1.Tekanan terhadap Bersih bertambah hebat. Usaha untuk menggagalkan perhimpunan itu dengan paksaan awal dan tindakan pre-emptive dengan tangkapan terhadap mereka yang memakai baju T Bersih dan asalkan berbaju kuning.
2. Ketua Polis Negara juga berkata bukan saja setakat baju T tetapi kasut dengan bus juga tidak boleh melambangkan perjuangan untuk menuntut demokrasi secara adil dan saksama.
3. Seronok membaca komen-komen dari pembaca malaysiakini yang membelasah SPR berkenaan isu-isu yang berkaitan Bersih. Bersih mendapat liputan luar biasa di negara kita pada ketika ini.
3. Seronok membaca komen-komen dari pembaca malaysiakini yang membelasah SPR berkenaan isu-isu yang berkaitan Bersih. Bersih mendapat liputan luar biasa di negara kita pada ketika ini.
4. Terbaru Omar Din seorang guru silat tersohor negara juga mengambil kesempatan untuk mempopularkan diri dengan memberikan amaran jika Bersih teruskan juga rally itu jangan salahkan beliau jika anak-anak silat beliau akan bertindak kasar terhadap rakyat yang memperjuangkan keadilan. Sebelum ini Perkasa dan Pemuda Umno juga telah menggertak akan mengadakan rally itu jika bersih tidak membatalkannya.
5. Pemimpin-pemimpin UMNO juga dilihat sebagai tidak bermaya dan terpaksa menggunakan Ibrahim Ali dan Perkasa untuk bercakap bagi pihak UMNO dan kini Omar Din pula menjadi jurucakap mereka.
5. Pemimpin-pemimpin UMNO juga dilihat sebagai tidak bermaya dan terpaksa menggunakan Ibrahim Ali dan Perkasa untuk bercakap bagi pihak UMNO dan kini Omar Din pula menjadi jurucakap mereka.
6. Akhirnya Umno sudah jadi semakin lemah dan tidak bermaya dan UMNO juga sudah kehilangan hidayah dalam menghadapi rancangan perhimpunan yang akan dianjurkan oleh Bersih pada 9 Julai nanti. Umno kini bukan lagi jadi pemayung tetapi terpaksa dipayungkan pleh pihak tertentu untuk terus bernyawa.
7. Timbalan Pengerusi SPR sendiri mengakui bahawa parti Pakatan Rakyat sekarang sudah menjadi begitu kuat dan mempunyai keyakinan untuk menakluki Putrajaya.
No comments:
Post a Comment