06 June 2011

Abg Mat diterima kawan & lawan

Tahniah buat Mohamad Sabu oleh Dato Ariff Sabri

Sekalung tahniah kepada sahabat saya Mohamad Sabu kerana diberi mandat sebagai Timbalan Presiden oleh parti PAS dalam pemilihan parti itu semalam. Pemilihan beliau merupakan satu lonjakan kepada karier politik beliau secara peribadi dan diharap mampu membantu pucuk pimpinan PAS  dan jemaah kepimpinan parti untuk menjadikan parti itu sebagai sebuah badan siasah yang berjaya untuk menyatukan Melayu serta Islam keseluruhannya.

Lebih-lebih lagi PAS juga wajar menjadi sebuah parti yang ‘magnanimous’ agar diterima sebagai parti yang mampu untuk menjadi wadah perjuangan jika sistem yang di amalkan pada hari ini gagal untuk menyempurnakan segala apa yang sepatutnya diperjuangkan. Sebagai sebuah parti alternatif kepada parti pemerintah pada hari ini PAS wajar bersedia untuk memikul tanggungjawab kepada rakyat jika apa-apa berlaku kepada yang sedang memerintah pada hari ini.

Sebagai sebuah parti Islam saya berpendapat PAS benar-benar menjadikan Islam sebagai addin dan bukan semata-mata sebuah parti yang memberikan tumpuan kepada ibadah fardhu ain semata-mata tetapi sebaliknya mengimbangi gerakan dan pentadbiran yang selari dengan kehendak agama kita iaitu, Islam sebagai dijadikan sebagai addin (atau cara hidup) dalam erti kata yang sebenarnya.

Yang dimaksudkan cara hidup itu ialah untuk melibatkan kepimpinan dan rakyat untuk maju di dalam segala bidang seperti bidang industri dan perdagangan, sosial, politik serta kemasyarakatan dengan pentadbiran kerajaan yang ‘vibrant’ mengikut kehendak masa dan zamannya.

PAS merupakan parti yang memperjuangkan Islam dan Islam itu adalah ‘universal’ dam relevan disepanjang zaman. Islam bukan agama yang orthodox dan statik. Islam itu adalah ‘vibrant’, ‘forward looking’ dan ianya tidak akan luntur dimamah zaman.

Dengan kehadziran Mohamad Sabu saya secara peribadi berharap yang PAS akan menghilangkan imej orthodox seperti yang dimomokkan oleh pihak lawan sebagai parti yang tidak progressif. PAS jika benar-benar berjuang di atas landasan yang benar, ianya akan menjadi parti yang akan mendapat sokongan dari semua bangsa di negara ini.

Islam yang baik ialah Islam yang boleh menjadi pemimpin manusia sejagat atau setidak-tidaknya bagi negara yang mempunyai jumlah penduduk yang secara relatifnya adalah kecil jika dibandingkan dengan negara-negara yang lain.

PAS mempunyai asas untuk mencapai kebaikan ini. Jika ada sedikit sebayak kelemahan orang ramai berharap PAS akan dapat memperbaiki kelemahan-kelemahan tersebut dan menjadi parti yang memperjuangkan  keseimbangan di antara perjuangan fardhu ain dan kifayah.

Saya berharap Mohamad Sabu akan dapat membantu membawa keseimbangan ini.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini