05 June 2009

Kelab Penyokong PAS ; akan diberi peranan lebih besar dalam parti

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu Kelab Penyokong PAS dijadikan institusi khas menerusi pindaan perlembagaan parti itu. Selain itu, kata beliau, pihaknya akan membenarkan ahli Kelab Penyokong PAS untuk melibatkan diri secara langsung dalam pilihan raya di bawah "payung PAS", ujar Presiden PAS dalam Ucapan Dasar sempena Muktamar Tahunan yang ke 55 di Stadium Malawati pagi tadi.

"...bersesuaian dengan perkembangan yang berlaku dan tahap kefahaman ahli PAS yang semakin bertambah, dan sebagai satu proses memperkasakan Kelab Penyokong PAS, maka program orientasi khusus dan umum kepada ahli kelab mestilah dilaksanakan untuk memberi kefahaman yang jelas mengenai perjuangan PAS.

"Juga dicadangkan kepada penggubal undang-undang PAS supaya kewujudan kelab ini diinstitusikan menerusi pindaan Perlembagaan PAS yang bakal dilaksanakan untuk memasukkan peruntukan kewujudan kelab dan statusnya dalam organisasi parti, keahlian dan peranannya dalam parti PAS," katanya.

Haji Abdul Hadi berkata, usaha tersebut merupakan satu langkah bersejarah dalam PAS sebagai paradigma baru untuk memimpin masyarakat pelbagai kaum di negara ini. "Kita juga mengiktiraf ahli kelab untuk menjadi sayap kita yang melibatkan diri secara langsung dalam pilihan raya di bawah payung PAS," katanya.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini