14 June 2009

Tahniah

Sekretariat Parlimen Kota Raja mengucapkan Tahniah kepada Jawatankuasa Penganjur Karnival Usahawan Rakyat Jalan Kebun yang telah berjaya menganjurkan program selama 2 hari bermula semalam. Program ini mencatat kehadiran ramai pengunjung khususnya dari masyarakat setempat ia itu Jalan Kebun sendiri. Hampir 1000 orang hadir malam semalam, manakala dalam program perasmian tadi dianggarkan 500 orang berada disana. Manakala aktiviti jualan pula mencatatkan urusniaga bernilai RM300,000.00 .

Program yang diresmikan oleh YB Yaakob Sapari, Exco Kerajaan Negeri Selangor ini telah mencatat sejarah tersendiri apabila Umno Cawangan Jalan Kebun telah bertindak secara tidak matang kerana telah melarikan anak muda Jalan Kebun dengan menyediakan 4 buah bas rombongan ke Melaka, disamping itu mereka juga telah menghasut persatuan anak rantau Jalan Kebun yang juga telah lesap disaat-saat akhir walau pun pada awalnya merekalah yang beriya-iya untuk bersama dalam program ini. Ini dinyatakan sendiri oleh Setiausaha JKKK Jalan Kebun Tn Hj Hakim Kari kepada saya semasa lawatan saya kesana tadi (gambar Tn Hj Hakim sedang memeriksa tekanan darah tinggi kerana beliau agak tertekan pada awal program ini) tapi akhir berjaya dengan izin Allah.

Walau bagaimana pun Tahniah kepada semua diatas kejayaan ini. Jalan Kebun pasti menang lagi dalam PRU 13 nanti.

Terima kasih juga kepada penganjur yang telah menyediakan boot untuk pameran Galeri Parlimen Kota Raja dan PASTI Malaysia.

1 comment:

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini