05 July 2012

TGNA bantah DSAI

Hasrat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu bersara dari dunia politik sekiranya Pakatan Rakyat (PR) gagal menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dibantah oleh pemimpin tertinggi Pas.

Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau kurang bersetuju dengan hasrat Anwar tersebut yang mahu kembali menjadi pendidik kerana katanya perjuangan di medan politik itu juga adalah mengajar.

“Bezanya medan politik mengajar rakyat, medan akademik mengajar mahasiswa.

“Justeru, saya kurang bersetuju jika dengan hasrat beliau untuk bersara dan kembali mengajar. Berjuanglah di medan politik dan teruskan perjuangan mengajar rakyat!” katanya dipetik dari laman Facebooknya semalam.

Selasa lalu, dalam satu temubual khas yang disiarkan Financial Times, Anwar, 65, berkata, beliau akan meninggalkan politik dan kembali mengajar sekiranya PR gagal menumpaskan kerajaan BN.

Namun Anwar tidak pula menyatakan sama ada mahu mengajar di universiti dalam atau luar negara.

Sebelum ini Anwar pernah menjadi pensyarah jemputan di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat.

1 comment:

  1. bro anwar test market tuh......

    kah kah kah

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini