Tahniah kepada DPPKR Kota Raja yang secara Istiqamah meneruskan aktiviti meng TKO kan Umno dan Barisan Nasional dalam PRU ke 13 nanti.
Seperti mendapat Tonik Cap Gajah dan kekuatan baru hasil dari keputusan Pemilihan Muktamar PAS kali ke 57 yang melantik barisan kepimpinan pasca pilihanraya yang diketuai oleh orang No 2 parti Ybhg Tuan Hj Mohamad Sabu, PAS Kawasan Kota Raja terus mengorak langkah untuk menjarakkan lagi Barisan Nasional yang ditunjangi oleh Umno agar tidak berupaya mengejar PAS dan Pakatan Rakyat yang telah jauh kedepan dari segi usaha dan memikat hati pengundi bagi meneruskan kemenangan dan kecemerlangan di Kota raja ini.
Kota Raja yang mempunyai ketiga-tiga Wakil Rakyat yang cemerlang dari segi usaha dan gerak kerja amat sukar untuk ditandingi oleh UBN. Anda boleh melihat sendiri kesungguhan YB Shuhaimi, ADUN Sri Muda dan Dr Mariah yang keliling desa, kampung dan taman menemui dan memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik demi merealisasikan 'keadilan untuk semua' yang menjadi nadi kepada perjuangan PAS, Keadilan dan DAP dalam Pakatan Rakyat.
Hari ini Dewan Pemuda PAS yang diketuai oleh Sdr Zainal Said dengan dibantu oleh ARO PAS Kota Raja dan Unit Pendaftar Pemilih (UPP) Jentera Pihanraya PAS (JPrK) Kota Raja telah menjalan kempen daftar pemilih di Giant Kemuning Utama. Program yang bermula jam 10.00 pagi tadi akan berakhir kira-kira jam 9.00 malam nanti. Pada ketika ini masih ramai pengunjung yang datng ke kaunter kami bagi tujuan membuat semakan atau mendaftar sebagai pemilih baru. Respon dari setiap pengunjung yang datang memberikan pukulan TKO kepada UBN Selangor dan tidak mustahil untuk satu lagi tsunami dengan menakluki Putrajaya.
Bermula dengan Parlimen Kota Raja yang terus respon dan menunjukkan betapa wala'nya pimpinan Dewan Pemuda Kawasan dalam menyahut seruan Pengarah Pilihanraya PAS Pusat Dato Abd Halim Abd Rahman dan Dato Seri Presiden dan pimpinan PAS Pusat yang mahukan dewan Pemuda aktif dalam mendaftar pemilih baru yang masih berbaki 3.8 juta orang lagi yang belum didaftarkan, adalah diharapkan Dewan Pemuda PAS Pusat dan Negeri serta Kawasan-Kawasan mencontohi apa yang dilakukan di Kota Raja ini.
AJK PAS Kawasan Ust Yusof mengucapkan tahniah kepada Abg Mat kerana dipilih menjadi Timbalan Presiden PAS dalam Muktamar baru-baru ini.
Gerak kerja Daftar Pemilih anjuran DPP Kota Raja di Giant Kemuning Utama
Abg Mat bersama isteri tersayang Kak Normah dimajlis walimatul urus TYDP PAS Kota Raja Tn Hj Norhalim Sirome di Taman Setia, Johan Setia malam tadi turut hadir ialah YB Shuhaimi Shafiee, YB Dr. Rani, Dato Bandar MBSA serta Ahli-Ahli Majlis MBSA dan MPK serta kepimpinan masyarakat dan Parti. Tidak ketinggalan juga ialah ahli-ahli DHPP Kota Raja yang diketuai oleh Sdr Letchumanan yang juga Setiausaha Agung Kehormat DHPP PAS Pusat.AJK PAS Kawasan Ust Yusof mengucapkan tahniah kepada Abg Mat kerana dipilih menjadi Timbalan Presiden PAS dalam Muktamar baru-baru ini.
Penulis adalah Ketua UPP Jentera Pilihanraya PAS (JPrK) kota Raja
No comments:
Post a Comment