27 November 2010

Mat Sabu kata "pergolakan dalam parti lumrah"

1. Haji Mohammad Sabu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dalam ucapannya didalam Majlis Hi Tea anjuran PAS Cawangan Teluk Menengun petang tadi memberitahu para hadirin dan pimpinan serta ahli PKR bahawa apa yang berlaku pada PKR pada ketika ini adalah sesuatu yang lumrah bagi mana-mana parti politik khususnya di Malaysia.

2. Bagi beliau apa yang berlaku pada parti Umno dalam perebutan jawatan adalah lebih teruk sehingga parti tersebut diiharamkan suatu ketika dulu. Akibat dari pergeseran tersebut ramai pemimpin termasuk Menteri Umno yang keluar parti dan menubuhkan Parti Semangat 46 pimpinan Tengku Razailegh Hamzah.

3. Sementara dalam PAS berlaku peristiwa yang sama dimana pada ketika PAS baru ditubuhkan, yang Di Pertua PAS ketika itu iaitu Tuan Guru Haji Ahmad Fuad telah meninggalkan parti dan terpaksa dipangku oleh Ustaz Dr Burhanuddin Al Helmi. Selain beliau Panglima Jihad iaitu Ust Adli juga meninggalkan PAS.

4. Selain itu Ust Nakhaie juga meninggalkan PAS untuk menyertai Umno dan yang paling memilukan ialah bila Presiden PAS Allahyarham Dato Asri Muda juga turut meninggal kan PAS.

5. Apa pun ucapan Hj Mohammad Sabu, keluarnya mereka dari PAS tidak meninggalkan kesan kepada parti malah parti dilihat semakin kuat dan unggul selepas semua peristiwa ini berlaku. Ini terjadi kerana kekuatan PAS terletak kepada ahli-ahlinya yang ikhlas berjuang untuk parti.

6. Untuk itu beliau menyeru supaya perpaduan diantara parti -parti Pakatan rakyat perlu diperteguh dan di mantapkan menjelang PRU 13 akan datang.








Baca lagi berita berkaitan majlis Hi Tea ini

1 comment:

  1. Ucapan Abg Mat ini amat sesuai untuk diperdengarkan kepada semua ahli PKR. Sepatutnya DSAI menjemput Abg Mat (orang kampung DSAI) sebagai tetamu khas dalam membicarakan perjuangan sebuah parti yang berpotensi di negara ini serta amat digeruni oleh para pemimpin UMNO. Oleh kerana itulah media-media UMNO tak henti-henti memburukkan reputasi PKR, sehinggakan mereka terlupa untuk menceritakan kebaikan UMNO di media. Opppps... Maaflah... Adakah lagi kebaikkan UMNO sekarang ini?

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini