06 December 2012

Umno mewarisi politik samseng

KRakyat Kelantan masih lagi mengingati aksi ganas kumpulan samseng yang dinamakan Pemuda Tahan Lasak digunakan Umno bagi menghalang kemaraaan PAS di Kelantan. 

Kumpulan samseng tersebut digunakan secara meluas terutamanya di Rantau Panjang sehingga mereka menghalang penduduk mahu keluar mengundi dengan membakar sebuah jambatan. 

Penduduk veteran di kampung tersebut memberitahu mereka terpaksa dikawal anggota tentera untuk balik daripada mengundi di Gual Periuk pada 1969. 

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, situasi yang pernah berlaku di sini pada 1960-an kini seperti mahu dihidupkan kembali pihak terbabit. 

“PAS ada banyak pengalaman pada 1969 apabila Umno dalam keadaan hampir kalah pilihan raya mereka mencetuskan budaya samseng bagi mewujudkan suasana takut dalam kalangan rkayat. 

“Tanda-tanda Umno kehilangan kuasa semakin jelas sehingga mereka melakukan sesuatu seperti orang hilang pedoman. Mereka terlalu takut dengan kekalahan. 

"Rakyat mesti menolak parti yang mengamalkan budaya politik samseng termasuk mengganggu ceramah-ceramah Pakatan Rakyat,” katanya di sini. 

Malam semalam sekumpulan samseng yang sebahagiannya membawa bendera BN dilaporkan mengganggu ceramah Pakatan di Dataran Sharuddin, Batu 8 Gombak sehingga ada penyokong parti yang cedera. 

Mohd Amar yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, sindrom takut dan rimas Umno terbawa-bawa kepada Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Abdul Razak sehingga was-was bagi mengisytiharkan pilihan raya umum ke-13. 

“Ini perkara luar biasa yang berlaku di negara kita sekarang. Ia menimbulkan persoalan besar kepada masyarakat. Tak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia pilihan raya lewat macam ini,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini