11 June 2013

Racism dan Che Det berpisah tiada

DAP menyifatkan bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad dan akhbar Utusan Malaysia sering membangkitkan isu-isu berbau perkauman di negara ini. 

Penasihatnya, Lim Kit Siang berkata, tindak tanduk mereka selepas Pilihan raya Umum ke-13 lalu sengaja mengentengah isu tersebut, biar pun secara jelas berselindung di sebalik pembohongan dan kepalsuan bagi menakutkan orang Melayu terhadap Cina. 

"Dalam blog terbarunya, Dr Mahathir menuduh orang Cina di Malaysia pada PRU lalu mahu menggulingkan kuasa politik Melayu bagi menguasai politik Malaysia.

 “Ini adalah satu tuduhan yang paling tidak bertanggungjawab, melulu dan tidak berasas dalam sepanjang kerjaya politiknya. 

“Malah beliau juga melemparkan dakwaan yang tidak bertanggungjawab dan melulu kononnya saya bertanding di Gelang Patah untuk mewujudkan konfrontasi kaum dan menghasut orang Cina untuk membenci orang Melayu,” katanya dalam satu kenyataannya di sini hari ini. 

Sebelum itu beliau menghadiri pengkebumian mendiang Tan Seng Ren iaitu ayah kepada Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw di Sungai Keladi dekat sini. 

Kit Siang berkata, tidak ada satu inci pun kebenaran dalam setiap dakwaan keterlaluan dilemparkan bekas Perdana Menteri itu. 

Katanya, sepatutnya beliau dapat membawa apa-apa bukti untuk menyokong tuduhan melulunya terhadapnya. “Adakah beliau dapat membuktikan untuk menyokong dakwaannya bahawa saya telah menghasut orang Cina di Gelang Patah untuk membenci orang Melayu. 

“Sedangkan pada hakikatnya dalam mana-mana ucapan saya di Gelang Patah serta di tempat lain semasa kempen PRU 13, saya menekankan penting rakyat Malaysia tanpa mengira agama bangsa bersatu bagi melahirkan negara yang demokratik, bersih, makmur dan berdaya saing,” katanya. 

Sementara itu, Lim Kit Siang berkesempatan mengunjungi Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di JKR10 sebelum Tuan Guru mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan.


2 comments:

  1. itu yg teman heghan tu.....demer tu taklah pulak ngelupor polis memburunyer......ada imuniti kut.....itulah Malaysia ku......ada dua undeng2.....

    ReplyDelete
  2. Demer buat ape pon tak ape. Polis pon kecot perot nak nangkap demer.Imuniti demer lebih hebat daripade raja-raja melayu.Penah ke dengor mereka ditegor polis. Harammmm tak de!!!

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini