukkan satu perubahan politik luar biasa kerana dalam masa Umno tetap meneruskan propaganda melalui media kononnya PAS anti Cina dan India sebaliknya makin ramai kaum tersebut mahu mengetahui perkara sebenar mengenai PAS.
Umat Islam masih tidak lupa bagaimana Umno menghasut bukan Islam supaya jangan rapat dengan PAS. Jangan bagi PAS memerintah jika tidak kemaluan kaum lelaki kena potong atau jawi (sunat).
`Isu potong� adalah sebahagian isu kecil tetapi memberi kesan yang cukup besar kepada politik PAS. Banyak lagi isu syariah yang berkaitan hukum hakam dan peraturan hidup dijadikan mainan politik Umno bertujuan memburukkan PAS pada kacamata bukan Islam tetapi untuk dihuraikan di sini mungkin panjang.
Rupanya `isu potong� bukan perkara kecil walaupun dianggap remeh bagi setengah pemikir lain. Perkara ini dibangkitkan oleh ahli kelab penyokong PAS dari Serdang. Katanya: �Saya ditanya orang (India) apakah masuk kelab �. nak kena potong?�
Mungkin pada sesetengah orang ia hanya bahasa sindiran tetapi dari segi sejarah pertembungan PAS dengan Umno, ayat inilah yang menjadi kejayaan kepada Umno selama ini dalam usahanya memutuskan hubungan orang bukan Islam daripada berhubung rapat dengan PAS.
Kejayaan dakyah Umno itu cukup berkesan menakutkan orang bukan Islam kepada PAS sejak PAS keluar daripada perikatan kerana Umno menguasai media elektronik dan cetak, cukup pantas dan sukar ditangkis PAS yang hanya bergantung melalui ceramah.
Sebaliknya sejak maklumat banyak diperolehi melalui internet, orang bukan Islam mula membuka mata tentang PAS. Segala tuduhan serong terhadap PAS selama ini adalah kekeliruan hasil daripada perancangan rapi Umno.
Dr Mujahid dalam usaha menjawab perkara yang dibangkit oleh wakil dari Serdang itu, berkata: �Orang Cina, India, Siam atau Iban, jangan takut menyertai kelab penyokong PAS kerana PAS tidak ada hak untuk mensunatkan orang bukan Islam.�
Menurut beliau, PAS berpegang kepada prinsip al-Quran menyatakan kebebasan beragama dan ia merupakan hak masing-masing yang tidak boleh dipaksakan keatas mereka.
�Jadi orang bukan Islam jangan bimbang mereka masuk kelab penyokong PAS bukan masuk Islam. Agama hak masing-masing di hati masing-masing,� ujarnya ketika menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh wakil kelab penyokong PAS di Dewan Serbaguna, Pejabat Daerah Klang.
Program sehari, Sabtu lalu itu dirasmikan oleh Mursyidul Am PAS, Taun Guru Dato� Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Dalam ucapan menariknya, Abdul Aziz berkata: �Antara Melayu, Cina dan India serta kaum lain mereka mungkin 40,000 pupu.� Dan disambut dengan tepukan gemuruh para hadirin.
Hampir 1,000 orang hadir dalam program yang ramai didominasi kaum India. Ini kemungkinan berikutan program tersebut diadakan di Klang iaitu kawasan yang mempunyai keahlian kelab penyokong PAS yang ramai terdiri daripada kaum India.
Program tersebut turut membentangkan dua kertas kerja disamping sesi soal jawab yang cukup hangat bagi meningkatkan kewibawaan kelab tersebut pada masa depanRecent Posts : Dr Siti Mariah
Popular Posts
-
Sekadar mklumat; 1. Yg mengizinkn bible berbahasa melayu d bawa masuk ke malaysia dr indonesia ialah BN melalui Idris Jala yg beragama kris...
-
Dasar kerajaan negeri Selangor memberi bekalan air percuma sejak empat tahun lepas adalah langkah yang tidak bijak dan bukan bersifat lesta...
-
Umno dan Utusan Malaysia ;- Ibarat aur dengan tebing Ibarat isi dengan kuku Ibarat irama dengan lagu Mereka tidak boleh dipisahkan, sali...
-
Akhbar media perdana khususnya Utusan Malaysia dan The Star terus-menerus memalukan gendang pertembungan antara golongan ulama dengan profes...
-
Pasti ramai yang tidak sabar untuk melihat gambar sekitar majlis pernikahan Ustaz Don Daniyal dan Husna yang telah berlangsung kelmarin. Ter...
