26 July 2012

PM Terakhir dari Umno

Wilfred Bumbering dan Lajim Hj Ukin telah menampakkan yang mereka akan keluar dan berpisah dari BN. Perletakan jawatan sebagai Pengerusi BN Tuaran oleh Wilfred memperkuatkan lagi keyakinan yang Timbalan Presiden UPKO itu akan menyertai pilihanraya kali ini sebagai salah seorang calon Pakatan Rakyat. Tindakan kedua-dua pemimpin Sabah ini pastinya memberikan tamparan hebat terhadap BN dan kita mengagakkan yang pilihanraya akan ditunda lagi ke tarikh yang lain dan tidak akan diadakan piihanraya pada bulan September seperti yang di spekulasikan oleh banyak pihak.


Di Sarawak pula ADUN Meluan Wong Judat semalam juga mengisytiharkan dirinya keluar dari BN. Beliau merupakan Naib Presiden kepada Parti Demokratik Progressive Sarawak (SPDP) telah keluar dari BN kerana hilang keyakinan kepada pimpinan BN sekarang ini.

BN kian hari kian malang dan segala petunjuk politik menggambarkan yang BN sudah sampai masa untuk diketepikan oleh rakyat. BN di Sabah sudah tidak lagi ada keupayaan untuk diperbaiki kerana pertelingkahan di antara parti-parti di dalam BN Sabah bukannya kecil. Krisis keyakinan terhadap Ketua Menteri yang merupakan pengerusi BN Sabah menambah lagi kegentingan BN dan beliau juga merupakan 'liability' kepada UMNO dan BN Sabah.

Banyak pihak yang mengatakan yang sebanyak 12 kerusi parlimen di Sabah akan kecundang dalam pilihanraya yang akan datang ini dan jika benar berlaku ia merupakan penambahan sebanyak 11 kerusi daripada satu yang sedia ada untuk pembangkang. Apa pun orang hendak kata Sabah sudah tidak lagi bertahan untuk menjadi ‘fixed deposit’ bagi BN dalam pilihanraya yang akan datang ini.

Setiap parti dalam komponen BN di Sabah dan di Semenanjung sedang menghadapi masalah dan segala masalah ‘intra-party’ ini ditambah pula dengan masalah ‘inter-party’ yang kian  meruncing. Kita perlu ingat di Semenanjung BN akan hanya tinggal saki baki UMNO sahaja selepas PRU ini kerana komponen terbesarnya MCA akan menghadapi kekalahan yang menyeluruh. Dalam pada itu Gerakan sudah tidak relevan lagi dan MIC dijangka akan kalah dalam semua kerusi yang mereka tandingi.

Oleh itu saya tidak dapat hendak ‘comprehend’ apa yang dikatakan oleh Najib di Melaka baru baru ini yang BN akan menang di semua negeri dan BN akan menang dengan aggregate 14-0. Cakap-cakap itu menggelikan hati ramai pemerhati politik negara ini. Tetapi tidak mengapalah. Najib bukan kali itu sahaja yang bercakap tidak berasas dan itu sememangnya dilakukan beliau acap kali akhir-akhir ini.

Perkembangan terakhir di Sabah ini menambah keyakinan setengah pihak yang Najib dan seluruh kepimpinan beliau sedang menghadapi krisis keyakinan yang tersangat berat. Keadaan ini merupakan situasi yang belum pernah lagi dialami oleh BN sejak memerintah selama lebih dari lima dekad ini.

Maka keyakinan setengah pihak yang mengatakan Najib merupakan Perdana Menteri BN yang terakhir nampaknya semakin hampir menjadi kenyataan ..... aspanalias.blogspot

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini