22 February 2011

Modal besar Umno di Kerdau

Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau yang akan berlangsung 6 Mac depan.
Pengumuman itu dibuat Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin di hadapan lebih 4,000 penyokong BN di Dataran Sri Ketumbit, dekat sini.
Boleh tahan jugak calun pilihan Umno kali ini, masa pengumuman tadi dia tak pakai songkok macam dalam gambar ni, tapi berkopiah putih. Secara jujur Umno semakin bijak untuk menyaingi PAS.

Calun ini juga akan jadi modal besar Umno untuk memberitahu rakyat jelata seluruh negara bahawa Umno juga kini diwakili oleh seorang bekas pelajar bahasa arab lulusan universiti al-azhar.

Tak apa lah Umno boleh letak siapa sahaja calun yang mereka mahu, kita bukan lawan calun tapi lawan Umno... itu hak mereka, bagi PAS dan penyokong dan pendokongnya lawan tetap lawan.

Sementara PAS akan mengumumkan calunnya pada hari Khamis ini 24hb Februari 2011 oleh Yang Amat Berhormat Tok Guru Nik Aziz Nik Mat di Tapak Kompleks PAS Pahang pada jam 9.00 malam .... kita sama-sama tunggu siapa calun pilihan PAS untuk menyaingi Umno kali ini.


1 comment:

  1. Dulu ada ustaz saya beritahu bahawa ada 3 wajah yang lahir selepas tamat mengaji kat Azhar tu.
    PERTAMA.....Nabi Musa KEDUA..FIRAUN dan KETIGANYA...QORUN.Jika menegakkan Islam alhamdulillah, jika tentang dan tolak Islam tidak kira ustaz mana...jadilah seperti Firaun ataupun Qorun.

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini