01 June 2009

Terima kasih YB Dr Mujahid dan semua

Selaku Timbalan Pengarah Konvensyen Kelab Penyokong PAS Nasional 2009 yang lalu, saya ingin merakam jutaan terima kasih kepada YB Dr Mujahid, Pengerusi LPN PAS Pusat yang banyak mengajar saya dari segi penganjuran program yang besar terutama dari segi protokol semasa upacara perasmian. Terima kasih YB, jika pun terdapat kesilapan kecil, sehingga hari ini saya masih menerima ucapan tahniah bagi pihak warga kerja program khususnya dari KPP dari segi penganjuran Konvensyen ini yang sangat berjaya.

Pengarah Program Sdr Khairul Faizi yang tetap cool dalam apa keadaan sekali pun juga mengajar saya untuk menjadi seorang yang penyabar lepas ini. Begitu juga orang muda dari Pandan yang memandu van baru cantikkkk.

Pn Hajjah Kamariah s/u LPN Pusat, terima kasih buat kakak nanti balik Perak kita pekena Gulai Tempoyak ikan patin ye. Kak Jah dah dapt gambar ke? Bendahari, TQ ( 0 ~ 0 ).

Bagi warga kerja Kota Raja yang terdiri dari AJK LPNKR, DPPKR, DMPKR dan KPPKR serta tak dilupakan YB Dr Siti Mariah Mahmud, YDP PAS Kawasan Kota Raja dan Ahli jawatankuasa nya, saya ingin merakam berbilion-bilion ucapan terima kasih pada anda semua kerana tanpa anda program ini tidak mudah untuk dijayakan.

Ketika perwakilan sudah pulang berehat kenegeri masing-masing, kita AJK LPN Kota Raja pada ketika dan saat ini masih menurunkan bunting dan bendera dibandar Klang. Kami tidak mampu menurunkannya lebih awal kerana terikat dengan program Expotani Parlimen Kota Raja sebaik selesai konvensyen tempuh hari.

Terima kasih semua, kita jumpa dalam program 'Munaqasyah Resolusi KPP' pada 27.6.2009 bersama Ybhg Prof Madya Dr Yaacob Yusof. jemput semua hadir.

2 comments:

  1. Tahniah Kota Raja, you are the BEST. Seeru 'ala barokatillah.

    "You are welcome to the world of unity"

    Salam perpaduan
    "Memimpin perpaduan"

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini