05 June 2009

No 2 milik siapa?

Untuk kempen memang saya tak suka dan tak berani. Mengapa kerana bila Umno buat kempen dalam PAU dulu saya memang menyampah.... apa tidaknya ternyata banyak suap sana dan sini, buat malu Islam aje. Tak apa lah itu budaya Umno dari dulu, kini dan selamanya.

OK sekarang ni masa mengundi dah habis, tunggu keputusan resmi esok, baguslah orang PAS tak banyak songeh takut ada penipuan semasa kiraan undi .... kalau Umno buat macam ni kecoh satu dunialah. Bagus, ini lah kehebatan PAS .... tipuuuuuu ....ohhhh tak nak takut Allah.

Antara tiga calun yang bertanding no 2 ni siapa pilihan pembaca dan kenapa pilih mereka?

2 comments:

  1. Will it be Husam Musa or Nasharuddin Mat Isa?

    A rough survey of delegates today indicates that none of the three candidates can be considered a clear frontrunner in the crucial race for the PAS deputy president post.

    malaysiakini at 9.55pm

    ReplyDelete
  2. kemaskini 6.40pm

    Lebih 1,000 perwakilan akan menentukan nasib Datuk Husam Musa yang mencabar Nasharuddin Mat Isa dalam persaingan mereka merebut jawatan timbalan presiden PAS.

    Tokoh popular parti itu Mohamad Sabu, yang turut menawar diri dalam persaingan tersebut, dijangka boleh menggugat peluang Husam apabila mengalih undi exco kerajaan Kelantan itu kepadanya.

    Perwakilan mula membuang undi untuk melantik jawatan-jawatan kanan parti dan barisan ahli jawatankuasa pusat PAS kira-kira 3.30 petang ini selepas persidangan ditangguhkan untuk solat Jumaat dan makan tengah hari.

    Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang - yang tidak dicabar - menyampaikan ucapan dasar bertemakan "Islam Memimpin Perubahan" di muktamar ke-55 yang diadakan selama tiga hari di Shah Alam.

    Pengundian dimulakan oleh pemimpin-pemimpin paling kanan parti dengan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendahului ahli -ahli Majlis Syura dan kemudian diikuti jawatankuasa pusat PAS.

    Sebanyak 40 tempat mengundi disediakan di belakang pentas utama.

    Proses pengundian tamat jam 6 petang dan sidang muktamar akan disambung semula 9 pagi. Pengumuman rasmi calon-calon yang menang akan dibuat setengah jam selepas itu.

    Keputusan persaingan Husam dan Nasharuddin, yang dijangka diketahui malam ini, paling dinanti-nantikan oleh penyokong PAS dan pengamat politik nasional.

    Husam dan Nasharuddin - dianggap mewakili dua aliran bertentangan antara masing-masing "kumpulan Erdogan" dan pro-muqabalah dengan Umno - akan mencorak masa depan PAS dalam Pakatan Rakyat dan strategi parti menjelang pilihanraya umum akan datang.

    Bagi jawatan naib presiden, lima tokoh parti itu merebut tiga kekosongan yang ditinggalkan oleh Husam, Mohamad dan Ahmad Awang, pesuruhjaya PAS Perak.

    Calon-calon itu: bekas ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub, ketua penerangan Datuk Mahfuz Omar dan tiga ahli jawatankuasa pusat Mujahid Yusof Rawa, Datuk Tuan Man Tuan Ibrahim dan Nik Amar Nik Abdullah.

    malaysiakini

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini