Para pimpinan PAS menggesa seluruh ahli dan penyokongnya agar turun ke Kuala Lumpur 22 Jun ini bagi menyertai perhimpunan terakhir Black505.
"Keputusan untuk menyertai himpunan ini bukan keputusan Husam Musa, bukan keputusan Haji Mohamad Sabu tetapi keputusan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat untuk menyokong Blackout505," kata Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa.
Sehubungan dengan itu, beliau menggesa semua para pemuda agar jangan ragu untuk menyertainya.
"Andaikata kita terkorban, atau satu daripada kita terkorban, insya Allah ia adalah syahid fi sabillah," tegas Husam Musa.
Tetapi, kata Husam, tidaklah menjadi niat PAS untuk terkorban dalam perhimpunan ini."Niat kita adalah penipuan pilihan raya mesti dihentikan dan sesiapa terlibat dengan penipuan ini mesti menerima tanggungjawabnya sekarang dalam sistem politik negara ini," tegas Husam.
"Kita boleh redha dengan kekalahan kita tetapi kita tidak diizinkan untuk redha dengan penipuan dan maksiat.
"Ini dua perkara yang berbeza. Kita boleh terima hakikat takdir yang telah ditentukan tetapi kalau penipuan demi penipuan, tiap-tiap kali pilihan raya Umno menang hanya dengan penipuan, wajib kita orang Islam tegak berdiri menentangnya," tegas beliau.
Menurut Husam, semua pihak dalam Pakatan Rakyat tidak boleh berdiam diri dengan penipuan yang dilakukan dalam pilihan raya umum lalu.
"Kalau kita berdiam diri kerana telah menang menguasai kerajaan (negeri), kita pengkhianat kepada perjuangan," kata Husam.
Sehubungan itu beliau bersyukur kerana semua hadir dalam pertemuann yang diadakan ini termasuk wakil kerajaan negeri Kelantan iaitu Datuk Ahmad Yakob
Beliau yakin undi yang diberikan oleh penyokong adalah untuk perjuangan bukan untuk mana-mana individu.
Husam juga menjelas, tujuan diadakan himpunan Black505 adalah untuk mencegah kemungkaran sebagaimana yang diminta oleh Allah.
Oleh itu, katanya, rakyat perlu bangkit menentangnya bagi memastikan penipuan tidak lagi berlaku dalam pilihan raya ke 14 dan 15 nanti.
Dalam ucapan itu juga, Husam berkata, tidak mustahil Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan dalam masa terdekat.
"Kalau pengerusi SPR tak nak letak jawatan, Najib kena letak jawatan. Kalau kedua-dua letak jawatan, Alhamdulillah, itu lagi baik.
"Atas sebab itu, tidak mustahil Najib letak jawatan," tegas Husam.
Bagi beliau, dalam PRU 13 yang penuh dengan penipuan itu, orang yang paling kecewa adalah Najib kerana dengan perbelanjaan yang begitu besar, dengan penipuan yang diatur begitu rapi, kenangkitan rakyat melalui peti undi lebih besar dari yang dijangkakan.
"Kerana itu dia kecewa. Dalam politik moral, politik akhlak dan maruah, Datuk Seri Najib yang menang minoriti tidak layak untuk memimpin rakyat," tegas beliau.
Atas dasar itulah, katanya, himpunan Blackout505 akan diadakan di Kuala Lumpur 22 Jun ini bagi menuntut perubahan di negara ini.
Artikel tuan menulis:
ReplyDelete"Sehubungan dengan itu, beliau menggesa semua para pemuda agar jangan ragu untuk menyertainya.
Komen saya:WAJIB PARA PEMUDA ANALISA ISU SEMASA DENGAN MEMBACA FAKTA SEDALAM-DALAMNYA DAN TIDAK MEMBUTA-TULI MENGIKUT ORANG PUTAR-ALAM MACAM ANWAR IBRAHIM DAN HUSAM.
"Andaikata kita terkorban, atau satu daripada kita terkorban, insya Allah ia adalah syahid fi sabillah," tegas Husam Musa.
KOMEN SAYA: SEJAK BILA HUSAM MUSA BERKELAYAKAN DAN AMAT YAKIN DIA 'MEMFATWAKAN' MASYARAKAT BAHAWA SE SUATU 'PERHIMPUNAN JALANAN'ADALAH "SYAHID"? DIA MENGANGKAT DIRINYA JADI USTAZ/ HAKIM/ YANG 100% ARIF DENGAN HUKUM-HAKAM FIQH??
Tetapi, kata Husam, tidaklah menjadi niat PAS untuk terkorban dalam perhimpunan ini."Niat kita adalah penipuan pilihan raya mesti dihentikan dan sesiapa terlibat dengan penipuan ini mesti menerima tanggungjawabnya sekarang dalam sistem politik negara ini," tegas Husam.
KOMEN SAYA: PELUANG PETISYEN TELAH DIBUKA KEPADA SE TIAP RAKYAT MALAYSIA; 27 JUTA RAKYAT DIJEMPUT KEMUKAKAN PETISYEN, melalui PROSES DAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN YANG BETUL.
KALAU LAH BETUL DAN SAHIH ADA "PENIPUAN", contoh 40,000 Bangla undi, TIADA SE ORANG PUN PIHAK PRO-"PAKATAN RAKYAT" YANG MEMBUAT REPOT POLIS BERSERTA BUKTI KUKUH.
YANG SEBENARNYA MENIPU ialah manusia rakus yang MENUDUH MELULU TANPA BUKTI KUKUH.
"Kita boleh redha dengan kekalahan kita tetapi kita tidak diizinkan untuk redha dengan penipuan dan maksiat.
KOMEN SAYA- HUSAM CAKAP PASAL "MAKSIAT"??
...C'MON LAH...WHY NOT HUSAM DAN PAS SIASAT SENDIRI TERDAHULU, RAKAN SE PERJUANGAN NYA, YAANI ANWAR IBRAHIM DAN MUSTAFA ALI, DAN BUKTIKAN BETAPA "BERSIH"NYA MEREKA ITU.
YANG "MAKSIAT" DEPAN MATA, buat-buat tak nampak;
lebih baik buat PERHIMPUNAN PROTES TERHADAP MAKSIAT MEREKA ITU, BIAR PEMUDA BUKA MATA BETAPA HIPOKRITNYA "PEMIMPIN-PEMIMPIN" PAKATAN RAKYAT.
macai detected!
ReplyDeleteCukup berhati-hati komentar yg diberi oleh mamat ni.Sebenonya ko ni orang yg bijak buat penilaian dan ko nampak dan boleh membezakan mane yg benar atau tidak..Aku nampak trlalu taksub dengan UMNO sbb ko ade ade kepentingan..projek!! & banyak trmakan budi dgn konco UMNO. Ingatla sedare..Rezki Allah yg bg..bukan UMNO yg bg..Org bijak mcm ko..muhasabah diri..Ingat..kite dilahirkan untuk sujud dan bertqwa kpd Allah swt dunia dan akhirat..tp akhirat bekalan kita sbb kekal abadi..Jgn tolak keje2 Islam yg dibuat oleh Parti Islam..sume ni saham kita utk akhirat kelak...Aku ramai kenal orang2 dan konco UMNO mcm ko...dalam hati nampak keje2 Islam ni chantekk..tp hati gelap dan degil..Aku ingatkan ko lagi..jangan kesal..sblum terlambat..
ReplyDelete