04 June 2009

PAS dalam era politik baru.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Salahuddin Ayub menolak tanggapan bahawa parti itu makin "longgar" ekoran pendirian terbarunya mahu membuka keahlian kepada bukan Islam dengan mewujudkan dewan khas.

"Ini bukan soal PAS makin longgar (dalam pendekatan perjuangan) tapi PAS menerima era politik baru (dalam negara ini)," kata beliau pada sesi rehat Muktamar Pemuda PAS di Markas Tarbiyah PAS, Taman Melewar di sini.

Beliau yang melepaskan jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS dan bertanding jawatan Naib Presiden esok memberitahu, PAS perlu menerima hakikat semasa dalam era politik yang baru.

Dengan itu katanya, PAS perlu menampung rakyat pelbagai agama dan kaum negara ini. Perjuangan PAS berlandaskan misi membentuk negara Islam dan selama ini keahlian eksklusif adalah kepada umat Islam negara ini. PAS pernah meletakkan calon bukan Islam di Johor pada Mac 2008. Malah ia juga sedang mengkaji kemungkinan membenarkan bukan Islam menggunakan logo PAS.

Ahad lalu, PAS mengumumkan bahawa pihaknya sedang mengkaji pindaan Perlembagaan partinya bagi mewujudkan dewan khas bagi ahli-ahli bukan Islam dan menaikkan taraf Kelab Penyokong PAS.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini