18 November 2010

Jangkaan Mahathir

Barisan Nasional dijangka terus gagal mendapatkan majoriti dua pertiga di parlimen tetapi mungkin berjaya merampas satu atau dua buah negeri kembali pada pilihan raya umum akan datang, kata mantan, perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pada wawancaranya dengan Bloomberg pada 16 November lalu, Mahathir berkata “BN mungkin tidak dapat dua pertiga majoriti yang membolehkan mereka memerintah negara dengan mandat yang kukuh” pada pilihan raya umum yang perlu diadakan sebelum 2013.

Namun, katanya parti pemerintah itu “mungkin mendapat satu atau dua” daripada lima negeri yang sekarang di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat.

Mahathir bagaimanapun tidak menamakan negeri-negeri yang dijangkakan akan jatuh semula ke tangan BN. Namun dipercayai beliau merujuk kepada negeri asalnya, Kedah yang jatuh kepada PAS buat pertama kali pada pilihan raya 2008.

Sebuah negeri lain yang diintai oleh BN adalah Selangor, antara negeri paling kaya di Malaysia. Andaian Mahathir itu dipercayai dipengaruhi oleh kejayaan BN pada dua pilihan raya kecil awal bulan ini - kerusi DUN Galas dan parlimen Batu Sapi - dan juga krisis kepimpinan yang melanda PKR sekarang.

1 comment:

  1. pak det, lu hanya nak bercakap je

    ReplyDelete

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini