03 December 2012

DAP Optimis

DAP optimis mengekalkan kuasa pemerintahanya di Pulau Pinang bersama rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh, memberi jaminan parti itu akan mengekal 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan berharap rakan parti dalam PR juga mampu mempertahankan kerusi masing-masing.

"Saya menaruh harapan besar kepada PKR agar boleh memenangi lebih daripada sembilan kerusi dan Pas kekal dengan apa yang ada dalam tangan mereka sekarang.

"Saya juga berharap kita dapat merebut lima lagi kerusi dari Umno," katanya ketika berucap pada Konvensyen DAP negeri di sini semalam.

Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, DAP sudah bersedia menghadapi pilihanr aya pada bila-bila masa sahaja serta menghapuskan Umno seperti apa yang dilakukan terhadap MCA,Gerakan dan MIC sebelum ini.

"Kita boleh hapuskan mereka dan kejayaan ini boleh dicapai.

"Kita lihat pada pilihan raya 2008 apabila buat perubahan besar. Ini tidak mustahil boleh berulang lagi dengan kerjasama semua ahli dan rakan dalam PR," katanya.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) menyaksikan Barisan Nasional (BN) cuma memenangi 11 dari 40 kerusi Dun dan dua dari 13 kerusi Parlimen.

DAP mendominasi kesemua kerusi majoriti kaum Cina apabila memenangi kesemua 18 kerusi yang ditandingi oleh MCA dan Gerakan manakala PKR memenangi 10 kerusi Dun dan Pas satu kerusi.

Daripada 40 kerusi Dun, Umno bertanding 15 kerusi dan memenangi 11 daripadanya manakala Gerakan 12 kerusi, MCA 11 kerusi dan MIC dua kerusi dan kalah kesemuanya.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini