16 October 2013

Tidak wajar kata Muslim kafir kerana soal penggunaan kalimah Allah, kata Asri

Bekas mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menolak pandangan mengatakan seseorang Muslim tersebut kafir kerana mempersoalkan pengharaman penggunaan kalimah Allah ke atas penganut agama lain.
Kenyataan Asri tersebut membidas bekas mufti Johor, Datuk Noh Gadut, yang juga penasihat Majlis Agama Islam, kerana memberi amaran kepada penganut Muslim yang mempersoalkan pengharaman kalimah Allah ke atas yang bukan Muslim.
"Walaupun kamu penyokong kuat kerajaan dan bersetuju dengan apa yang mereka lakukan, kamu tidak boleh mengeluarkan kenyataan yang memperlihatkan kebodohan kamu," kata Asri kepada The Malaysian Insider.
Asri kemudian menjelaskan isu kalimah Allah hanya menjadi pertikaian di Semenanjung Malaysia, sebaliknya kalimah suci tersebut tidak menjadi isu di negara-negara lain yang juga mengamalkan ajaran Islam.
"Di negara Arab yang penganutnya Muslim, tiada masalah seperti ini. Negara seperti Jordan dan Mesir, kalimah Allah telah digunakan oleh pihak gereja besar lebih 1,400 tahun dahulu lagi," katanya lagi.
"Jadi, adakah beliau (Noh) berkata semua cerdik pandai Muslim dan ulama seluruh dunia kecuali di Semenanjung Malaysia adalah kafir?"
Asri menganggap kenyataan sedemikian oleh Noh akan memberikan kesan yang besar kerana isu kalimah Allah tidak wujud di negara Islam lain.
"Beliau menuduh umat Islam seluruh negara sebagai murtad kerana membenarkan Kristian menggunakan kalimah Allah, ini sangat besar," dakwa Asri.
Noh dipetik berkata dalam Utusan Malaysia menyelar sesiapa yang mempersoalkan keputusan Mahkamah Rayuan sebagai menderhaka dan keji.
"Jika Muslim mempersoalkan dengan menyedarinya, mereka boleh dianggap sebagai kafir atau menjadi murtad," kata Noh yang dipetik berkata dalam Utusan Malaysia.
Selain itu, Asri juga menerangkan selagi kalimah Allah digunakan untuk merujuk kepada "paling agung", ia tidak bukan satu masalah kepada pihak bukan Islam untuk menggunakannya.
"Jadi, ia sebenarnya bukan satu isu. Muslim percaya kepada satu tuhan. Maka bagaimana kita boleh mengatakan Tuhan kamu berbeza daripada saya," tambah beliau.
Mahkamah Rayuan dalam keputusan semalam sebulat suara telah menghalang gereja Katolik daripada menggunakan kalimah Allah dalam akhbar mingguan berbahasa Melayu Herald sebagai rujukan kepada Tuhan bagi agama Kristian.
Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang mempengerusikan panel tiga anggota hakim berkata ia dianggap dapatan mahkamah bahawa Kementerian Dalam Negeri tidak bertindak dalam apa-apa cara yang mewajarkan campurtangan badan kehakiman mengenai keputusannya melarang penerbitan itu menggunakan kalimah Allah.
Isu kalimah Allah bermula pada awal 2009 apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) membatalkan permit akhbar Herald menggunakan kalimah Allah merujuk kepada Tuhan.
Tindakan tersebut menyebabkan gereja mengemukakan saman kepada kerajaan kerana melanggar hak dalam Perlembagaan.
Mahkamah Tinggi kemudian membenarkan semakan keputusan dan membatalkan pengharaman oleh KDN untuk menggunakan kalimah Allah oleh Herald.
Hakim turut menjelaskan gereja mempunyai hak dalam Perlembagaan untuk menggunakan kalimah Allah dalam akhbarnya kerana agama selain Islam boleh mengamalkannya secara aman dan harmoni.
Katanya, meskipun Islam merupakan agama Persekutuan, ia tidak memberi kuasa kepada kerajaan menghalang gereja menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya.

8 comments:

  1. tanya kat asri, kalau orang kapir la ni nak tawaf kaabah bertelanjang die bagi tak??

    kan dulu orang kapir boleh tawaf telanjang.

    tanya kat asri, kalau orang kapir la ni nak buat berhala keliling kaabah die bagi tak???

    kan dulu orang kapir boleh buat berhala keliling kaabah.

    tanya kat asri, kalau orang kapir nak kuasai makkah die bagi tak???

    kan dulu orang kapir kuasai makkah.

    tanya kat asri, kalau orang kapir la ni nak berzina tepi kaabah die bagi tak??

    kan dulu orang kapir boleh berzina tepi kaabah.

    tanya kat asri, kalau orang kapir la ni nak minum arak keliling kaabah die bagi tak???

    kan dulu orang kapir boleh minum arak keliling kaabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. "apa kaitan penggunaan nama Allah dengan soalan deme tu....?" tanya Noh Gadut kepada en Anon tu... En Anon terus terpinga-pinga sambil berkata dalam hatinya, eh, aku ni mabuk todi ka? En Anon... akhirnya ditemui oleh orang ramai dengan kepala pecah.... bedah siasat menyatakan en Anon telah menyatakan bahawa dalam kepala en Anon itu penuh dengan tanda ? he3!

      paparock

      Delete
    2. dr asri ade cakap "Sejak seribu tahun lalu, sejak zaman Nabi Muhammad lagi mereka menggunakan perkataan Allah". jadi betul la soalan anon tu. orang nasrani dulu mana sama dengan orang kristian sekarang. nasrani takda konsep trinity. nasrani hanya kata jesus anak tuhan. berapa kali bible tu kena edit tak tau la. last2 jadi trinity. boleh ke umat Islam redha Allah disyirikkan dalam tuhan trinity?? fikir2kan. jgn jadi liberal sudah. orang kafir memang nak sesatkan umat Islam.

      Delete
  2. umat Islam terpecah kpd 73 golongan, 1 ke syurga 72 ke neraka.

    siapa 72 golongan umat Islam ke neraka?? antaranya adalah;

    1) orang mengaku Islam tapi beriman kpd fahaman demokrasi

    2) orang mengaku Islam tapi beriman kpd fahaman sekular

    3) orang mengaku Islam tapi beriman kpd fahaman kapitalis

    4) orang mengaku Islam tapi beriman kpd fahaman komunis

    5) orang mengaku Islam tapi beriman kpd fahaman sosialis

    6) orang mengaku Islam tapi beriman kpd fahaman liberal

    7) orang mengaku Islam tapi beriman kpd fahaman nasionalis

    8) orang mengaku Islam tapi beriman kpd fahaman human rights

    9) orang mengaku Islam tapi beriman kpd fahaman syiah

    10) orang mengaku Islam tapi beriman kpd fahaman wahabi

    sekadar info. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini yang aku cari selama ini. aku sokong. selama ini kita telah di tipu oleh kuncu2 yahudi. kerajaan yahudi dulu hancur akibat berpaling dari jalan ahli kitab yang beriman kepada Allah, kerajaan yahudi hancur disebabkan mereka berfahaman songsang, ada puak sekular-demokrasi-kapitalis, ada puak liberal-demokrasi-kapitalis, ada puak nasionalis-komunis-sosialis, akibatnya kerajaan yahudi hancur.

      mereka tahu itulah akibat kalau berpaling dari jalan ahli kitab yang beriman. kini mereka aplikasikan fahaman2 sesat ini ke seluruh negara dunia agar seluruh negara dunia hancur, maka mereka dapat bina semula kerajaan yahudi baru-new world order dan memperhamba seluruh manusia di dunia.

      tapi khabar gembira bagi umat islam yang beriman yang menolak semua fahaman sesat ini, mereka akan dibantu oleh Allah dengan memunculkan imam mahdi dan nabi isa. khabar gembira bagi umat islam yang benar2 beriman yang tidak terpedaya mencintai dunia yang penuh tipu daya.

      yakinlah bahawa sistem fahaman sesat ciptaan yahudi akan hancur tidak lama lagi. merekalah yang membina sistem ini kemudian mereka jugalah akan runtuhkan sistem ini dengan kejatuhan sistem ekonomi & melancarkan perang dunia ketiga, agar mereka dapat memindahkan world power kepada negara israel dalam new world order.

      kepada umat islam yang beriman persiapkan diri, keluarga & masyarakat agar menjadi pembantu kepada imam mahdi & nabi isa.

      Delete
  3. klu dari segi hukum ni klu jahil jgn komen ikut rasa,silap2 komen jadi nanti,klu jenis bebal jahil bangang bodoh,baca je,lepas tu fikir2kan,jgn komen merapu mcm org gila,

    ReplyDelete
    Replies
    1. islam-pas ajar caci maki orang ke? ke guna fatwa tuhan mencarut maka ahli islam-pas pun halal untuk mencarut.

      Delete
    2. klu kau yg jenis bebal merapu mcm org gila mengomen mcm org jahil,bila org kutuk kau yg kau babitkan pas pulak kenapa,klu jenis umno ni meman g sampai bila2 pun tetap bangang,yg umno pandai menyapu harta rakyat

      Delete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini