Bagi calun, pemimpin PAS/PR, penyokong dan pendokong PAS telah berusaha sahabis baik bagi memastikan kerusi Galas dapat dipertahankan buat kali ke 2 selepas PRU 12 yang lalu.
Ada pemimpin dan petugas parti yang telah berkampong sejak hari penamaan calun lagi, hanya Allah yang dapat membalas segala kerja baik yang tuan puan lakukan.
Hero Kota Raja di hadapan Pusat Mengundi Sek Men Indra Putra Gua Musang
Ada anak yang ditinggalkan ibu mereka. ada suami yang terpaksa menggalas tugas didapur dan pelbagai lagi pengorbanan yang dilakukan oleh semua petugas PAS/PR. Ini lah perjuangan yang tidak pernah mengharapkan sebarang imbuhan melainkan ikhlas demi Allah SWT.
Tauladan : Makcik ni berumur 70 tahun tapi masih gagah merayu undi untuk PAS
Bagi para pengundi Galas anda telah diperlakukan dengan seamat-amat mulia oleh semua para perayu undi baik dari PAS/PR juga dari UBN. Anda tidak mungkin dirayu sebegini oleh mana-mana pihak jika tiada pilihanraya.
Hari ini adalah hari penentuan, keputusan di hujung jari anda, kami telah meminta dari anda dan diteruskan dengan bermunjat kepada Allah SWT supaya anda diberi petunjuk agar menyokong perjuangan yang ada didalam ramai para alim ulamak yang tentunya anda ingin bersama mereka.
Taklimat di Bilik Gerakan lepas subuh sebelum pergi berjuang
Berita bergambar menyusul lagi di http://drsitimariah.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment