Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sehingga kini isu mengenai cadangan berkenaan hanya dibincangkan melalui media dan tidak pernah ada pertemuan secara bersemuka untuk membincangkannya dengan lebih serius.
Beliau berkata, Pas juga dilihat seperti tidak bersungguh-sungguh tentang cadangan mereka itu kerana sehingga sekarang masih gagal menjelaskan dengan terperinci mengenai konsep berkenaan.
“Adakah dia (Pas) bersungguh-sungguh, saya pun tak pasti sebab di kalangan pemimpin mereka sendiri pun ada yang tidak setuju dengan cadangan ini.
OK gelanggang sudah dibuka, benda dah riuh sekampung. Macam-macam cerita kita dah dengar, sekarang tibalah masa yang ditunggu-tunggu, kita nak tengok siapa pimpinan tertinggi PAS yang akan mewakili PAS dalam perjumpaan tersebut.
Lepas tu kita tunggu pula berita sensasi pertemuan ini dalam surat khabar dan media arus perdana, sejarah yang lalu menunjukkan bahawa media akan memanipulasi berita seperti ini dan jika pertemuan ini diadakan menjelang PRK Manik Urai, kita lihat kesan nya pula pada keputusan PRK itu nanti. Nasib baik tempat tu majoriti Melayu.
Siapa nak jawab jemputan Muhyiddin ni. Kita tunggu komen TGNA seterusnya.
No comments:
Post a Comment