05 June 2009

Nuridah kekal no 1. Wan Hasrina gagal no 2.

Nuridah Mohd Salleh berjaya mengekalkan jawatan Ketua Dewan Muslimat PAS pusat bagi penggal ketiga berturut-turut.

Beliau memperoleh 136 undi sekaligus menewaskan pencabarnya, Dr Asiah Ali yang hanya mendapat 100 undi.

Sementara bagi jawatan Timbalan Naib Ketua, penyadang sesi lalu, Wan Hasrina Wan Hasan tewas kepada calon muka baru, Siti Zailah Mohd Yusof .

Siti Zailah, berjaya mendapat 142 undi menewaskan Wan Hasrina Wan Hassan yang hanya memperoleh 90 undi.

Jawatan Naib Ketua pula telah dimenangi oleh Senator Dr Mumtaz Alwi tanpa bertanding.

Bagi jawatan Ahli Jawatankuasa PAS pusat 12 calon telah berjaya memenangi jawatan tersebut, mereka terdiri daripada Wan Ubaidah Omar, Dr Halimah Ali, Mastura Mohamad Aiman Athirah Al Jundi, Dr Najihatussalehah Ahmad, Dr Rosni Adam, Salbiah Abd Wahab Nurul Huda Yusof Rawa, Wardatul Jannah dan As Sofea Fatimah @ Zainab Ibrahim.

Selain itu YB Dr Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Kota Raja dan Mak Zah (Ustazah Hajjah Azizah Khatib Mat) yang saya amat kenali juga menang bagi jawatan AJK Dewan Muslimat PAS Pusat. Tahniah.

Seramai 242 perwakilan perwakilan Dewan Muslimat mengundi semalam.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini