Penubuhan badan bukan kerajaan (NGO) Melayu belum pasti dapat mempertahankan orang Melayu jika UMNO masih dikuasai rasuah. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, penubuhan NGO ini menunjukkan perasaan kurang yakin orang Melayu terhadap UMNO.
“Kalau UMNO kuat, bersih dan boleh pertahankan orang Melayu, saya tidak fikir badan-badan ini diperlukan. “Sekarang badan-badan ini menunjukkan perasaan kurang yakin,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Penubuhan Gagasan Melayu Perak di sebuah hotel di sini, semalam.
Mahathir berkata, selama 50 tahun UMNO memerintah negara, sebagai parti yang terbesar dalam Barisan Nasional (BN) dan Perikatan tiada masalah yang berlaku. Beliau berkata, disebabkan UMNO lemah, kepimpinannya pula rasuah dan rakyat tidak lagi yakin bahawa UMNO dapat mempertahankan orang Melayu, maka mereka mengundi parti lain.
Justeru, katanya, sama ada NGO dapat memainkan peranan untuk kekuatan Melayu adalah berdasarkan kepada kecekapan. Bagaimanapun beliau, apa yang mungkin berlaku ialah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 jika orang Melayu masih kecewa maka mereka tidak akan beri sokongan kepada UMNO dan BN. “Saya khuatir kalau dapat kerajaan pimpinan parti lawan, keadaan akan lebih teruk lagi,” katanya.
No comments:
Post a Comment