29 July 2012

Fixed Deposite Umno Sabah 'semakin kurang'

Penarikan diri Datuk Seri Panglima Lajim Ukin dari Umno dan Barisan Nasional (BN) menyebabkan simpanan tetap BN sudah retak, tulis wartawan veteran, Datuk A Kasir Jasin.

Kadir Jasin dalam tulisannya menulis,  penarikan diri Lajim daripada semua jawatan dalam Umno adalah tamparan hebat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ini kerana, Najib selama ini cuba mewujudkan gambaran bahawa beliau mempunyai kawalan penuh ke atas politik di dua buah negeri Borneo itu.

Bagi beliau, ia bukan berita yang diharapkan oleh Presiden Umno itu.

Selain menjadi ahli Majlis Tertinggi Umno, Lajim adalah juga ketua bahagian Umno Beufort dan pengerusi BN Beufort.

Lajim menyerahkan kedudukan beliau sebagai timbalan menteri ditentukan oleh BN selepas langkahnya itu.

Najib sendiri berkata yang peletakan jawatan Lajim adalah sesuatu yang dijangkakan buat beberapa ketika dan beliau akan membuat keputusan esok (Isnin) mengenai kedudukan Lajim sebagai Timbalan Menteri.

"Tetapi tindakan Lajim itu tidaklah pula sesuatu yang baru atau memeranjatkan.



Ramalan mengenai kemungkinan beliau menarik diri daripada Barisan Nasional dan menyertai pembangkang sudah berbulan lamanya," tulis bekas Ketua Pengarang Kumpulan akhbar NSTP itu.

Beberapa bulan lalu, timbul cakap-cakap bahawa beberapa pihak yang tidak puas hati dengan Mohd Najib di Sarawak dan Sabah akan berpakat bagi menentang BN di dua buah negeri itu.

Bagaimanapun, perselisihan pendapat antara Mohd Najib dan kepemimpinan BN Sarawak, khususnya mengenai kedudukan Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri, telah diatasi. Ramalan mengatakan Abdul Taib tidak akan dipaksa meletakkan jawatan.

Sebaik mana pun Perdana Menteri cuba menyembunyikan kehampaannya terhadap perkembangan di Sabah itu, hakikatnya ia adalah petanda yang tidak positif bagi BN, khasnya di Sabah.

Sambil merujuk kepada peletakan jawatan Datuk Onn Jaafar sebagai presiden Umno, Najib berkata penarikan diri oleh ahli Umno bukanlah sesuatu yang baru. Yang lebih penting, kata beliau, adalah kesetiaan kepada parti.

Setelah kehilangan pengaruh di kawasan-kawasan Cina pada pilihan raya negeri (PRN) Sawarak pada April tahun lalu, pergantungan BN kepada Sabah menjadi lebih besar, sambung Kadir. 

Dua buah negeri Borneo itu sering disebut sebagai “fixed deposit” atau simpanan tetap kerana jaminan sokongan yang padu kepada BN.

Pada PRU 2008, BN menang 30 daripada 31 kerusi Parlimen di Sarawak dan 24 daripada 25 di Sabah berbanding 85 yang dimenangi di Semenanjung dan sebuah di Labuan.

Tetapi, selepas kemaraan besar DAP dalam PRN Sarawak adalah dikhuatiri yang BN mungkin kehilangan sehingga enam kerusi Parlimen di Sarawak jika trend PRN itu berterusan.

Dengan penarikan diri Lajim, tabung simpanan tetap BN di Sabah telah retak dan jika merebak, pergantungan BN terhadap negeri bawah bayu itu akan menjalin lebih tidak terjamin, tulisnya.

Di Sabah, taat setia politik bolehlah diumpamakan seperti pasir di pinggir pantai – sentiasa berubah. Penarikan diri Lajim boleh membawa kepada pemberontakan besar-besaran seperti yang terjadi pada PRU 1990.

Soalnya, masalah Mohd Najib dan BN di Sabah tidak terhad kepada Lajim seorang saja. 

Beliau juga perlu membuat keputusan mengenai kedudukan Ketua Menteri, Musa Aman, dan pergiliran jawatan Ketua Menteri antara Islam, Bumiputera bukan Islam dan Cina yang dimansuhkan oleh pendahulunya, Abdullah Ahmad Badawi, kata Kadir lagi.

Kesimpulannya, tulis Kadir, perkembangan terbaru di Sabah itu merumitkan lagi tugas Mohd Najib membuat keputusan mengenai tarikh PRU akan datang kerana tabung simpanan tetap BN mungkin sudah retak. 

27 July 2012

Sikap sabar PAS berbaloi

Akhirnya
Ahli Dewan Undangan Negeri Pas kerusi Permatang Pasir, Datuk Salleh Man sah dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) berkuat kuasa 24 Julai lalu.
Hal itu disahkan oleh Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Mansor Othman setelah pihaknya menerima surat daripada Yang di-Pertuan Agong.
Salleh juga merupakan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang.
Apa modal Umno Penang lepas ni?

26 July 2012

PM Terakhir dari Umno

Wilfred Bumbering dan Lajim Hj Ukin telah menampakkan yang mereka akan keluar dan berpisah dari BN. Perletakan jawatan sebagai Pengerusi BN Tuaran oleh Wilfred memperkuatkan lagi keyakinan yang Timbalan Presiden UPKO itu akan menyertai pilihanraya kali ini sebagai salah seorang calon Pakatan Rakyat. Tindakan kedua-dua pemimpin Sabah ini pastinya memberikan tamparan hebat terhadap BN dan kita mengagakkan yang pilihanraya akan ditunda lagi ke tarikh yang lain dan tidak akan diadakan piihanraya pada bulan September seperti yang di spekulasikan oleh banyak pihak.


Di Sarawak pula ADUN Meluan Wong Judat semalam juga mengisytiharkan dirinya keluar dari BN. Beliau merupakan Naib Presiden kepada Parti Demokratik Progressive Sarawak (SPDP) telah keluar dari BN kerana hilang keyakinan kepada pimpinan BN sekarang ini.

BN kian hari kian malang dan segala petunjuk politik menggambarkan yang BN sudah sampai masa untuk diketepikan oleh rakyat. BN di Sabah sudah tidak lagi ada keupayaan untuk diperbaiki kerana pertelingkahan di antara parti-parti di dalam BN Sabah bukannya kecil. Krisis keyakinan terhadap Ketua Menteri yang merupakan pengerusi BN Sabah menambah lagi kegentingan BN dan beliau juga merupakan 'liability' kepada UMNO dan BN Sabah.

Banyak pihak yang mengatakan yang sebanyak 12 kerusi parlimen di Sabah akan kecundang dalam pilihanraya yang akan datang ini dan jika benar berlaku ia merupakan penambahan sebanyak 11 kerusi daripada satu yang sedia ada untuk pembangkang. Apa pun orang hendak kata Sabah sudah tidak lagi bertahan untuk menjadi ‘fixed deposit’ bagi BN dalam pilihanraya yang akan datang ini.

Setiap parti dalam komponen BN di Sabah dan di Semenanjung sedang menghadapi masalah dan segala masalah ‘intra-party’ ini ditambah pula dengan masalah ‘inter-party’ yang kian  meruncing. Kita perlu ingat di Semenanjung BN akan hanya tinggal saki baki UMNO sahaja selepas PRU ini kerana komponen terbesarnya MCA akan menghadapi kekalahan yang menyeluruh. Dalam pada itu Gerakan sudah tidak relevan lagi dan MIC dijangka akan kalah dalam semua kerusi yang mereka tandingi.

Oleh itu saya tidak dapat hendak ‘comprehend’ apa yang dikatakan oleh Najib di Melaka baru baru ini yang BN akan menang di semua negeri dan BN akan menang dengan aggregate 14-0. Cakap-cakap itu menggelikan hati ramai pemerhati politik negara ini. Tetapi tidak mengapalah. Najib bukan kali itu sahaja yang bercakap tidak berasas dan itu sememangnya dilakukan beliau acap kali akhir-akhir ini.

Perkembangan terakhir di Sabah ini menambah keyakinan setengah pihak yang Najib dan seluruh kepimpinan beliau sedang menghadapi krisis keyakinan yang tersangat berat. Keadaan ini merupakan situasi yang belum pernah lagi dialami oleh BN sejak memerintah selama lebih dari lima dekad ini.

Maka keyakinan setengah pihak yang mengatakan Najib merupakan Perdana Menteri BN yang terakhir nampaknya semakin hampir menjadi kenyataan ..... aspanalias.blogspot

21 July 2012

Ostad oh Ostad

 

Dr. Mahathir Mohamad


1. Gelaran, seperti label untuk barangan berjenama, sukar untuk dikikis. Berasas atau tidak, gelaran kekal sepanjang hayat. Oleh itu gelaran amat berguna dalam politik, terutama gelaran yang memburuk musuh. Buatlah apa pun, musuh pihak yang bergelar tidak akan hentikan mengguna gelaran.
2. Sebagai Perdana Menteri dahulu saya diberi banyak gelaran. Mahazalim, Firaun, diktator adalah antara gelaran yang dicipta oleh musuh politik saya.
3. Apabila saya ditemuramah sekarang, walaupun oleh orang yang tidak bermusuh dengan saya, soalan-soalan mereka ternampak yang mereka agak percaya bahawa gelaran terutama gelaran diktator yang diberi kepada saya adalah tepat dan berasas kepada kepercayaan bahawa saya adalah seorang diktator.
4. Apakah yang saya lakukan yang menyamakan sifat dan perbuatan seorang diktator.
5. Sekarang kita sedang melihat kejatuhan beberapa ketua negara yang dicap sebagai diktator. Hosni Mubarak umpamanya dituduh membunuh beribu ahli Muslim brotherhood. Dia juga dikatakan telah mengumpul harta kekayaan bernilai 70 billion dolar Amerika.
6. Semasa saya berada di Kaherah di zaman Mubarak untuk bermesyuarat, apabila Presiden Mubarak bermotor dari istananya ke tempat persidangan, jalan yang dilalui olehnya dikosongkan dan askar bersenjata lengkap berderet sepanjang jalan. Di atas bumbung bangunan terdapat askar ‘sharp-shooter’ yang bersenjata untuk menembak sesiapa yang disyaki cuba menyerang rombongan Presiden.
7. Istana Presiden dikelilingi tembok tinggi dan askar bersenjata berada di sekililing sepanjang masa.
8. Musuh Mubarak tidak dibenar berpolitik, sering ditangkap, dikurung tanpa dibicara dan dihilangkan.
9. Selama 30 tahun Mubarak menjadi Presiden, pemilihan bagi jawatan ini tidak pernah ditandingi oleh orang lain. 99% daripada undi didapati oleh Mubarak.
10. Tidak ada kebebasan bersuara atau akhbar bebas. Tidak ada pilihanraya untuk ahli dewan. Siapa sahaja boleh dilantik oleh Mubarak untuk menjadi menteri. Mereka juga boleh dibuang bila-bila sahaja.
11. Ada lagi diktator yang dikenali umum. Hitler mendirikan pemerintahan kuku besi Nazi di Jerman. Enam juta Yahudi dibunuh dalam kamar gas. Yang tidak dibunuh, disiksa sehingga ramai yang mati.
12. Benito Mussolini, Ferdinand Marcos, Presiden Rumania Nicolae Ceauşescu yang dibunuh, dan ramai lagi yang dicap sebagai diktator. Demikian juga Gadaffi dan Saddam Hussein.
13. Saya ingin tahu daripada pelawat ke blog saya tentang apakah yang saya telah lakukan semasa saya menjadi Perdana Menteri Malaysia yang menjadi bukti bahawa saya adalah seorang diktator.

Andai ini Ramadhan Terakhir ku.... Dr Mariah

Sajak ini disampaikan oleh YB Dr Siti Mariah dalam program di Ambang Ramadhan di Taman setia, Klang




19 July 2012

DS Najib tidak faham masaalah rakyat

Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak memahami masalah dan penderitaan rakyat negara ini, apatah lagi program bantuan yang dilaksanakan tidak sesuai.
 
Kata beliau, Umno pimpinan Najib lebih mementingkan diri daripada mengambil berat akan masalah yang dihadapi rakyat.
 
"Umno tidak jawab hal-hal ini, dia tak jawab persoalan yang kita cadangkan...harga minyak turun, gaji minima, bila sebut RM1100 bankrap. Bila tengok pekerja-pekerja dia kata RM900, kalau Sabah dan Sarawak RM800,"  pada ceramah Merdeka Rakyat di Jalan Kebun anjuran Parlimen Kota Raja di sini, malam tadi.
 
Tegas Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Pembangkang, pemimpin-pemimpin Umno banyak mengambil kesempatan dan menindas rakyat di bawah.
 
"Macam pemandu teksi, orang minta permit dia bagi tayar. Saya kadang-kadang fikir kasihan juga Najib ini, dia tak faham rakyat. Dia tak faham derita rakyat dan dia tak tahu pemandu teksi masalah apa. Kerja teruk, sebab itu kita minta beri pemit dan bantu mereka biar ada keyakinan dan boleh hidup.
 
"Mana ada pemandu teksi yang kaya, kalau tuan permita banyak yang kaya. ada pemimpin Umno bahagian ada 250 permit, ada Pemuda Umno. Itulah hidup Melayu, hidup permit dan ada yang sampai baling batu," katanya.
 
Sejak mengambil alih pentadbiran negara, Najib telah memperkenalkan konsep 1Malaysia, ia diikuti dengan pelaksanaan program bantuan rakyat.
 
Ia termasuk Kedai Rakyat 1Malaysia, Skim Amanah Rakyat 1Malaysia, Bantuan Rakyat 1Malaysia, Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia dan banyak lagi.
 
Pelaksanaan program ini disambut baik rakyat namun pemimpin Pakatan Rakyat (PR) mendakwa ia tidak telus.

Survey Sinar Harian : 77% kata Mahathir Diktator


18 July 2012

Ada aku kesah .... dan Live Ceramah DSAI dari Jalan Kebun

LIVE Ceramah Merdeka Rakyat dari Jalan Kebun


1). Live Streaming sila ke link -->[http://bit.ly/LHk3s9]
2). Live Streaming sila ke link --->[http://bit.ly/N3X8sC]


"""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""
Nak kata apa?

Katalah......

Ada aku kesah......

15 July 2012

Cerita baru dari gambar terbaru

Main sorang-sorang ....mana yang lain.... dah kena tinggal ke si mamat sorang ni...mana pengikut seJATI


Layan Main Karom Sorang-Sorang Pun Leh Jadi... Alahaiii... Tak Siapa Yang Sudi Main Dengan Dia... ::.kikiki.::

Gambar bawah ni anda buatlah cerita dan reka lah sendiri .... at Kuala Selangor la ni



08 July 2012

Senjata Umno lemah & tumpul

Senjata digunakan Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk menyerang Pakatan Rakyat (PR) menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semakin tumpul, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, Umno dan BN hanya menggunakan Buku Jingga untuk menyerang PR atas alasan pengisiannya tidak mencerminkan keadaan sebenar.

Ketua Pembangkang itu menambah, tindakan Umno dan BN dianggap tumpul kerana apa yang dikatakan PR sudah dilaksanakan dan separuhnya akan diteruskan setelah PR menawan Putrajaya pada PRU13.

“Umno dan BN kini ketandusan idea untuk menyerang setelah pimpinan PR berjaya memerintah negeri dengan cekap dan baik selain membela nasib penduduk dan kebajikan rakyat,” kata beliau ketika berucap pada Konvensyen PKR Menjelang PRU13 di Sunshine Square, Bayan Baru, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar mendakwa fitnah membabitkan pemimpin PR dalam video seks dianggap senjata lemah Umno dan BN untuk menyerang PR kerana rakyat kini pandai menilai yang mana baik dan salah.

Menurutnya, serangan peribadi seperti insiden menolak Ketua Menteri, Lim Guan Eng baru-baru ini dianggap keterlaluan sambil berharap insiden seperti itu harus ditentang.

“Pulau Pinang tidak boleh lemah dan harus menang dengan lebih baik berbanding PRU lalu. PR akan letak calon baru yang lebih baik dalam PRU13 menggantikan calon sedia ada,” kata beliau yang baru-baru menegaskan hasratnya mahu berundur daripada politik jika gagal dalam misi PRU13.

05 July 2012

TGNA bantah DSAI

Hasrat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu bersara dari dunia politik sekiranya Pakatan Rakyat (PR) gagal menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dibantah oleh pemimpin tertinggi Pas.

Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau kurang bersetuju dengan hasrat Anwar tersebut yang mahu kembali menjadi pendidik kerana katanya perjuangan di medan politik itu juga adalah mengajar.

“Bezanya medan politik mengajar rakyat, medan akademik mengajar mahasiswa.

“Justeru, saya kurang bersetuju jika dengan hasrat beliau untuk bersara dan kembali mengajar. Berjuanglah di medan politik dan teruskan perjuangan mengajar rakyat!” katanya dipetik dari laman Facebooknya semalam.

Selasa lalu, dalam satu temubual khas yang disiarkan Financial Times, Anwar, 65, berkata, beliau akan meninggalkan politik dan kembali mengajar sekiranya PR gagal menumpaskan kerajaan BN.

Namun Anwar tidak pula menyatakan sama ada mahu mengajar di universiti dalam atau luar negara.

Sebelum ini Anwar pernah menjadi pensyarah jemputan di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat.

03 July 2012

MCA liwat UMNO

MCA menyarankan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat meninggalkan Umno dan menyertai Pas jika ingin melaksanakan hukum hudud di Johor seperti yang dicadangkan beliau.

Setiausaha Penganjur Nasional MCA, Datuk Tee Siew Keong berkata, Ayub seharusnya lebih sensitif mengenai pendirian MCA berhubung perkara terbabit sebelum melontarkan ideanya.

02 July 2012

PM : Najib berbaki 9 bulan

Macam wanita yang mengandung 9 bulan bulan 10 hari, begitulah dengan jangka hayat PM DS Najib.Beliau sudah tidak mampu bertahan lagi walau pun Rosmah mengharapkan beliau Bunting Gajah pada kali ini. Nov, Dec atau Jan 2013. Itulah angka yang turut menjadi bualan ketika ini. Adakah sesuatu pilihan raya umum (PRU) perlu diadakan setelah genap lima tahun selepas sesebuah kerajaan mendapat mandat rakyat?

Atau perlukah ia kekal seperti sekarang iaitu diadakan pada bila-bila masa menjelang genap lima tahun mandat yang diberikan rakyat kepada sesebuah kerajaan? Mungkin selepas tiga atau empat tahun. Isu ini tiba-tiba muncul selepas banyak ramalan atau telahan pelbagai pihak mengenai tarikh PRU Ke-13 meleset dan ramai yang ‘membuang’ masa mencongak bilakah tarikh keramat itu akan datang.

Dalam keadaan tertentu, PRU perlu diadakan walaupun tempoh pembubaran sebenarnya masih jauh. Mungkin ketika kedudukan sesebuah kerajaan dalam keadaan goyah, tidak cukup stabil untuk memerintah dengan baik.

Bagaimanapun jika diselak sejarah PRU yang lalu, tempoh paling awal pembubaran Dewan Rakyat tidak sampai dua tahun, sekitar 17 bulan sahaja. Maknanya PRU diadakan setelah mandat sesuatu penggal Parlimen melepasi usia tiga tahun. 

Kini setelah Jun berakhir, tidak ada sebarang petanda PRU. Kini timbul pula ramalan yang dikaitkan dengan pembubaran pada bulan September. Maka tercetuslah isu jika PRU berlangsung pada bulan September atau Oktober, 

Penganalisa politik PAS pula menjangkakan bahawa PRU tidak akan diadakan pada bula Sept dan Oktorber kerana faktor musim Haji dan Najib serta penasihat-penasihatnya menganggap bulan Ramadhan adalah bulan Islam dan juga bulan PAS. Jadi Najib perlu menjarakkan tempuhnya lagi.

Timbul juga ura-ura, PRU hanya akan berlangsung ketika ia benar-benar menghampiri berakhirnya ‘idah’ menjelang 28 April 2013. Mungkin jika tidak diadakan tahun ini, ia dijangka berlangsung pada Mac 2013.

Hudud di Johor : PAS sokong UMNO mula dolak dalih.

Pas menyambut baik cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah dari Umno, Datuk Ayub Rahmat, yang mahukan Kerajaan Johor mengambil inisiatif menjadi negeri pertama melaksanakan hudud.

Walau bagaimana pun bermula semalam Umno sudah mula bermain silap mata dengan Majlis Agama Islam Johor sendiri berkata bahawa sebelum ini tidak pernah berbincang serta cadangan untuk melaksankan hukum ini tersebut.


Selain Majlis Agama Islam Johor umno juga menggunakan Uztaz Fathul Bari Mat Jahaya juga memberikan komen yang panjang lebar berkaitan cadangan ini, selain Ahli Parlimen Ledang.
Sementara itu, Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, umat Islam perlu sokong sepenuhnya cadangan tersebut.

“Saya ucapkan tahniah kepada beliau. Mungkin ini adalah cadangan seumpama itu yang pertama daripada Umno Johor. Beliau menongkah arus dan saya ucapkan semoga beliau berjaya.

“Selain itu, saya berharap beliau mengangkat isu ini lebih tinggi lagi dan jangan ada ‘hudud Umno’, ‘hudud Pas’, dan Pas akan terus menyokongnya,” katanya.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim menerima hakikat akan ada pihak yang akan menentang perlaksanaan cadangan tersebut.

Ayub membuat cadangan itu pada Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Kelima Dewan Negeri Johor Ke-12, Khamis lalu.

Dalam sebuah portal kelmarinAyub dipetik sebagai berkata, beliau mahu melihat Johor mendahului negeri lain melaksanakan 'hudud sebenar', yang didakwanya berbeza dengan
hudud Pas.

Umno sudah mula main silap mata, PAS sedar tentang hal ini, Kita akan akan pada tahap mana keseriousan Umno untuk melaksanakannya.

Sementara itu Tuan Ibrahim berkata, beliau berharap Ayub benar-benar mahu mengangkat isu ini dan bukannya sekadar bertujuan mahu menarik sokongan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

“Cadangan dia amat betul, tapi malangnya beliau berada di kumpulan dan situasi yang salah. Kalau mahu, kita alu-alukan beliau sertai Pas,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Ledang dari Umno, Hamim Samuri menegaskan sebagai umat Islam, menyokong perlaksanaan hukum hudud adalah wajib, namun dalam keadaan semasa di negara ini, ia terpaksa ditangguhkan.

Katanya, apa yang paling penting sekarang adalah memberi pemahaman Islam dan kepentingan perlaksanaan hudud kepada bukan Islam sepenuhnya.

“Selain itu, faktor lain seperti hakim, pelaksana dan peralatan perlu juga diberi perhatian. Kita mahu hudud ini benar-benar berasaskan Islam kerana ia wajib,” katanya.

01 July 2012

All out

Walau pun Najib belum bersedia ... Jentera Pilihanraya (JPrD) DUN Sri Muda dalam Parlimen Kota Raja telah menyediakan persiapan yang lengkap bagi menghadapi pembubaran Parlimen pada bila-bila masa untuk menghadapi pilihanraya umum ke13.

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini