Salam Kota Raja ~ Dalam mesyuarat PAS Kawasan yang lalu saya merupakan pencadang untuk memilih Hj Husam sebagai TPP. Cadangan tersebut disokong sebulat suara oleh semua perwakilan.
Sebentar lagi kita akan menerima keputusan resmi untuk pemilihan ini. Sementara kita menunggu keputusan tersebut banyak lapuran tidak resmi khususnya dengan merujuk lapuran m-star bahawa Husam akan menag tipis. Jika benarlah keputusan itu sudah tentu saya dan semua perwakilan dalam mesyuarat agong PAS Kawasan yang lalu perlu bersyukur dihadapan Allah SWT atas kemenangan tersebut kerana ianya merupakan kemenangan untuk PAS dan pendokong serta penyokong parti yang kita sayangi ini.
Menang tipis atau besar bukan persoalan, bila sudah menawarkan diri untuk bertanding untuk jawatan ini ketiga-tiga mereka serta perwakilan dan ahli serta penyokong PAS harus menerima hakikat hanya seorang sahaja yang dipilih sebagai pemenang.
Saya tetap yakin dan percaya mereka cukup profesional dalam hal ini. Bagi Abg Mat Sabu saya yakin dan penuh percaya bahawa wibawa beliau sikit pun tidak akan tercalar walau pun tidak terpilih sebagai TPP, selepas ini beliau akan kembali bekerja seperti biasa untuk parti dan ahli PAS diseluruh negara tetap memilihnya untuk menduduki ranking pertama senarai penceramah yang paling digemari dan disukai. Selain itu pemimpin berjiwa besar ini sudah pasti untuk kesekelian kalinya dipilih oleh pimpinan atasan PAS untuk ditolak kehadapan bagi mengepali ribuan malah ratusan ribu penyokong PR dalam demontrasi jalanan pada masa-masa akan datang. Abg Mat yang kebal ini yang sudah puluhan kali ditahan polis ini tetap menjadi Abg Mat yang sama.
No comments:
Post a Comment