18 June 2009

Berita Panas Dari Parlimen hari ini

Berita 1. Mazlan Aliman sedia ke Mahkamah pertahankan Buku mengenai FELDA

1.

2.

Sidang media Penulis Buku FELDA DULU TOLONG SEKARANG ALONG disaman Felda di Lobi Parlimen pada 18 Jun 2009.

Berita 2. Kami Berpegang Teguh Memperkukuh Pakatan Rakyat – MP PAS

KEMASKINI:

Kami Ahli Parlimen PAS ingin menyatakan kami berpegang teguh dengan keputusan Muktamar PAS yang sebulat suara mahu PAS memperkukuhkan Pakatan Rakyat (PR) dan menolak sebarang kerjasama dengan Umno/BN, termasuklah konsep ‘Unity Government (UG)’.

Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, kami ingin menegaskan bahawa persoalan UG tidak pernah merupakan agenda PAS seperti yang dijelaskan oleh Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dato Abdul Halim Abdul Rahman semasa berucap di Dewan Rakyat semalam (17 Jun 2009) sewaktu membahaskan Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri (Pindaan) 2008.

Kami juga menyokong penuh ketegasan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam menangani persoalan ini.

Kenyataan media ini diedarkan kepada media cetak dan elektronik pada jam 4.30 petang 18 Jun 2009.

Berita 3. Temui Mursyidul Am, Nasihat MP PAS

1.

2.

Sebagai seorang sahabat, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub dan Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato’ Mahfuz Omar telah menghantar sms kepada Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa supaya segera bertemu Tok Guru Nik Aziz bagi meredakan suasana.

Video Sidang media Ahli Parlimen Muslimat PAS akan menyusul

Beliau berkata demikian selepas mengadakan sidang media ringkas di Lobi Parlimen, hari ini.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini