05 January 2014

Pendekar taik minyak

Sekadar mklumat;

1. Yg mengizinkn bible berbahasa melayu d bawa masuk ke malaysia dr indonesia ialah BN melalui Idris Jala yg beragama kristian dn di izinkn oleh Najib presiden UMNO. Tk guna BN nk spin isu ini dia juga yg mnggalakkn.

2. Buku milik kristian yg mengandungi kalimah Allah yg d sita oleh JAIS diluluskn penerbitannya oleh KDN. BN yg lulus UMNO yg menyalak.

3. UMNO sekadar jd pendekar taik minyak. Konon pertahan kalimah Allah. Padahal hanya 6 negri shj yg kristian tk boleh guna kalimah Allah. Yg lain semua UMNO izinkn.

01 January 2014

Talkin kenaikan untok pencacai

wahai sikedana binti sipapa
hari ini engkau ditentukan

dengar sini baik-baik
Ingat...! jika kenaikan

harga minyak itu benar
tol itu benar
tariff letrik itu benar
GST itu benar
cukai pintu itu benar
tambang lrt itu benar
tambang bas itu benar
yuran astro itu benar

..maka ingatlah, jika ditanya apa kamu nak buat...jawablah dengan tenang..

kami akan tenang
kami akan syukur
kami akan redha
kami akan ikat perut
kami akan pilih-pilih makan
kami akan tambah jam kerja
kami akan hindar lebuh raya
kami akan kayuh basikal
kami akan cari pelita ayam
kami akan tanam ubi kayu
kami akan tolak minuman tin

Dan berkatalah..

..kami tak kacau sapa-sapa
..kami redha tanda syukur
..kami tak resah
..kami tenang
..kami tak risau

..kami akan cari alternatif

19 November 2013

Menjelang Pemilihan DMPP

Saya tak menjangka kempen utk pimpinan tertinggi DMP panas. Saya juga tak menjangka yang kami bertiga akan dicabar kerana baru satu penggal iaitu dua tahun diberi mandat.

Dua tahun yang kami pegang sibuk dengan persiapan PRU13. Walaubagaimanapun saya terima hakikat demokrasi dan parti mengizinkan berkempen kali ini.

Sebelum ini saya sendiri setia denga DMPP semenjak menjadi AJK DMPP dari tahun 2000. Saya setakat bertanding AJK walaupun saya pernah dicalonkan ke ketiga tiga jawatan tertinggi DMPP setiap kali musim pemilihan. 

Saya menolak kerana saya merasakan ada orang lain yang lebih layak. Saya diajak masuk DMP untuk membantu muslimat dan tiada niat untuk menjadi pemimpin besar.

Kedua dua sahabat saya, YB Zailah dan YB Mumtaz telah masing2 memegang jawatan timbalan dan naib ketua sebelum ini. Cuma dalam pemilihan yang lepas YB Zailah dipilih menjadi ketua. Saya pula jadi Timbalan.

Saya menerima pencalonan  dalam pemilihan lepas  setelah menjadi wakil rakyat. Tujuannya adalah untuk bersama manaikkan martabat DMPP dan imej muslimat PAS di pesada politik Malaysia.

Membina imej adalah sebahagian dari strategi untuk mengarusperdanakan PAS itu sendiri. Sebelum 2004, PAS sering dituduh meminggirkan wanita dan tiada pimpinan wanita yang boleh dikedepankan.

Selepas 2004 apabila DMP berjaya menampilkan muslimat sebagai calon dan ada dikalangan muslimat ditakdirkan menang dan berperanan dalam kerajaan, muslimat boleh merasai usaha pengupayaan pimpinan muslimat terdahulu sudah berhasil.

Muslimat juga tidak lagi merasa rendah diri apabila ketiga jawatan tertinggi dipegang oleh YB. Kami bertiga bukan orang terhebat tetapi keperluan politik untuk kami menerajui DMP.

Muslimat perlu berganding bahu kerana tiada seorang pun pimpinan muslimat yang sempurna disegi kemampuan dan kelayakan. Kami cuba merealisasikan gandingan ini dengan mendelegasi tugas kpd mereka yang layak. Tidak mencantas sesiapa jika mereka sudi duduk dalam jawatankuasa muslimat.

Ada dari kalangan muslimat yang enggan menerima perlantikan kerana tidak boleh menerima kami bertiga sebagai pemimpin. Namun mereka menjadi ajk dalam lajnah2 yang mereka minati.

Kebebasan telah diberikan kepada semua lajnah untuk melaksankan visi dan misi DMP dan parti.

Malah lajnah terpenting, Lajnah Tarbiyyah dan Perkaderan tidak dipegang oleh Ketua atau Timbalan kerana kami mahu ianya dipegang oleh golongan aalimat atau asatizah yang ada pendidikan formal dalam bidang agama.

Lajnah ini diberi kebebasan penuh untuk menganjur sebarang aktiviti untuk memperkukuhkan jati diri muslimah dan terus istiqamah dengan perjuangan Islam.

Apa apa pencapaian DMP sehingga kini bukan hasil kerja seorang pimpinan  muslimat tetapi hasil pemikiran, perbincangan dan keputusan jamaie. Kesemua pimpinan adalah mata rantai perjuangan, insyaallah sampai hari akhirat.

Idea asal mungkin dari salah seorang saf pimpinan muslimat, namun apabila diluluskan oleh saf pimpinan kita semua bertanggung jawab untuk melaksanakannya bersama.

Cuma bila mana tidak semua orang boleh terlibat dan mempunyai minat dankemampuan dalam semua perkara, maka berlakulah apa yang kita terpaksa terima ialah pengkhususan kerja.

Berlaku penambahbaikan semua gerak kerja semakin DMP semakin berusiandan matang. Ini adalah sunnatullah. Sekiranya semua saf pimpinan yang terpilih memahami peranan maka tidak timbul tidak puas hati bila pimpinan bertukar ganti.

Saya menulis ni bukan nak kempen cuma nak kongsi rasa.

Dr. Siti Mariah Mahmud
19hb Nov. 2013

18 November 2013

Serangan media Umno

Akhbar media perdana khususnya Utusan Malaysia dan The Star terus-menerus memalukan gendang pertembungan antara golongan ulama dengan profesional dalam PAS. Isu ini dimainkan sejak sekian lama terutamanya setiap kali menjelang pemilihan pucuk pimpinan di dalam Muktamar PAS. 

Gambaran yang diberikan sengaja dibesar-besarkan dan amat menakutkan banyak pihak termasuk daripada kalangan ahli dan penyokong PAS sendiri.

Misalnya akhbar milik Umno, Utusan Malaysia memainkan besar bagi memaparkan isu bahawa golongan ulama di dalam PAS sedang dipinggirkan oleh kelompok profesional yang sedang menguasai kepimpinan PAS.

Gambaran yang cuba diberikan adalah kelompok profesianal ini barkiblatkan kepimpinan Anwar Ibrahim dan bukannya kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi dan para ulama dalam Pas.

Bagi penulis dan editor Utusan, sikap ini adalah amat bahaya kepada perjuangan PAS yang memperjuangkan Islam dalam negera. Ini ditambah lagi hubungan diantara PAS dan parti DAP yang dilihat oleh lidah rasmi Utusan itu sebagai merugikan Melayu dan umat Islam di negara ini.

Jesteru, Utusan menyarankan perlu kepada perubahan pucuk pimpinan agar golongan Ulama dapat ‘menyelamatkan PAS dan kembali kepada landasan yang benar-benar dihayati oleh PAS terutamanya memutuskan hubungan dengan DAP dan keluar daripada Pakatan Rakyat.

Sementara itu di dalam akhbar berbahasa Inggeris milik MCA, The Star, penulis pojoknya Joceline Tan yang dikatakan sebagai seorang ‘pakar dalam mengorek maklumat dalaman PAS, sudah dua kali dalam minggu menjelang Muktamar ini memaparkan rencana besar tentang pertembungan antara golongan ‘Erdogan’ dan ulama di dalam PAS.

Joceline Tan dalam tulisannya cuba memberi gambaran bahawa kelompok Erdogan lebih setia kepada Anwar Ibrahim dan ini amat tidak disenangi oleh kelompok ulama didalam PAS.

Namum inilah realiti akhbar-akhbar perdana milik UMNO/BN setiap kali menjelang Muktamar PAS.

Mereka akan mencari apa jua jalan bagi memecah-belahkan PAS dengan segala kepakaran media yang ada pada mereka.Persoalamnnya, apakah ahli PAS akan mengikut rentak dari paluan gendang media Umno/BN ini menjelang Muktamar?

Apakah benar kepimpinan PAS kini sedang menuju jalan kehancuran akibat daripada penguasan kelompok profesional dalam kepimpinan tertinggi PAS kini?

Dan apakah benar tohmohan bahawa kelompok Erdogan kini sedang membawa PAS kepada pemikiran yang ‘liberal’ dan ‘anti ulama’ akibat dari hubungan dengan DAP dan Pakatan Rakyat?Jawapan dan penegasan daripada Presidan PAS dan Mursyidul Am PAS adalah jelas.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika menutup perasmian Ijtimak PAS Selangor menegaskan bahawa adalah haram bagi setiap ahli PAS mengikut permainan media luar kononnya berlaku pertembungan  antara golongan ulama dengan profesional dalam PAS. Tegas beliau; "Ini mainan media, gendang yang dipalu oleh mereka tidak seharusnya diikuti. Haram bagi kita menari mengikut gendang itu,".

Presiden PAS turut menegaskan akan tanggung jawab semua ahli dan pimpinan PAS menyatukan semua pendokong parti dan bukan memecah belahkan mereka.

Bagi beliau, PAS kini bukan sahaja berjaya menarik sokongan golongan muda malah telah berjaya memecahkan paradigma kalangan orang bukan Islam yang menjadi sebahagian masyarakat majmuk untuk memberi sokongan kepada PAS.

"Kita berjaya memecahkan benteng yang memisahkan PAS dengan orang bukan Islam," tegasnya.

Datuk Seri Abdul Hadi juga menegaskan bahawa Tahalluf Siyasi yang dilaksanakan oleh PAS, telah membenarkan PAS menjalin hubungan dengan parti DAP dan bukannya dengan Umno. Apatah lagi PAS telah menghadapi pengalaman pahit dikhianati Umno ketika menyertai kerajaan campuran dan bekerjasama dengan Umno/BN pada 1973.

Sementara itu, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat ketika  ketika merasmikan Muktamar Dewan Muslimat PAS Kelantan turut menegaskan bahawa sejak zaman Khulafah Ar Rashidin lagi ulama dan profesional berganding erat mentadbir kerajaan ketika itu.

Bagi beliau; “Islam sejak awal lagi satukan ulama dan profesional dalam sebuah pentadbiran. Cuma sekarang ada pihak yang cuba hendak pisahkan ulama dan profesional dengan mewujudkan entiti yang berasingan.

Maka tidak peliklah sekarang usaha-usaha berterusan dilakukan bagi memisahkan ulama dan profesional.  Sengaja mereka hendak pecah-pecahkan PAS kepada dua kelompok,

”Ya, penegasan berharga dari kedua-dua pimpinan tertinggi PAS ini sudah cukup bagi menolak fitnah jahat yang dimainkan oleh media Perdana milik Umno/BN menjelang pemilihan pada Muktamar PAS kali ini.

Gandingan antara Ulama dan profesional inilah yang kini meletakkan Pas di persada politik negara.

Dan gabungan utuh antara kedua-dua kelompok ulama dan profesional inilah juga yang sebenarnya menjadi igauan yang amat ditakuti oleh pemimpin Umno/BN. Selamat Bermuktamar.

Dr Syed Azman Syed Ahmad, Penolong Setiausaha Agong PAS.

Perjuangan PAS

PAS merupakan sebuah parti yang memperjuangkan Islam menjadi amalan dan teras kepada masyarakat di Malaysia.

Menjadikan Islam sebagai teras perjuangan bermakna menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan utama dalam merancang perjalanan dan menentukan tindakan yang ingin diambil.

Ulama pula menjadi teraju utama perjuangan PAS kerana merekalah yang lebih hampir kepada Al-Quran dan As-Sunnah, dan merekalah yang selayaknya memimpin sebuah gerakan Islam.

Islam adalah panduan, Islam juga adalah matlamat dan cita-cita perjuangan PAS. Sepertimana yang disebut oleh Saidina Omar R.A: “Kita adalah kaum dimuliakan oleh Allah dengan Islam. Sekiranya kita mencari kemuliaan selain daripada Islam, Allah akan menghinakan kita.”

Islam tidak memerlukan teras tambahan kerana kesempurnaan kandungan yang ada pada Islam. Dibimbangi, tokok tambah yang dibuat, diambil pula daripada sumber yang tidak Islamik, menjejaskan hala tuju perjuangan Islam itu sendiri.

Firman Allah Taala di dalam Al-Quran: “Pada hari ini Aku (Allah) telah sempurnakan bagi kamu Agama (Deen = cara hidup) kamu, dan Aku cukupkan ke atas kamu nikmat-nikmatKu, dan Aku redha Islam menjadi Agama (Deen = cara hidup) bagi kamu.” (Surah Al-Maidah, 5 : 3)

Menjadikan Islam sebagai teras juga membawa makna matlamat utama perjuangan ialah mencari keredhaan Allah.

Berjuang bukan kerana jawatan dan kedudukan, sebaliknya berjuang sehingga sanggup berkorban harta dan nyawa semata-mata untuk mencari keredhaan Allah dan meninggikan kalimah Allah yang Maha Tinggi.

Misi Islam ialah beramal kerana Allah, Dialah yang lebih layak menjadi tempat rujukan dan menjadi pemutus dalam setiap tindakan hamba-hambaNya.

Dahulu, Tanah Melayu pernah menjadikan Islam dan segala undang-undang yang terdapat di dalamnya sebagai perlembagaan dan sumber rujukan utama.

Namun, pencerobohan dan penjajahan oleh imperialis barat telah mengganggu-gugat kedudukan Islam sehinggalah pada hari ini, rakyat Malaysia sendiri lupa akan asal-usul juga sejarah yang pernah dilakarkan oleh ulama silam.

Imperialis Barat bukan sahaja datang membawa misi untuk menjajah Tanah Melayu, bahkan mereka membawa doktrin dan ideologi yang memisahkan masyarakat, khususnya pentadbiran di Tanah Melayu ini daripada Islam.

Konsep demokrasi yang diperkenalkan juga merupakan antara doktrin yang Berjaya mereka terapkan di dalam amalan pentadbiran Kerajaan Malaysia.

Sungguhpun begitu, PAS menggunakan ruang yang ada untuk terus memastikan agenda Islam dapat diperjuangkan dalam suasana demokrasi.

Malah bersama-sama dengan Pakatan Rakyat memastikan keadilan dan demokrasi dapat ditegakkan kembali di Malaysia.

Ini kerana, demokrasi selagi tidak melampaui batas, adalah diterima dan boleh menjadi platform yang baik untuk memperjuangkan Islam. Hasilnya, Kerajaan Negeri Kelantan terus aman dan berkembang dan dipimpin dengan Islam menjadi teras utama kerajaan.

Demokrasi pula merujuk kepada kuasa rakyat dan penyertaan ramai dalam membuat sesuatu keputusan. Konsep majoriti merupakan asas kepada demokrasi.

Dalam konteks negara demokrasi, parti yang mendapat lebih banyak undi akan terpilih sebagai parti pemerintah. Semua parti politik yang menyertai pilihanraya di Malaysia, menerima hakikat ini.

Sekalipun proses demokrasi di Malaysia tidak begitu menjamin hak semua rakyat, khususnya parti politik, kita perlu bersetuju bahawa proses demokrasi ini adalah proses terbaik untuk memastikan keharmonian politik dan sosial di Malaysia.

Begitupun, Islam tidak boleh disamaertikan dengan proses Demokrasi. Kebenaran Islam tidak bergantung kepada ramainya penyokong. Apalagi hukum-hakam dalam Islam, bukanlah subjek yang boleh dipertimbangkan melalui suara majoriti.

Namun, situasi dalam negara demokrasi memerlukan sokongan ramai untuk memastikan Islam berjaya ditegakkan.

Maka menjadi tanggungjawab semua umat Islam di Malaysia tidak kira dari parti Umno Barisan Nasional, lebih-lebih lagi dari parti PAS untuk memperjuangkan Islam melalui lunas-lunas demokrasi.

Islam merupakan agama Allah. Ia disampaikan oleh para Nabi dan Rasul, melalui proses yang pelbagai.

Namun, ia bukanlah suatu yang boleh dipertimbangkan untuk diterima atau ditolak, sebaliknya menjadi tanggungjawab setiap individu muslim untuk melaksanakan Islam dalam kehidupan.

PAS sebagai sebuah parti politik mengambil bahagian dalam pilihanraya, sebagai tanda penerimaan dan persetujuan bahawa Malaysia sebuah negara yang demokratik.

PAS juga berkeyakinan penuh bahawa melalui jalan demokrasi ini, PAS mampu mencapai matlamatnya memaknakan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.

Walaupun bersetuju untuk menyertai proses demokrasi, tetapi PAS perlu kekal sebagai parti Islam yang tulen.

Menggabungkan diri dalam perjuangan Islam sahaja sudah cukup indah dan sempurna tanpa menyamakannya dengan mana-mana bentuk ideologi dan pemikiran.

PAS sebagai sebuah parti politik tidak pernah menjadikan Islam sebagai bahan dagangan politik untuk mendapatkan kuasa, apa lagi menjadikan Islam sebagai mangsa demokrasi sehingga isi kandungannya boleh dipisah-pisahkan sesuka hati.

Sebaliknya, PAS komited menjadikan Islam sebagai teras perjuangan dan menjadikan Malaysia ini Negara yang berkebajikan adalah selaras dengan misi ini.

Bahkan Allah Taala melantik seluruh umat manusia, tidak terkecuali walau seorangpun, sebagai khalifah yang menjadi wakil pemerintahan di muka bumi.

Bermakna, manusia seluruhnya memikul tanggungjawab untuk memakmurkan dan memelihara dunia ini dengan penuh keharmonian dan keadilan.

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini