30 September 2011

Perdirian PAS berkaitan Hudud

Selaras dengan pendirian Pakatan Rakyat yang mengiktiraf Enakmen Jenayah Syariah di Kelantan dan Terengganu, PAS berpendirian kedua-dua negeri itu berhak memperkanunkan undang-undang tersebut.

Dalam satu kenyataan menyatakan pendirian rasmi parti itu, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, persoalan kini, sejauh mana kesediaan Kerajaan Pusat memberi kebenaran untuk melaksanakannya.

Menurutnya, perbezaan pandangan dengan DAP khususnya dalam soal penafsiran "bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan" adalah sangat relatif kerana wujud perbezaan ketara antara pandangan pengamal undang-undang kedua belah pihak, terutama kaedah untuk mengatasinya.
"PAS melihat soal tafsiran mana yang menepati peruntukan perlembagaan hanya akan dapat diputuskan oleh mahkamah perundangan," katanya.
Berikut adalah kenyataan rasmi berhubung pendirian PAS:

1.   Parti Islam SeMalaysia  (PAS) ingin menegaskan bahawa aktiviti dan perjuangan PAS adalah dalam kerangka demokrasi dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan jaminan kebebasan mengamalkan agama-agama lain, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda masing-masing, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan.

2. PAS juga ingin menegaskan komitmen untuk melaksanakan perubahan menyeluruh dalam negara kita ini, menerusi muafakat rakyat yang telah dipersetujui dalam penegasan bersama yang disebutkan dalam Platfom Dasar Bersama Pakatan Rakyat (Pakatan Rakyat Common Policy Platform) dan Dokumen Buku Jingga.

3. PAS juga amat berpegang dan memperjuangkan prinsip negara berkebajikan yang menuntut dilaksanakan keadilan Islam untuk semua dalam masyarakat, dan menolak sekeras-kerasnya tindakan yang berunsur kezaliman terhadap mana-mana rakyat dalam semua tindakannya samada di peringkat dasar parti atau kerajaan yang dipimpin oleh PAS.

4. Perbezaan pandangan DAP terhadap Enakmen Jenayah Syariah adalah berpusat di atas penafsiran bahawa ianya bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Persoalan penafsiran ini adalah suatu isu yang sangat relatif kerana wujud perbezaan ketara antara pandangan pengamal undang-undang kedua belah pihak, terutama kaedah untuk mengatasinya. PAS melihat soal tafsiran mana yang menepati peruntukan perlembagaan hanya akan dapat diputuskan oleh mahkamah perundangan.

5. Sehubungan dengan perakuan bahawa Enakmen Jenayah Syariah II (1993) Kelantan dan Enakmen Jenayah Syariah (2003) Terengganu yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri masing-masing, maka PAS melihat kerajaan negeri mempunyai hak bagi memperkanunkan undang-undang tersebut. Persoalan sejauh mana kesediaan Kerajaan Pusat memberi kebenaran merupakan perkara kedua yang perlu diselesaikan melalui proses yang sesuai dan munasabah. Rakyat Kelantan khususnya memilih PAS atas dasar Islam yang di bawanya, kerana itu mereka seharusnya diberi hak bagi mengamalkan ajaran mereka.  Sebarang usaha menghalang adalah bertentangan dengan semangat demokrasi yang dipersetujui bersama. Kini terpulang kepada kerajaan Kelantan bagi membawa Enakmen berkenaan di peringkat yang seterusnya.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS
30 September 2011

25 September 2011

Hudud bagi non-muslim

DSAI & Hudud


Saya tegaskan bahawa Pakatan Rakyat merupakan suatu muafakat utuh dan berlandaskan kejujuran mahukan Perubahan buat rakyat negara Malaysia. 

Oleh kerana itu, isu yang menyentuh kepentingan rakyat pastinya dibincangkan bersama kesemua wakil dari parti komponen serta keputusan yang dibuat merupakan pendirian bersama. 

Pun demikian Pakatan Rakyat berpendirian, setiap dari parti komponen sewajarnya mempunyai ruang untuk mengungkapkan keyakinan, faham serta ideologi terutamanya kepada pendokong mereka.

Saya sendiri telah merujuk ke mahkamah syariah berkaitan tuntutan qazaf, dan pimpinan Pakatan Rakyat tidak pernah pula menghalang. Hakikatnya hanya Menteri Hal Ehwal Agama Umno yang bertindak menghalang saya dari meneruskan tuntutan qazaf tersebut. Selain itu Dato’ Jamil Khir terpalit dengan tuduhan bahawa beliau menggunakan dana zakat bagi membiayai kos guaman kerana tidak memulakan pendakwaan terhadap Saiful Bukhari dalam tuntutan Qazaf saya. 

Permuafakatan Pakatan Rakyat bukanlah suatu bentuk usahama seperti Umno-BN yang sekadar mahu mendapat laba politik sehingga menafikan hak serta suara mereka yang tidak sehaluan.

Berkaitan hasrat Negeri Kelantan mahu melaksanakan hudud, saya berpandangan kita sewajarnya menghormati keputusan tersebut, namun pastinya ia tertakluk kepada beberapa perkara. Pertamanya persoalan Maqasid al Syariah, Matlamat Utama Syariah, iaitu menjamin keadilan untuk semua. 

Malah dalam karya saya yang berjudul Gelombang Kebangkitan Asia, tuntas saya ungkapkan keutamaan Maqasid al Shariah demi menjamin keadilan untuk semua. Justeru adalah baik untuk kita merenung beberapa aspek perundangan syariah yang berjaya dilaksanakan di Kelantan, maka tidak wajar buat saya menempelak atau meremehkan langkah tersebut.

Sebagai seorang Muslim, pastinya saya menjunjung tinggi perintah Allah SWT serta pesan-pesan Nya yang terkandung di dalam Al Quran. Apabila ditanya, apakah pandangan saya mengenai hudud di Malaysia dan isu berkaitan undang-undang syariah serta perlaksanaannya oleh mahkamah syariah di negara ini, jawab saya, dalam konteks masyarakat Malaysia, kita semua tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Oleh kerana itu perlaksanaan hukum Islam sewajarnya mengambil kira keberkesanan pentadbiran mahkamah syariah negara ini memastikan keadilan untuk semua. Menyentuh persoalan keadilan untuk semua, perlaksanaan undang-undang syariah semestinya menjamin hak bukan Islam tidak dicerobohi serta dizalimi. Saya menasihati rakan-rakan untuk meneliti kenyataan saya ini berasaskan muafakat yang tertera dalam Buku Jingga:

"Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153."


Namun apa yang saya kesalkan adalah hipokrisi Umno-BN memperalatkan isu hudud ini sebagai permainan politik. Pimpinan Umno-BN tidak pernah berhasrat membincangkan isu ini secara tuntas dan serius. Mantan perdana menteri, Dr Mahathir menolak bulat-bulat malah mempersendakan peranan undang-undang syariah serta beberapa pesan yang dianggap sebahagian dari sunnah Rasulullah SAW. 

Media yang dikuasai pemerintah pula mencanangkan kononnya undang-undang syariah sebagai suatu warisan zaman primitif. Harus diingat, pandangan beberapa kerat pimpinan Umno yang mempersenda hukum Islam ini sesungguhnya tidaklah mewakili umat. Waima mutakhir ini beberapa pimpinan Umno memperlihatkan diri sebagai jagoan memperjuangkan Islam, manakala seringkali pula mereka menuduh pimpinan Pakatan Rakyat sebagai pengkhianat agama dan bangsa, sedangkan yang sering dilaung-laungkan oleh pimpinan Umno-BN sekadar retorika membakar sentimen serta sering tersasar dari kehendak syariah yang mahukan kemaslahatan untuk rakyat. 

Candid : Pimpinan Kawasan & Sekretariat Parlimen di Rumah Terbuka YB Shuhaimi












23 September 2011

Dr Asri: Kelantan dan tanggungjawab hudud


Dr Mohd Asri Zainul Abidin
 
  
Apabila sebut hudud di Malaysia, ramai yang akan mengingati hasrat Kelantan untuk melaksanakan undang-undang tersebut. Ada yang menyatakan hasrat tersebut sekadar mainan politik, padahal tuduhan itulah mainan politik. Saya bukan anak Kelantan, tidak juga aktivis parti di Kelantan. Saya orang luar Kelantan yang sering diberikan peluang oleh Kerajaan Kelantan untuk melihat pentadbiran dari dekat.

Saya yakin bahawa dalam isu hudud hasrat Kelantan bukan main-main. Ia adalah hasrat yang terbit dari perasaan tanggungjawab perintah muslim terhadap ayat-ayat Allah dalam al-Quran dan nas-nas Rasulullah s.a.w dalam sunnah baginda. Saya sendiri mendengar perkataan YAB Menteri Besar Kelantan ketika ditanya tentang hudud, beliau menjawab: “Jika Allah tanya saya di akhirat, saya akan beritahu Kerajaan Pusat menghalang saya melaksanakannya”.

Saya lihat wajahnya, saya rasai kejujuran dan kebimbangan beliau yang diamanahkan pemerintahan mengenai hukum Allah berkenaan. Apa tidaknya, Allah menegaskan dalam al-Quran: (maksudnya)

“Ini ialah satu 'surah' yang Kami turunkan, dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat. Perempuan Yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman” (Surah an-Nur: 1).

Dalam al-Quran ada disebutkan beberapa jenis hukuman terhadap jenayah-jenayah tertentu; jenayah curi (Surah al-Maidah: 38), jenayah hirabah (Surah al-Maidah: 33), jenayah zina (Surah an-Nur: 3), dan qazf (Surah an-Nur: 4). Dalam hadis pula disebutkan hukuman sebat bagi peminum arak, buang daerah bagi penzina dan rejam bagi penzina muhsan, juga bunuh bagi yang murtad. Hukuman ini secara umumnya dikategorikan sebagai hudud. Walaupun begitu, ada perbincangan dalam kalangan sarjana mengenai kedudukan hukuman murtad, buang daerah dan rejam; adakah itu hudud atau ta’zir (discretionary punishment). Jika ia hudud bererti ia tidak boleh dipinda atau ditukar ganti. Jika ia ta’zir bererti ia terdedah kepada perubahan dan penilaian semula pihak pemerintah. Saya akan bincangkan nanti dalam artikel yang lain.

Niat Buruk

Usaha menggambarkan negara Islam atau design negara yang mendaulat Islam sebagai negara hudud adalah gambaran yang tidak tepat. Pihak musuh berniat buruk. Hudud bukan asas kenegaraan dalam Islam. Hudud adalah hukum Islam yang menjadi makanisme dalam mencegah jenayah. Asas kenegaraan dalam Islam menegakkan keadilan dan maslahatan negara berasas prinsip-prinsip al-Quran dan as-Sunnah. Keadilan dan kemaslahatan rakyat itu luas maksudnya, dan luas juga cara mencapainya. Tugas kepimpinan negara melaksanakan yang makruf iaitu segala unsur kebaikan dan kemaslahatan untuk rakyat. Dalam masa yang sama mencegah yang mungkar iaitu segala unsur yang membawa kemudaratan dan kemerbahayaan kepada rakyat. Firman Allah: (maksudnya):

“Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kemungkaran. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.” (Surah al-Hajj: 41).

Penafsiran perkataan ‘makruf’ dan ‘munkar’ hendaklah diluaskan dalam konteks kehidupan muslim secara umum, dan kenegaraan secara khususnya. Maka dalam negara Islam; keadilan ditegakkan merentasi batasan keturunan, pangkat dan kaum. Tiada beza antara hukuman terhadap sultan atau raja dengan rakyat biasa. Tiada beza antara orang besar dan orang bawah. Kemakmuran negara juga dibahagi secara adil dalam kalangan rakyat. Tiada rasuah, tiada salah guna kuasa. Kepentingan setiap individu dalam negara dipelihara, kemaslahatan mereka dijaga. Kebajikan negara meliputi setiap lapisan rakyat.

Hukum Allah

Tiada seorang yang beriman pun yang akan berani membantah nas-nas qat’i (definitive texts) sama daripada al-Quran ataupun as-Sunnah. Mempersendakan teks al-Quran ataupun as-Sunnah seperti sendaan sesetengah pihak apabila Kelantan ingin melaksanakan hudud dengan menyatakan ‘sesiapa yang ingin makan sup tangan sila ke Kelantan’ adalah melampaui batasan agama. Bahkan, jika pengucap sedar dan bermaksud menghina nas al-Quran dan as-Sunnah, maka dia terkeluar dari Islam.

Nas-nas yang qat’i (definitive texts) itu, sekalipun diyakini tanpa syak daripada Allah, namun para sarjana Islam sering berbeza pendapat dalam menafsirkan maksudnya, atau berbeza pendapat dalam memperincikannya. Ini disebut sebagai dalil yang zanni (speculative meaning).

Umpamanya, dalam hukuman memotong tangan pencuri, tiada siapa yang syak tentang kewajiban melaksanakan nas ini. Namun, para sarjana berbeza pendapat dalam menentukan syarat yang melayakkan seseorang dijatuhkan hukuman tersebut. Demikian juga dibincang suasana yang membolehkan hukuman itu dilaksanakan. Ini kerana terdapat nas-nas yang lain yang boleh menafsirkan hukuman ini. Membahaskan, ataupun meletakkan syarat-syarat yang layak sebelum perlaksanaan sesuatu hukum hudud itu, bukanlah bererti menolak hukum itu, sebaliknya memastikan perlaksanaan itu memenuhi maksud sebenar dari titah perintah Allah dan rasulNya yang disebut sebagai Maqasid al-Syariah (The Higher Objectives of Islamic Law).

Ini kerana bukan tujuan Islam ingin memastikan tangan pencuri itu putus, tetapi yang hendak dicapai ialah maksud keadilan, pencegahan dan pemeliharaan harta masyarakat di sebalik hukuman tersebut. Kaedahnya ditetapkan iaitu potong tangan. Maka, pelaksana hukum tersebut hendaklah memastikan bahawa apabila hukuman tersebut dilaksanakan, maksudnya dapat dicapai. Jika dilaksanakan, sedangkan maksud itu tidak dicapai, ataupun berlaku sebaliknya, maka itu tidak menunai tanggungjawab nas. Sebaliknya, hanya menzahirkan ketidakadilan, atau kekejaman atas nama Islam.

Suasana Kondusif

Suasana kondusif ialah suasana di mana apabila hukuman hudud itu dilaksanakan akan mencapai matlamat hukum itu disyariatkan. Tertegak keadilan, pencegahan dan pemeliharaan masyarakat. Suasana yang tidak kondusif ialah suasana di mana pelaksanaan hukuman tersebut membawa kepada natijah yang negatif kepada prinsip keadilan dan masyarakat Islam itu sendiri.

Nabi s.a.w bersabda:

“Jangan dipotong tangan (pencuri) ketika dalam peperangan”. (Riwayat al-Tirmizi dan al-Darimi. Hadis dinilai sahih oleh al-Albani).

Al-Imam Tirmizi (297H) ketika meriwayat hadis ini menyebut:

“Sebahagian ilmuwan berpegang dengan nas ini, antara mereka al-Auza’i, mereka berpendapat tidak dilaksanakan hudud ketika peperangan, berhadapan dengan musuh kerana dibimbangi individu yang dihukum itu akan pergi menyertai musuh…”.

Dalam riwayat Abu Daud: “Jangan dipotong tangan ketika pemusafiran” (Riwayat Abu Daud. Dinilai sahih oleh al-Albani).

Hadis di atas menunjukkan bahawa Nabi s.a.w mengarahkan agar hukuman tidak dilaksanakan dalam keadaan peperangan ataupun musafir kerana bimbang kesan yang negatif terhadap perlaksanaan itu disebabkan suasana yang tidak kondusif. Dengan melihat kepada nas yang seperti ini, maka persoalan persekitaran ketika hukuman hudud dilaksanakan perlu diambil kira.

Mewujudkan Suasana

Nabi s.a.w sebelum menegaskan tentang hudud, baginda mengujudkan suasana keadilan yang menyeluruh dalam masyarakat yang diperintah oleh baginda. Pemerintah dan rakyat sama setaraf di hadapan undang-undang. Tiada diskriminasi keturunan dan latar belakang. Suanana kebajikan; bantu membantu, tolong menolong antara masyarakat yang kukuh. Jaminan hak rakyat yang diberikan. Suasana halal yang mudah; mudah berkahwin, talak, fasakh, khuluk dan selainnya. Tiada alasan untuk lelaki ataupun wanita berzina. Sementara suasana haram yang diketatkan; sukar mendapat dan menebusi perkara haram.

Apabila suasana seperti ini wujud, maka tiada alasan rakyat memilih yang haram. Jika ada memilih yang haram juga, maka memang layak dihukum. Ini kerana pertama; dia telah mencemarkan suasana harmoni yang telah diwujudkan. Kedua; dia mempunyai penyakit jiwa yang berat yang condong memilih buruk sekalipun sukar dan menolak yang halal sekalipun mudah.

Perjuangan penting kita pada hari ini, ialah mengujudkan suasana yang kondusif ini sebelum sesuatu undang-undang ini dilaksanakan. Ini kerana, jika undang-undang hudud dilaksanakan; dihukum orang bawahan; dilepas orang atasan, dihukum penzina; diketatkan perkahwinan serta disusahkan talak dan fasakh, dihukum peminum arak, digalakkan gambaran arak, dihukum pencuri; dihalang hak rakyat serta dibiarkan rasuah dan salah guna harta negara dalam kalangan golongan atasan, dihukum pemberontak; dibiarkan kezaliman penguasa dan seterusnya, sudah pastilah hudud tidak dapat dilihat keindahannya.

Bahkan jika dilaksanakan hudud dalam suasana yang seperti itu, hanya membinasakan masyarakat. Rasulullah s.a.w menyebut:

“Wahai manusia! Sesungguhnya binasa orang yang terdahulu daripada kamu kerana mereka itu apabila seorang bangsawan dalam kalangan mereka mencuri, dia dibiarkan. Apabila seorang yang lemah dalam kalangan mereka mencuri, dilaksanakan hukum ke atasnya. Demi Allah! Jika Fatimah anak Muhammad (puteri Rasulullah) itu mencuri, nescaya ku potong tangannya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Di Kelantan suasana kondusif untuk hudud terikat bukan sahaja dengan persekitaran dalam negeri tetapi juga dengan pentadbiran pusat. Selagi Kelantan tidak mendapat kerjasama Pusat sepenuhnya, tidak mungkin suasana kondusif itu dapat diwujudkan. Selepas itu banyak lagi perkaitan lain yang mesti dilangsaikan sebelum dilaksanakan. Maka, bukan menjadi kesalahan Kelantan jika beberapa hukuman hudud tidak dilaksanakan disebabkan keterbatasannya.

Kelantan telah memainkan peranan mempromosi hukuman itu. Walaupun masih terbatas disebabkan banyak kekangan, namun apa yang penting hukuman itu dibahaskan, dibincangkan dan dipromosikan. Ijtihad-ijtihad baru juga perlu dilihat bagi mencapai maksud keadilan jika ia dilaksanakan. Saya akan bahaskan dalam artikel yang akan datang insyaAllah... harakahdaily

20 September 2011

Tradisi kempen "lidak biawak"


Anda orang bijak pandai, baca dan nilailah pandangan ini, mungkin ada manafaatnya kepada pimpinan, ahli & penyokong PAS, DAP & PKR dalam menghadapi PRU 13 nanti walau pun ia hanya pandangan dan kajian dari seseorang.
Profesor Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin meramalkan bahawa BN akan memperoleh kejayaan lebih besar di dalam pilihan raya umum ke 13 terutamanya di Sabah dan Sarawak.
“Tan Sri Taib Mahmud kuat mencengkam undi masyarakat Bumiputra di Sarawak,” kata Shamsul yang mengetuai Institut Kajian Etnik di Universiti Kebangsaan Malaysia
Bagaimana pun, beliau merasakan bahawa sokongan pengundi Kristian boleh mengubah keputusan pilihan raya Sabah dan Sarawak.
Beliau meramalkan Pakatan Rakyat akan menghadapi kesukaran menambahkan kerusi yang mereka menangi dalam 2008.
“Mereka akan menang 70 -75 kerusi Parlimen dan menghadapi kesukaran di kerusi campuran.” tambahnya.
Dalam pilihan raya umum 2008, Pakatan Rakyat menang 82 kerusi Parlimen selain menguasai kerajaan negeri Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Kelantan dan Perak.
Bagaimanapun, BN merampas semula Perak setelah tiga Adun – dua PKR dan seorang DAP melompat dan menyokong BN.
Tuntutan bertindih
Beliau turut menjelaskan bahawa tuntutan parti komponen Pakatan Rakyat banyak bertindih.
“PAS mahu bertanding lebih banyak kerusi termasuk kerusi campuran. DAP pula mahu semua kerusi majoriti Cina.
Beliau menambah bahawa PKR tiada kepimpinan yang kuat.
“Anwar Ibrahim ialah pemimpin Pakatan bukan PKR.”
Shamsul turut ditanya berkenaan peluang kedua -dua pakatan politik untuk menerajui kerajaan negeri.
Ini kerana di dalam pilihan raya yang lepas BN tumbang di Kelantan, Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang.
“BN tidak ada pemimpin di Selangor. Kesemua yang ada kini mempunyai rekod buruk berbanding calon pemimpin Pakatan.”
Justeru itu beliau yakin Pakatan Rakyat akan terus memegang tampuk pemerintahan Selangor.
Sementara itu di Pulau Pinang, Shamsul berkata DAP perlu memberi tumpuan kepada undi Melayu.
‘Persaingan sengit untuk undi Melayu di kawasan majoriti Melayu akan berlaku terutamanya di kawasan Balik Pulau dan kawasan majoriti Melayu di tanah besar,” ulas beliau dengan lebih lanjut.
Beliau, bagaimanapun meramalkan Pakatan akan terus tampuk kepimpinan negeri tersebut.
Di Perak pula Shamsul meramalkan rintangan untuk parti komponen Pakatan Rakyat.

“DAP perlu sedar bahawa ia tidak boleh dengan undi Cina semata-mata. PAS pula berangan-angan memperoleh tampuk kepimpinan sepertimana yang berlaku di dalam pilihan raya lepas manakala PKR pula ialah ‘second hand party’.
Ini kerana pendirian PKR tidak dipandang serius dan ia merupakan parti yang menghimpunkan tokoh NGO dan juga bekas ahli Umno yang dikecewakan Shamsul turut menambah bahawa kempen DAP yang mahu memonopoli undi Cina akan turut membawa bala kepada Pakatan Rakyat.
“BN akan menarik undi penyokong PAS di peringkat akar umbi dengan lebih mudah kerana mereka akan mengatakan bahawa kerajaan tidak boleh dibentuk.
Lagipun, semakin kuat wakil Cina DAP bersuara, undi Melayu akan berpecah menyebabkan masyarakat Melayu peringkat akar umbi lebih selesa mengundi Umno.
Sementara itu bekas ketua penyelidik di Pusat Inisiatif Dasar (CPI-Asia), Lim Teck Ghee menjangkakan Umno akan menggunakan kempen ‘lidah biawak’ untuk mendapatkan undi.
“Berdasarkan rekod lepas, Umno-BN akan memperlihatkan sebagai parti berbilang kaum, liberal dan progresif di peringkat nasional tetapi di peringkat akar umbi akan cenderung memainkan isu agama dan perkauman,” kata Lim.

Sedarlah kekuatan ditangan kita

18 September 2011

Umno Selangor boleh tutup buku

Di UiTM semalam Najib telah mengaku yang BN telah insaf di atas segala kesalahan yang telah dilakukannya semasa memerintah negeri itu sejak merdeka dahulu. Dengan kenyataan itu maka kita dapat menyimpulkan yang BN memang telah melakukan kesalahan sebagai parti yang memerintah negeri Selangor dan dengan itu rakyat Selangor telah mengenepikan mereka dalam pilihanraya yang lalu.


Jika BN telah mengaku kesalahan itu kenapa pula parti-parti pembangkang yang dipilih oleh rakyat Selangor itu menjadi ‘punching bag’ bagi UMNO dan BN. Kenapa pembangkang dipersalahkan jika BN mengaku kesalahan itu letaknya dibahu BN. Kenapa yang bersalah menghemtam yang tidak bersalah? Itulah yang menjadi masalah kepada BN. Mengaku bersalah tetapi pihak lain pula yang dihentam setiap hari dan waktu.


Baca lagi di BN Selangor - bermimpi di siang hari

15 September 2011

Najib mansuh ISA kerana tekanan rakyat & PRU13

Najib melakukan apa sahaja untuk memastikan BN dapat mempertahankan Putrajaya.

Sebentar tadi beliau mengumumkan akan memansuhkan akta ISA sempena sambutan Hari Malaysia esok. Tidak dinafikan jika tersilap langkah orang akan berpusu-pusu memuja Najib dengan tindakan drastiknya ini.

Tetapi harus diingat bahawa Najib sebenarnya semakin terdesak melihat kebangkitan rakyat yang semakin meluat dengan tindak tanduk pemimpin Umno dan Barisan Nasional mentadbir negara selepas 3 tahun diberi amanah oleh rakyat. 

Rakyat marhaen terus tersepit dengan kenaikan harga barang yang tidak dapat dikawal dan barisan kabinetnya pula gagal meyakinkan rakyat bahawa ekonomi negara akan pulih walau pun diberi mandat sekali lagi pada PRU 13 akan datang.

Najib juga sedar bahawa ini lah masa yang paling sesuai untuk beliau memansuhkan akta ini walau pun telah didesak puluhan tahun oleh PAS, DAP dan terbaru PKR, kerana jika ini tidak dilakukan sekarang semasa pemerintahan nya akta ini tetap akan dimansuhkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat jika berpeluang mengambil alih Putrajaya seperti yang dicatatkan dalam manifesto Pakatan rakyat dalam buku jingga.

Pandangan Mat Sabu

KOTA RAJA - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, bersetuju dengan nasihat Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Perdana Menteri supaya menangguhkan dahulu Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). 


Bagaimanapun berbeza dengan alasan bekas Perdana Menteri itu yang mahu pilihan raya ditangguhkan untuk memberi masa cukup bagi Datuk Seri Najib Tun Razak meneliti dan mengenal pasti calon terbaik bagi mewakili Barisan Nasional (BN), Mat Sabu sebaliknya menyatakan, persetujuannya bersyarat. 

“Syaratnya ialah supaya daftar pemilih dibersihkan dahulu, baru buat pilihan raya. Itu yang kita mahu,” katanya kepada Sinar Harian selepas menyampaikan ceramah di sini malam semalam. 

Menurutnya, daftar pemilih diguna pakai sekarang diragui kerana dikaitkan dengan banyak isu, kerana itu PRU-13 wajar ditangguh. 

“Tindakan perlu diambil untuk membersihkan daftar pemilih Selangor. Apa berlaku di negeri ini juga pernah dilaporkan berlaku di Sabah,” katanya. 

Bagi Pas, kata Mat Sabu, kalah atau menang pilihan raya perkara biasa. 

“Tetapi cukup berbahaya apabila rakyat tak boleh terima keputusan pilihan raya yang daftar pemilihnya diragui,” katanya. 

Mat Sabu berkata, pembangkang tiada masalah, jika rakyat membuat keputusan memilih BN setelah pilihan raya dijalankan secara bersih dan adil. 

“Kalau rakyat nak pilih mereka, tak mengapa tapi biarlah segalanya berjalan secara saksama, kita diberi ruang juga untuk berkempen termasuk di media elektronik,” katanya..... Sinar Harian

13 September 2011

Live : Ucapan Mat Sabu di Stadium Kota Raja.







Ketika ini Stadium Kota Raja penuh sesak

Pada ketika ini semua penceramah termasuk Abg Mat Sabu, YB Khalid Samad dan YB Dr Siti Mariah telah berada dipentas.

Kini Pengarah Pilihanraya PAS Selangor merangkap YDP En Jaafar Samsuddin sedang menyampai ucapan yang membongkar kepincangan SPR yang mendapat tepukan gemuruh setiap kali beliau memberikan fakta tentang penipuan terancang untuk merampas kembali Selangor dan mengekalkan Putrajaya pada PRU 13 akan datang.

Sebelum itu TYDP Sdr Norhalim menyampaikan ceramah beliau dan kini YB Dr Siti Mariah sedang menyampaikan ucapan.





Pentas Mat Sabu sudah tersedia





Tepat jam 9.00 mlm ni, Stadium Kota Raja ditengah-tengah Bandar Di Raja Klang pasti bergegar dengan Ceramah isu-isu terkini oleh  pemidato terhangat masa kini.

* YBHG TUAN HJ MOHAMAD SABU
   Timblan Presiden PAS


* YB IR HAJI KHASLID SAMAD
    Ahli Parlimen Shah Alam


* YB DR SITI MARIAH MAHMUD
   Ahli Parlimen Kota Raja (tuan rumah)

Bermula hari Sabtu yang lalu dan malam semalam ketika peugas PAS membuat persiapan terakhir dengan memasang berndera PAS di sekitar Litle India berhampiran Stadium, Polis Klang menunjukkan sikap profesional yang tinggi terhadap kami.

Polis cuma memberikan syarat mudah kepada kami selaku penganjur (jangan hentam Polis) dan kami amat menghargai sikap Polis Klang pada kali ini dan pada majlis sebelum ini semasa pelancaran Jentera Pilihanraya PAS yang lalu.

Setakat ini hanya 1 banner kami yang hilang iaitu berhampiran Stesyen keretapi Klang, yang lain termasuk bendera yang dipasang malam tadi semua OK dan megah berlibar.










Sidang Media MP Pakatan Rakyat


image
image
image

Isu Jk Pilihan Khas Mengenai Reformasi Pilihanraya:- Tidak mengadakan pilihanraya sehingga JK ini menyelesaikan Laporan Reformasi Pilihanraya.- Menetapkan tarikh pilihanraya secara bersama. Parti Kerajaan dan Pembangkang telah diamalkan di negara negara di UK dan di bawa ke Parlimen dan diputuskan.- Ruang waktu yg sewajarnya kepada JK ini.- Status Kerakyatan Warga asing menjadi Pemilih.
8 Tuntutan BERSIH 2.0 perlu diambilkira dan ada 4 tuntutan yang boleh dilaksanakan oleh SPR tanpa perlu di bawa kepada JK.
Turut hadir YB Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai), YB Antony Loke Siew Fook (Rasah), YB Dato’ Kamarudin Jaffar (Tumpat), YB Siti Zailah bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), YB Dr Siti Mariah bt Mahmud, YB Ustaz Firdaus Jaafar (Jerai).

10 September 2011

Bersama Abg Mad Sabu : Ayuh Kita Gegar Kota Raja


Gambar : sambutan panas terhadap Ceramah Abg Mad pada ketika ini yang telah diadakan ditempat lain.




08 September 2011

Selamat menonton kelaku buruk umno

Kenangan lalu Umno & Communist Party of China


Umno and the Communist Party of China (CPC) yesterday agreed to have youth leadership exchanges so that the youth leaders of both countries can have a better understanding of the economic and social development taking place in Malaysia and China.  
Umno secretary-general Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, who signed a memorandum of understanding (MOU) on behalf of Umno on co-operation between Umno and the CPC in Beijing yesterday ...

06 September 2011

Nazri brought good news to MCA

Nazri Aziz yesterday brought good news to the MCA. If the party lost the elections, they would be appointed also to participate in the government cabinet. 

They can be appointed through the appointment as members of the Senate which they are appointed to the board of the Federal Government Minister. 

In reality it means that voters need not bother to vote because their party would be brought into the Cabinet of the Federal Government. Thus the Government in Lower Najib will be strengthened, Ministers who come from groups in the 'reject' the people. 

05 September 2011

Sediakan platform Road Show Abg Mat diseluruh Malaysia


Sekarang ini giliran PAS pula diserang oleh Umno. Siang malam, pagi petang Umno melalui Utusan Malaysia dan TV3 memperhebatkan serangan keatas PAS.
Sasaran mereka ialah Timbalan Presiden PAS Tn Hj Mohamad Sabu. 
Hari ini Abg Mat menjadi tersangat terkenal seantero pelusuk seluruh Malaysia. Berita mengenai beliau terpampang didada-dada akhbar arus perdana hampir setiap hari.
PAS khususnya mesti pandai mengambil kesempatan ini menjelang PRU 13 yang hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi.
Pada ketika Abg Mat sangat popular melebihi rangking Perdana Menteri Najib yang sudah turun merudum populariti pada ketika ini, PAS dan Pakatan Rakyat mesti menggunakan sepenuhnya khidmat Abg Mat untuk mengadakan roadshow diseluruh Malaysia termasuk Sabah dan Serawak pada ketika ini.
Penulis amat yakin bahawa populariti Abg Mat hari ini akan mampu menarik ribuan pendengar pada setiap ceramahnya termasuk mereka yang terdiri dari orang atas pagar dan juga Umno totok.
Aturkan ceramah Abg Mat setiap waktu, pagi, petang siang, malam diseluruh pelosok tanah air termasuk Sabah dan Serawak dan biarkan Abg Mat menelanjangi keburukan Umno dan Barisan Nasional kerana Umno memang busuk hingga keusus.
Transkrip ucapan Mohamad Sabu di Padang Menora , 21 Ogos 2011 yang dijadikan isu oleh media dan pemimpin Umno...Editor harakahdaily.
Assalamualaikum.
Alhamdulillahirobbil Alamin, Wassalatuwassalamu Ala Ambiya’i Walmursalin, Wa’ala Alihi Wasohbihi Ajma’in.
Yang Mulia Saudara Pengacara Majlis, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang, Setiausaha Agung DAP yang baru meninggalkan majlis kita, Alfadhil Dato’ Dr Mahfoz Muhammad, Naib Ketua Dewan Ulama PAS, juga Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Ustaz Khalid Man Timbalan Pesurujaya, Seluruh Ahli-ahli Jawatankuasa Peringkat Perhubungan Negeri, Seluruh Jawatankuasa PAS Kawasan Tasik Gelugor, Seluruh Jawatankuasa Pemuda , Muslimat dan Seluruh  Alim Ulama , Rakan-rakan daripada Parti Keadilan, Para hadirin hadirat, Muslimin Muslimat yang dihormati sekalian.
Alhamdulillah, sekali lagi kita dapat bertemu pada malam ini, Insya ALLAH lepas raya ni boleh berdiri eloklah kot, aaaa….dah seminggu saya buang kerusi roda, sekarang dah boleh pakai tongkat… aa..jadi lepas raya ni  jadi Pak Maunlah , boleh buang tongkat…
Itu adalah dalam perjuangan ini, nasib saya macam tu nak buat macam mana, aaa….kalau kita nak ikut pasai apa tak kena semua orang….kita, redha dengan apa yang ALLAH uji kita dalam perjuangan ini… saya sendiri “ISA” kena  2 kali….bicara kes mahkamah ni…setakat la 5 kes…..dah menang  dah … 4 , tinggal satu lagi, hak nak mai kedepan hak kita nak saman tu berlambak lagi ,  jadi saya hadapi nasib macam tu …dalam perjuangan ini….nak buat camna…kalau ditahan di balai polis, lokap tu ….selalu lah, Cuma kita rasa apa yang dilalui itu adalah perkara yang kadangkalanya terpaksa,  untuk kita membuat pembaharuan …politik tentulah melalui perjuangan , bukan melalui hamparan permaidani merah…
Hadirin yang dihormati sekalian, sebelum saya pergi kepada perkara-perkara yang  saya nak sampaikan    saya lancarkan dulu kutipan derma pada malam ini, untuk tuan-tuan membantu perjuangan kita, para petugas diminta untuk bertemu dengan mereka yang hadir pada malam ini.
Alhamdulillah bulan Ramadhan, ramai begini hadir dalam majlis penerangan kita, petugas bertemu dengan setiap mereka yang hadir….ini malam sepuluh terakhir, sebarang sedekah jariah kita untuk perjuangan mendaulatkan Islam , menegakkan keadilan, menentang kemungkaran akan mendapat ganjaran di sisi ALLAH Subhanallahu Taala. Para petugas bertemu dengan setiap mereka yang hadir, saya akan cuba terus memberi ucapan.
Isu kemalangan Bersih
Hadirin hadirat yang dihormati sekalian, saya ditempat lain saya tak terangkan  hal kemalangan yang saya lalui , tapi ini kampung saya….Jarak, jadi yang ada ni kawan-kawan, adik-beradik, saya terangkanlah sikit …hadirin sekalian.
Dalam televisyen itu….Pengarah Keselamatan Dalam negeri berbohong, dia tunjuk dengan tourch light yang tu….tengok….kereta pajero tak langgar pun Mohamad Sabu, …..saya buat repot polis 14 julai, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri buat kenyataan 22 , dia tak baca repot polis saya….saya dilanggar oleh kereta polis jenis waja….bukan pajero, kemudian dia kata saya jatuh langgar divider….lagi bohong….kereta polis yang belah kepala lutut saya….kemudian dia kata saya berlakon duk atas kerusi roda, dia bukan doktor….lagi dia cakap lagi dia bohong…..lagi dia cakap lagi dia bohong….sepatah tak mai minta maaf sampai hari ini…..dan dia berbohong dalam televisyen…seluruh rakyat Malaysia dengar. Saya jawab dalam majlis ceramah, dalam surat khabar Harakah, surat khabar Keadilan, tapi hadirin sekalian oleh kerana mereka berbohong terlalu banyak, sekarang ni….cakap polis pun orang tak percaya…betui ke dak? ….tambah cakap Najib lagi bohong…aaa tu lah….apa….siakap senohong gelama ikan duri, selalu cakap bohong, lama-lama jadi menteri….
Hadirin sekalian, saya sebut bahawa semasa saya dibawa ke hospital….General Hospital , berada dalam lokap di Jinjang, nak ambik wudhu’ , nak pegi bilik air…nak buat statement polis….nak cop jari….semua dipapah oleh polis…..2 orang kiri-kanan, sebab tak boleh jalan…..dan polis yang papah saya tu….saya ucap terima kasihlah….mereka khidmat sungguh, saya nak bergerak ja dia tau saya tak boleh jalan, dia mai angkat…aaa  sampai dah dibebaskan 10 malam….saya diletakkan dihadapan lokap…..orang lain semua berjalan kaki keluar, saya tak keluar …..kereta masuk ambik….itu pada hari sabtu, hari isnin saya pergi ke doktor pakar….doktor pakar …aaa..KPJ Hospital dekat rumah di Shah Alam….dia check , didapati ligament hak orang panggil … urat belakang lutut tu terkoyak…..kena buat pembedahan. Dia nak buat pembedahan hari tu, dia tak boleh buat sebab darah saya cayak….duk makan desprin (sebenarnya Aspirin)….pasal ada hal jantung…..dia kata kena berhenti makan desprin (sebenarnya Aspirin)….4 hari , mai sini , kita nak buat pembedahan….hari Jumaat 15 hari bulan…masuk bilik pembedahan…..pukul 2 petang….pukul 4 keluar dari bilik pembedahan….iaitu dia bubuh satu skru….2 inci setengah….ke dalam lutut ni…jadi saya suruh doktor  bubuh skru sebab saya nak berlakon….hadirin sekelian…pelak….sampai rupa ni….pemain sampai macam tu….jadi hadirin sekelian lepas bubuh skru tu….3 hari lepas tu baru boleh lah menapak…dan Alhamdulillah sekarang dah boleh berjalan dah…..Cuma nak naik …..naik tangga turun tangga tu kenalah bantuan tongkat sikit… Alhamdulillah, lepas raya ni kembali pulih lah kot….boleh berjalan dan boleh bekerja lagi dalam ….dalam parti , dalam perjuangan ini….
Hadirin hadirat yang dihormati sekelian….Oleh kerana dia tak minta maaf sampai hari ni, lepas ni akan diikuti lah dengan tindakan mahkamah….Saya sepanjang dalam perjuangan ni tak meniaga , jadi nak kaya lepas ni …dengan saman jer lah….haaa ….Insya ALLAH….peguam-peguam duk kata …kami banyak dah orang yang nak ambik kes saya ni….hak kes pecah cermin kereta tu…menang di  peringkat Juru, kemudian pihak pendakwa buat rayuan di Mahkamah Tinggi….5 hari bulan ogos, bulan puasa ni jugak….hakim Mahkamah Tinggi mengatakan…keputusan Mahkamah Majistret Nibung Tebal…betul…..iaitu Saudara Mohamad Sabu ni perlu dibebaskan….dan tak perlu membela diri….kita tengoklah , kalau keadaan sesuai peguam kita akan dakwa pulak….kita akan tuntut…pecah cermin dan juga sebagainya….itu serah lah pada peguam hadirin sekelian….jadi saya….terima kasihlah kepada doa tuan-tuan semua….sebab saya banyak melalui kes-kes mahkamah….haaa …..Dato’ Seri Anwar teruk lagi…jadi saya ni peringkat  yang agak …kawan-kawan kata banyaklah juga hadapi kes-kes …mahkamah. Tapi, janganlah bimbanglah …kita takut pun mati, berani pun mati…..

Menjelang Merdeka
Hadirin yang dihormati sekelian….sekarang ini pemikiran rakyat….sudah mula berubah….mereka tidak lagi di awal merdeka dulu…aaa…sekarang kita ni….suasana nak sambut merdeka, kita tengok takda orang pun bawa bendera di kereta,…. Ada… setengah tu kereta dia bubuh dekat 200 bendera, tu  hak jenis masuk ayak dalam kepala tu….haa…hak jenis tu ada….tapi orang biasa , saya tak nampak pun….sebab rakyat tak berasa sambut merdeka….sambut merdeka seolah-olah perayaan umno….betul ke dak?  Sepatutnya tokoh pejuang kemerdekaan kena masuk dalam televisyen….kalau nak buh Tengku Abdul Rahman, Dato’ Onn pun takpalah…..kena letak juga Dr Burhanudin, kena letak juga Ustaz Abu Bakar Al Bakir, kena letak juga Dato’ Ahmad Bustamam, kena letak juga Dato’ Ibrahim Yaakob, kena letak juga perjuangan-perjuangan seperti Mat Kilau dan sebagainya…..ini penentang-penentang British….tapi bila merdeka , Tengku Abdul Rahman , Dato’ Onn , Tengku Abdul Rahman , Dato’ Onn…..kalau gitu umno lah yang layak…..betul ke dak?
Di negeri orang lain , sambut merdeka rakyat ambik bendera letak di pintu rumah masing-masing ….kalau kita pegi Indonesia, di Thailand….tak kira parti politik, pembangkang ke …..kerajaan ke , bila merdeka ni rakyat yang menyambutnya….di Malaysia ni kita tak rasa sambut merdeka, rakyat sambut …..macam umno sambut , bahkan berlaku beberapa tahun lepas di mana Majlis Daerah Raub mintak supaya semua parti politik buat perarakan hari merdeka, maka ….aaa….PAS di Raub itu kebetulan ahlinya banyak bekas-bekas tentera berlatih lah berkawat….elok tak kiralah berkawat puak-puak tentera ni…..banyak duk dalam PAS….nak sambut merdeka di majlis bandaran, sehari sebelum merdeka….mai surat….PAS tak boleh terlibat dalam sambut merdeka….haaa…..ni hadirin sekelian yang berlaku…..
Ertinya sambut merdeka ni seolah-olah kepunyaan umno….sebab tu kita lihat tulisan-tulisan, blog-blog kebelakangan ni….anak-anak muda kata …umph sambut buat apa…bendera pun dia kata serupa bendera Amerika….lagu negaraku pulak….lagu Hawai….kemudian diterjemahkan lagu jadi  Terang Bulan di Indonesia….kemudian jadi lagu Negaraku…mula-mula  saya ingat budak-budak ni melawak….hari tu anak saya tunjuk…dia bukak YouTube…dia kata ayah dengak….ini lagu Terang Bulan di Indonesia….ini lagu Negaraku….hundred percent serupa……ertinya lagu ni lagu di ambik daripada lagu Terang Bulan , bukan lagu patriotik apa-apa pun….sebab tu kita harap….takpalah dah guna pakai nak buat macamana
…tapi kita lihat cara yang dibuat itu memang banyak yang tak kena….bila hari merdeka nanti tunjuklah filem Bukit Kepong….Bukit Kepong polis itu….polis British…hak serang Bukit Kepong tu lah pejuang kemerdekaan….ketuanya Mat Indera….Melayu…..tetapi semua sejarah itu ditutup…..Jins Samsudin buat filem….Jins Samsudin tu umno….cerita Bukit Kepong hak serang Balai Polis tu penjahat…..polis tu polis British, sebelum merdeka, negara kita diperintah oleh British…..tapi dibuat filem yang hero hak pertahan balai polis, hak serang tu pengganas, padahal Mat Indera….ketua penyerang balai polis itu….dan akhirnya dia dihukum gantung di Jail Taiping ….
Begitulah jugak…Tok Janggut , Tok Janggut ni lawan British….tapi sebelum British nak….nak bunuh dia, dia menghasut Sultan Kelantan …untuk mengisytiharkan Tok Janggut sebagai penderhaka….bila isytihar Tok Janggut sebagai penderhaka , barulah Tok Janggut di hukum gantung di Pasir Puteh, Kelantan.
Semua sejarah negara kita mohong….bohong ada, dulu kita duk menyanyi di Jarak tu….rupanya cikgu tu mohong (bohong) kita….cikgu tu pulak Kemeterian Pelajaran mohong dia….jadi , depa duk lawan mohong lah para hadirin sekalian….jadi sejarah kemerdekaan tak kena hadirin sekelian….sebab tu kita tengok pegawai British jadi pejuang kemerdekaan, lawan British jadi jahat….siapa pegawai British? Dato’ Onn , Tengku Abdul Rahman. Itu pegawai British…hak lawan British…hak tu pula jadi pengganas… Abu Bakar Bakir pengganas… Dr Burhanudin pengkhianat, kemudian Rashid Maidin komunis….semua hak lawan British jahat…hak sokong British hero….ini pelik bin ajaib….hak lawan British tulah pejuang kemerdekaan…
Takpalah kita ambik alih Malaysia esok…kita ubah balik sejarah nie….boleh ke dak? Bukan kita nak memihak pada siapa….bagi hak betul…kalau kemerdekaan di tangan Tengku Abdul Rahman….ya!....tapi perjuangan kemerdekaan bukan mereka….pejuang-pejuang kemerdekaan kebanyakannya merengkok dalam penjara, di antara mereka lari menyelamatkan diri ke Indonesia, termasuklah Ibrahim Yaakob…kerana nak ditangkap oleh pihak British….
Pembangunan
Hadirin yang dihormati sekalian, begitulah juga hal pembangunan….pembangunan kalau dulu memanglah…umno berkempen, saya sebut selalu mudah…dulu mana ada jalan….La Jarak nak pegi Lunas 15 minit boleh sampai , siapa buat jalan ni? ….umno….haaa….dia senang….macam tu….ceramah zaman Sulaiman Palestin….zaman Dato’ Mat Said….dulu nie…..dia mai ceramah gitu……kita nganga dengak….tali ayak Jarak tu siapa buat? …perikatan….ha ini zaman-zaman begitu….sekarang hadirin sekelian….ceramah dan penerangan macam tu dah tak boleh….rakyat nak pembangunan, rakyat nak pembaharuan….yang rakyat tak mahu penyelewengan dan rasuah….haaa ini yang rakyat tak mahu…..rasuah tak mahu, penyelewengan tak mahu….kalau harga sekolah 20 juta , buat dengan belanja 20 juta….kenapa jadi 30 juta? Kenapa perlu “mark-up” price? Naikkan harga 10 juta….beri kat sapa wang ini? …ha ini yang rakyat tak mahu ….sekolah rakyat mahu dak? …mahu….makmal komputer , rakyat mahu…..tapi kenapa buat…rakyat, anak murid belum masuk….dah runtuh, stadium…..rakyat mahu….nak tengok bola, nak bersukan….tapi kenapa stadium bina , tak sampai setahun runtuh…pasai apa jadi macam tu….? Sedangkan kita tengok bangunan, kita tengok tu Padang Kota….bangunan tu 80 tahun, 100 tahun, sampai la duk kukuh…..Bank-bank duk pakai …British buat dulu….bangunan buat lepas merdeka ni….haaa….retak , pecah ….kerana apa?
Rasuah dan penyelewengan
Rasuah dan penyelewengan berlaku….ini perubahan pemikiran rakyat , sebab itulah dalam satu forum….anjuran KrangKraf , Sinar ….Surat khabar Sinar…di Shah Alam baru-baru ini….yang hadir ialah Dato’ Ambiga , seorang lagi aaaa… Saifudin Abdullah, Timbalan Menteri….Timbalan Menteri daripada umno….kemudian seorang lagi Dato’ Wan Ahmad daripada SPR…..dan seorang lagi Professor Shamsul Amri….yang rambut panjang tu….Professor Shamsul Amri mengatakan BN sekarang …bukan menghadapi rakyat seperti tahun 60an…..rakyat telah berubah dan rakyat telah faham apa dia pembangunan dan sebagainya…maka BN menghadapi penghakisan sokongan rakyat….kalau penyelewengan terus berlaku…..ini di antara petikan kata-kata Professor Shamsul Amri….beliau mengatakan masalah yang umno hadapi sekarang ini ialah….umno berkempen di tahap lama….pemikiran rakyat telah berubah ke tahap baru…mereka masih lagi di takuk lama , iaitu soal siapa buat pembangunan, siapa itu semua….sedangkan pemikiran rakyat telah maju kehadapan….Ini kata Professor Shamsul Amri….
Pilihan raya
Hadirin yang dihormati sekelian, macam dulu kita masuk pilihanraya….bila kalah kita kata takdir , nak buat macamana….kita dapat undi macam tu….sekarang kita akui undi kita tak cukup, tapi kenapa tak cukup? Di antaranya kita tak boleh beri penerangan kepada orang ramai….media tidak adil….ini tuntutan yang dituntut kebelakangan ini ….soal keadilan media ….contohnya , Pengarah Keselamatan Dalam Negeri mengatakan , saya tak dilanggar oleh Pajero….takdak kemalangan….dia berbohong….saya takdak peluang untuk jawab dalam televisyen….kalau saya boleh jawab saya kata…..saya dilanggar pada hari itu oleh Waja….maka rakyat dapat dua penerangan….satu penerangan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri….satu penerangan saya , maka rakyat bebas untuk buat pertimbangan…..sekarang rakyat yang boleh buat pertimbangan….rakyat yang mari dengar ceramah malam ni……sebab dia dah tengok televisyen , dia dengar penerangan saya…..macamana rakyat Ijok? Macamana rakyat Selama? Macamana rakyat Parit? Pahat? Padang Tongson?  ….aaaa……hak tak mai ooo…. Ceruk Kudong….Kupang,  Merbau Kudong ka apa semua dalam nu…..ayak melintas…yang tak mai dengar penerangan kita, dia percaya lah kepada apa yang tv bagi tau…
Di sinilah berlaku ketidak ….ketidak adilan media…bukan kita nak apa yang kita cerita mesti rakyat percaya….kita juga nak apa yang pemerintah cerita mesti rakyat percaya….yang pentingnya, kedua-dua dapat peluang memberi penerangan….inilah keadilan media yang kita tuntut….misalnya mereka menyerang , sekarang ini…. PAS alat DAP , naik sepanduk di Terengganu….sepanduk merata kampong , kalau Umno kalah , DAP lah yang menang…..sedangkan di Terengganu , DAP satu kerusi pun tak bertanding….yang bertanding PAS lawan Umno….adalah Keadilan satu dua…. Tu pun Melayu , tapi dia naik sepanduk, kalau Umno kalah ….DAP menang , setengah-setengah orang kampong yang dia tak faham, dia kata habislah…kalau Umno kalah , apa nak jadi Melayu ni…..inilah kata Professor Shamsul Amri….iaitu BN masih bertahan di takuk dengan memperbodohkan rakyat,  sedangkan rakyat bandar,rakyat Internet, rakyat blog…..dah mula mendapat maklumat yang lain….
Oleh itu Barisan Nasional bertahan….undi di kampong-kampong , di pendalaman, tidak lagi di bandar-bandar , saya sebutlah kalau di sebelah bandar sekarang ni…..Shah Alam ka? Petaling Jaya ka? Sebut umno pun orang geli, anak-anak muda…..kamu ni umno ka? ….eeeee….dia geli dengar…..tapi kot Jarak ni, sebut umno dia tak geli lagi….tapi anak-anak muda bandar , dia tau sejarah , dia baca internet, dia tengok laporan semua …..rupanya banyak  berlaku pembohongan sejarah….
BERSIH
Hadirin yang dihormati sekelian…..sebab itu tuntutan kita di antara keadilan media ni…kita tak dapat lagi, terlalu pincang , terlalu pincang….. kita tengoklah menjelang BERSIH , Allah…..saya dipanggil ke Bukit Aman , oleh pemimpin polis yang tingggi-tinggi tu…ketua polis negara , timbalan , dalam cakap dan mereka ….sambut saya dengan mesra saya akui…dan mereka sebutlah,  di antaranya dia sebut, nanti ramai orang datang , nanti meniaga tak laku….saya kata pelik….peniaga tak suka orang ramai…..peniaga yang tak suka orang ramai datang….hantar mereka meniaga di Hulu Tembeling….Hulu Tembeling tau….daripada Jerantut tu, kena naik bot….6 jam nu…..pi meniaga dalam tu….ni tuan-tuan di sini  orang meniaga ni , betui ke meniaga tak suka orang ramai mai….pelik ke dak?  Duk interview dalam televisyen nu….saya tak suka orang datang , nanti perniagaan saya merosot…..ehhhh….pelik , dia kata nanti orang masuk dalam kedai…saya kata orang masuk dalam kedai , kerana hangpa sembur gas pemedih mata….kalau sembur gas pemedih mata , bukan setakat kedai , kandang babi pun kami masuk…..kena gas pemedih mata, kalau babi lari… belum tentu babi dengan kami siapa laju lari….aaa…polis tu diam…. Nak tergelak pun ada depa tu , depa tak berani  gelak , boss ada….jadi beri jawapan yang tak logik hadirin sekelian….aaaa….jadi kita hadirin sekelian, kemudian kita , saya kata kenapa ….kumpulan yang nak mandi darah, sorang pun tak diambil tindakan….puak silat, kami sanggup bermandikan darah….eeiiiii….kita bukan nak pi perang , hang nak mandi darah dengan sapa? Tapi hari 9 hb haribulan hari BERSIH tu …Omar Din hadir tau….tuan-tuan tak nampak  sebab dia meresap….jangan anggap dia tak hadir….dia hadir….tapi dia meresap….ni banyak hadirin sekelian , perkara-perkara  yang tak logik….

Kemudian ini pertubuhan haram….pertubuhan haram…. BERSIH….tiba-tiba Yang Dipertuan Agong jumpa…..takkan Yang Dipertuan Agong jumpa pertubuhan haram…..boleh ka masa…askar dan polis kita   duk berlawan dengan parti komunis malaya dulu….sebelum tandatangan  perjanjian damai tahun 89…boleh dak Yang Dipertuan Agong bertemu dengan  parti komunis malaya….boleh dak? Tak boleh….tetapi BERSIH…Yang Dipertuan Agong bertemu….dan orang yang bertemu tu pulak Dato’ Ambiga …bekas pengerusi majlis peguam , Dato’ A Samad Said…Sasterawan Negara… A Samad Said ialah penggerak utama Himpunan Bersih ….kalau tuan-tuan nak tau….masa dua tiga hari amaran macam-macam….kalau FRU mai tembak lah apalah semua… amaran,  masa itu , beberapa orang dah goyang….nak jadi…tak jadi , nak jadi tak jadi….Dato’ A Samad Said…saya Tanya dia…macamana ni Dato’ jadi ka dak himpunan ni?….jangan lihat cakap , lihat tindakan saya….ni Dato’ A Samad Said dia bercakap  bila pun sajak ….saya duk depan dia pun saya sebut …Dato’ ni rasa nak ajak bini dia pi tidur pun dia sajak dulu…. “Hari sudah larut malam….begitu dingin rasanya kulitku ini….buat apa kita berbual kosong di sini…kan lebih baik pergi beradu….”  , kita tak dak lah kot Jarak ni…..jom tidur….anak semua tidur…. Jomler…..ha jenis-jenis Ustaz Khalid….jenis kita ni  lah….
Hadirin sekelian…..A Samad Said dan hari himpunan tu….saya diberitahulah, sebab himpunan baru ni…saya tak terlibat….kenapa tak terlibat? Kena tangkap awal….depa langgar awal ….12.50 cekop dah….aaaa….jadi tak taulah….tapi A Samad Said , dia berjalan……sampai stadium….berjalan sampai pintu istana….dia tak takut, bila orang tembak gas, dia ambik janggut dia ….tutup hidung….janggut dia sampai pusat tu….saya maksud itu berguraulah ….yang pentingnya….beliau mempunyai semangat yang cukup cekal….terutama dia amat tidak setuju dengan kerajaan BN dalam segi menjaga bahasa…..PPSMI , dia menjadi hero….hantar memorandum  supaya mansuhkan pengajian pendidikan dalam bahasa Inggeris , sebab pada fikiran dia dan cendikiawan Melayu yang lain….kalau berterusan program itu…..Bahasa Melayu akan lupus….. 15 tahun 20 tahun lagi di Malaysia ini…..ni bukan kita kata , orang Kuk Petai (sebenarnya Guaq Petai), orang Jarak ni….ini kajian dibuat oleh para professor….tiba-tiba umno kata , kami pembela bangsa….tak cukup dengan umno, di swastakan pulak kepada perkasa …..aaaa…..padahal….cendikiawan melayu berarak kena gas dan sebagainya….mintak Bahasa Melayu dipertahankan….ketua di antaranya Dato’ A Samad Said….sekarang dia boikot semua program kerajaan…..satu program kerajaan, dia di undang, dia dibayar tambang, dia di bayar elaun….adalah duit, sekarang dia boikot semua….orang tanya dia banyak mana duit dia ada? ….dia ada akaun bank 96 ringgit….saya jamin dia kata ,  cukup untuk hidup…ini Dato’ A Samad Said….dia kurus….kalau dia makan teh tarik tu…setengah gelas jer….tapi bukan soal itu…ini semangat pejuang tua… hadirn sekelian…..yang sayangkan bangsa dia,  sayangkan agama dia…..saya kagum dengan Dato’ A Samad Said ni…..
Tuntutan
Hadirin yang dihormati sekelian…..kita lihat kenapa rakyat nak…ndak….kalah ka, menang pilihanraya ka nombor dua…..yang penting kita nak, pilihanraya adil dan bersih….ini tuntutan anak-anak muda sekarang….media lagi kita lihat, BN bertapak di mana? Dia menang 45 kerusi parlimen kerana undi felda….25 kerusi parlimen kerana undi pos….kenapa undi felda jadi begitu? ….kita tak boleh masuk…..tanya Doktor Mahfuz….kita pergi ceramah di kawasan felda…..polis jadi pekerja umno…..dia mengawal, kepong kita ….tak boleh bersyarah…yang datang ….masuk dalam markaz, ahli PAS….hardcore,  ahli Keadilan hardcore ….yang tu tak perlu ceramah…..betul ke dak? Takkan macam Rahman Ayam ni perlu dengak ceramah…..untuk nak menentukan dia nak undi siapa? ……tak perlu…..yang kita perlu orang ramai….orang ramai….tak boleh dengar ceramah kita….di felda-felda , polis jadi jentera umno…..bukan lagi  keselamatan rakyat….tapi jaga keselamatan umno….saya sebut di Bukit Aman , depan Ketua Polis, Timbalan Ketua Polis Negara , dan….dan pemimpin-pemimpin tinggi polis ….saya kata….polis sekarang dilihat menjaga umno….bukan menjaga rakyat….hangpa ingat aku kata depan hangpa ni ka?....naik-naik atas tu….dalam parlimen …menteri  aku jerkah macam tu jer….zainudin maiden tu…jerkah macam tu ha….pasai dia kata apa? ….mementingkan sukan negara lebih penting dari sembahyang….haaa….aku kalau hangpa maki PAS takpa…..maki  ISLAM , lompat selalu lah….kalau dia tak tarik saya merudum….sampai ke peringkat speaker parlimen akhirnya….dah dia tangguh 20 minit… masuk gitu ….dia mintak lah Zainudin Maiden tarik balik….iaitu mementingkan nama negara….sampai tak perlu sembahyang….dia tarik balik , barulah saya duduk….aaa ni…..hak jenis pusak dua ni…ketegak….jadi sekelian…jadi saya sebut….tapi belum terlewat , pasukan polis belum terlewat untuk buat perubahan….supaya mereka menjaga rakyat, menjaga undang-undang, menjaga perlembagaan…. bukan menjaga umno….sebab umno kalah nanti polis akan terus bertugas di bawah pemerintah baru….ini yang kita ingatkan , polis pun banyak datang malam ni….sebab kita , kita tak mahu mereka….mereka menjadi pengawal kepada umno , pengawal keselamatan negara, pengawal rakyat….pengawal perlembagaan…itu sewajarnya….peranan dimainkan oleh pihak keselamatan….
Rusuhan
Dan hadirin sekelian , kita tengok….himpunan BERSIH , apa yang berlaku….polis yang buat rusuhan , bukan rakyat….betul kan? ….tembak sana…tembak sini….mati orang….ooooo…..semua pura-pura , saya pura-pura duk atas kerusi…. Bahrudin tu pura-pura mati…. Eh , dia tak mati tau….hangpa pegi tengok di rumah dia… La duk ada tu pura-pura mati….pengawal Anwar Ibrahin tu…pura-pura pecah tulang pipi….pemuda kita daripada Balik Pulau…pura-pura hilang gigi 11 batang….hilang gigi, kelongsong peluru tu masuk mulut….dia tembak…pruuuum , patah semua depan ni….
Hadirin sekelian, dan …walaupun kita begitu, saya tetap rasional…iaitu pasukan keselamatan boleh lagi buat perubahan….kembali kepada tugas secara professional….ini kehendak rakyat sekarang….bukan kehendak rakyat tahun 60 an….rakyat sekarang rakyat twiter….rakyat facebook…tak boleh tipu….oooo kami tak dak berlaku kezaliman….rakyat dilayan dengan baik….
Zaman i-pad
Hadirin sekalian….zaman sekarang , orang pi tunjuk perasaan , bawak i-pad , bawak black berry….pruup…prooom dia hantar pada kawan dia….hantar kepada seluruh dunia dah….ambik gambar…pruuup,  semua orang dah tengok…penyepak…kena tendang… kena cekik….hak polis punya ….  2 minggu baru tunjuk….he he…2 minggu mestilah hangpa pinda….betul ke dak? Sebab tu , dia boleh tipu lah orang-orang  dalam …apa…siaran-siaran tu…. orang Pahit , orang Pahat …orang dalam tu…. orang Selama …orang belah Ijok ….tu pun Ijok pun  ada internet dah  la ni….jadi orang dah tengok keadaan…jadi  tak boleh, sekarang rakyat nak pembaharuan….haa ini yang …yang professor Shamsul Amri  mengatakan SPR dan kerajaan kena sedia buat perubahan…kerana perubahan….berlaku pada rakyat….
Daftar pemilih
Hadirin sekelian, kalah menang dalam pilihanraya perkara kedua , tapi kita nak pilihanraya yang adil , kita kata bersihkan daftar pemilih, Pengerusi  SPR dan Timbalan kata ….mana ada pembangkang bohong….mana ada daftar pemilih yang tidak betul? Sekarang saya kata tadi zaman komputer , zaman internet , zaman IT….pemuda kita cari-cari ….tammm…jumpa 17,000 lebih , nama yang 2 kali berulang….ada pulak di Selangor hadirin sekalian perumahan….rumah 35,  37 , 39 …rumah takat tu….pengundi dia ada lagi rumah  41 , 43….. rumah takda…pengundi penuh….dibuktikan oleh kita PAS dan juga Pakatan Rakyat di Selangor….bagaimana tak dak rumah, didaftarkan rumah-rumah hantu….berdebat dan berjumpa dengan SPR …. akhirnya….sekarang mereka mengaku….banyak daftar pemilih tak betul….haaa….bukan soal kalah menang , soalnya…kalau kita …kalau kita menang pun takpa….BN kalah pun takpa….tapi yang penting kita nak pilihanraya yang adil dan saksama….ini yang …dan kita lihat Mismah , bagaimana dia jadi warganegara lebih kurang 10 pagi…. 4 petang  ….dah jadi pengundi….sedangkan kita kena ambik borang , kena  hantar, kena pergi ke pejabat pos nak daftar jadi pemilih….warganegara asing begitu mudah…kerana apa?  SPR …agen SPR dan agen Jabatan Pendaftaran Negara buat kerja ….daftar mereka ni sebagai pemilih , untuk memenangkan umno dan Barisan Nasional  seperti yang dibuat di Sabah….
Jumpa German
Sekarang terdedah pada dunia….tuntutan BERSIH tu betul….tak dapat lari dah….dan baru ni…saya dipanggil , saya ….Nurul Izzah , Tan Seng Giaw….saya pun dipanggil kerana….Timbalan Menteri Luar German datang melawat…dan dia nak jumpa kami….saya pergi lah…..jumpa di pejabat duta German….kita terangkanlah hal pilihanraya di Malaysia….kepada mereka , bukan soal siapa menang , siapa kalah ….tapi cara pilihanraya yang tidak betul….daftar pemilih yang tidak betul….media yang tidak betul….kami tidak boleh ke tv dan radio memberi penerangan….seperti di negara tuan….dia kata …takpa…dia kata negara-negara barat….yang menjalankan demokrasi, kita nak minta Malaysia….keluar daripada  alam kolot…. kuno…. konservatif…. lepas tu hadirin sekelian …..saya dengar Najib umum….nak tubuh Jawatankuasa Select Komiti….barangkali tekanan dari negara-negara orang putih ni lah….dan pemimpin mereka datang nanti…. Raja German…di antaranya dia kata , dia nak jumpa kerajaan, dia nak jumpa NGO , nak jumpa jugak Pakatan Rakyat….dan salah seorang tentulah aku…..
Hadirin sekelian….bukan kita nak qiblat pada barat…tidak….kita nak pilihanraya yang adil….kalau pilihanraya yang adil…BN nak menang…menanglah….takpa….kalau kita menang pun takpa lah…pentingnya pilihanraya yang adil , media yang adil….ini tuntutan kita mula di dengar….sekarang ini walaupun mereka buat ke dak….tapi dah akui… 2 hari lepas ….Pengerusi SPR mengatakan secara resmi …keluar dalam televisyen semua….dia sanggup untuk bertemu sekali lagi , dengan jawatankuasa BERSIH….yang sebulan dulu mereka kata haram….sekarang nak bertemu dengan BERSIH…..
BN =B arang Naik
Inilah hadirin sekelian….sebab tu sampul raya….Jabatan Lujnah Mahfuz Omar….Dato’ Mahfuz Omar kempen …mari kita menentang BN….BN tu barang naik….saya lancarkan semalam di Kampung Baru, Kuala Lumpur , tempat Allahyarhamah Doktor Lo’lo’ …sampul raya tu kita tak tulis BERSIH….kita tulis tidak kotor….haaa….sebab BERSIH ni…tidak boleh….haaa tulis tidak kotor…..haaa jadi hadirin sekelian….. bila dilihat keadaan begitu sekarang ini…. Select Komiti pun nak buat…tiba-tiba dia kata….pilihanraya boleh buat bila-bila masa sahaja, tak perlu tunggu keputusan Select Komiti atau pun Jawatankuasa Pemilih Khas untuk mengkaji …hal sistem pilihanraya di Malaysia….bila buat begitu …saya tak tahu lah , kami akan mesyuarat 24 haribulan….nak ambil pendirian Pakatan Rakyat….ahli parlimen kita…perlu atau tidak…duduk dalam jawatankuasa itu…..Najib …main-main kita nampak…..walaupun pihak SPR kita nampak….dia dah kona dah…dia rasa nampak… sedikit ada kesungguhan….untuk mendengar pandangan BERSIH terutama…..hal daftar pemilih…
Bila pemuda kita, Suhaizan Kayat….seorang pemuda kita yang bijak dalam hal komputer….dia bekas pensyarah….dia dapati hadirin sekelian…..di Johor , banyak ahli umno….yang daftar mengundi….boleh mengundi 2 kali…..kemudian didapati dalam tentera….dia bawak, beberapa orang bekas pegawai tentera….buat dalam press conference….pegawai tentera tu kata….merekalah yang menipu undi dalam pilihanraya dulu…pangkah bagi pihak kawan-kawan yang lain …menderu….mereka buat pengakuan dalam surat khabar Harakah….yang mereka dulu pangkah bagi pihak rakan yang lain….tiba-tiba Ketua Turus Tentera Malaysia keluar kenyataan …tak berlaku…pilihanraya kami berlaku dengan adil….saya tidak mahu kata adil atau tak berlaku….Ketua Turus tentera tidak boleh terlibat dengan politik kepartian….setuju atau tidak? Kalau ada tuduhan…Menteri Pertahanan , Timbalan ….atau Kementerian Pertahanan kena jawab….atau SPR …bukan tentera yang beruniform…..sekali lagi Najib telah buat silap….mengajak tentera terlibat dalam politik kepartian….ini cukup silap….saya yakin kesilapan mereka itu….mereka sedar,  sebab tu 2  hari berita tu , dah tak dak…..saya dengar sahaja keadaan itu…saya pergi hari tu, kebetulan …mesyuarat PBA…saya mintak Yang Amat Berhormat Lim Guan Eng ….pejabatnya tolong panggil wartawan….saya nak buat press conference….saya nak tegur kesilapan yang dilakukan oleh Ketua Turus Angkatan Tentera….kalau ada tak puas hati…mesti Kementerian Pertahanan  jawab….SPR jawab….bukan pasukan beruniform…kerana tentera dia wajib berkecuali…kerana tentera , berkhidmat di bawah Yang Dipertuan Agong….betul atau tidak? Ni Najib buat silap banyak ni….ni tak kena….sebab hadirin sekelian kalau tentera terlibat dalam politik kepartian…..rosak habis Malaysia ini…..dan kita harap ,  perbuatan yang berlaku tiga …empat hari lepas …cukup takat itu….jangan ulang lagi ….ada benda tak puas hati….mengadu kat Menteri Pertahanan…Menteri Pertahanan akan jawab , atau SPR …..bukan pihak tentera sendiri…kalau mereka yang menjawabnya….dia akan jadi politik kepartian, dia tidak sihat di Malaysia…sejak merdeka hingga sekarang….tentera di sanjung tinggi….penghormatan kepada mereka tinggi….dan mereka berkhidmat di bawah panji-panji Yang Dipertuan Agong ,  bukan bawah umno….bukan bawah  PAS…..bukan bawah sesiapa….mereka di bawah panji  Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong….
Bersih di luar negara
Hadirin yang dihormati sekelian…..ini kita lihat , kepincangan hal pilihanraya…yang sekarang menjadi bahan perbincangan umum….BERSIH tahun ni…..himpunan di Kuala Lumpur…..saya ucap tahniah lah kepada tuan-tuan…..disekat macamana ….diugut macamana….berpuluh ribu, ratus ribu hadir….bahkan di seluruh dunia kali ini paling banyak…35 tempat berlaku….himpunan serentak , di Melbourne, di Sydney, di Brisbane, di London, di New York, di Kampuchea….ada…..di Dubai, di Kaherah, berlaku di 35 tempat….Cuma di England , tunjuk perasaan takda masalah….rusuhan tak boleh lah….sekarang ni Timbalan Ketua Polis cuba samakan tunjuk perasaan dengan rusuhan….tak betul…..rusuhan…bakar kereta , rompak bank , rompak kedai….itu pun kita tak setuju….kalau ada orang yang buat macam tu….kita dengan polis bergabung tenaga….ligan puak-puak ni…..setuju ke dak? Kita tak mau….kita mau aman…..di England tunjuk perasaan , aman…..rakyat Malaysia menyanyi lagu “Yellow Submarine”…..yellow submarine…yellow submarine…..dengan polis-polis semua menyanyi….jadi ni masalah submarine ni masalah….kapal selam yang dibeli….yang perbicaraannya akan berlangsung bermula bulan sembilan ni…..di Paris , tentang rasuah dan penyelewengan yang saya dah terang dah….dan kawan-kawan terang dah banyak tempat….saya nak sebut di sini….hadirin sekelian….kesedaran untuk mintak pilihanraya yang adil….sekarang inilah tuntutan rakyat….dan dalam umno pulak, semakin hari semakin berpecah….sekarang lahir kumpulan Amanah Merdeka , yang diketuai  oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah , Amanah Merdeka ni salah seorang bekas menteri yang duduk dalam  jawatankuasa itu…..dia jumpa orang kita , dia kata ….wajib jatuhkan kerajaan BN pilihanraya ke 13 , dia kata wajib….bekas….dia bekas menteri , masih umno….saya kata nak tolong kami ke pilihanraya akan datang? ….tentu….Kemudian dua tiga minggu lepas , lahir lagi satu kumpulan….Penawar , juga veteran umno…yang tak puas hati dengan pemerintahan Najib….
Melayu tak sensitif
Cuma akhirnya saya nak sentuh di sini….orang Melayu…tadi saya sebut sikit , dalam tazkirah ringkas….tazkirah saya bulan ini di Selangor…ini ajalah tajuknya…orang Melayu tidak sensitif dalam hal penyelewengan….sedangkan ISLAM tidak mengajar begitu….Omar Al Khatab…pakai baju baru pun ditanya oleh penduduk waktu itu…mana kamu ambik duit beli baju baru….sifat hisbah , accountability yang dididik oleh ISLAM pada waktu itu…gabenor yang tambah kekayaan tak ikut peraturan….Omar hukum….sebat….ini hadirin sekelian, accountability hisbah di zaman kehebatan ISLAM….sekarang orang ISLAM dia tak peduli….bila kita cerita Rosmah, disebut oleh pegawai kastam, dapat gambak semuanya….cincin 24 juta , cuba tuan-tuan cakap pada orang Cina….sebut ajer cincin 24 juta , …..aiiiyaaa……mana dia angkat itu wang ..aaaa…..gua sendili tak dapat oooo….kalau dia culi wang kita….ini talak boleh….Melayu…kita cerita Rosmah ada cincin 24 juta….dia diam, serupa lembu kenyang ….balik petang nak pegi masuk relau….buat dek ajer….kita cerita rumah Najib , bil ayak 30 ribu sebulan….dia tak rasa, Melayu tak rasa apa….Cina marah….30 ribu , ni hang mandi apa ni ….mandi orang ka mandi badak ni? Pembaziran ….dia suruh rakyat berjimat….kita , harga ayam naik…harga tepung naik, harga gula naik…..wang 28 ribu juta hilang…..hospital tak cukup pakar….yang nu tak cukup, yang ni tak cukup….duit kita hilang…tapi kita cerita pada orang Melayu tak sensitif….betul ke dak ni?
Duk  tu keadaan sekarang ni…..mereka main isu perkauman nak pertahan undi orang Melayu kepada umno dan BN ….cina tak dak dah, india pun serupa dah…india pun dak balik kat kita habih dah….cina ni sebut….sebut dacing tu….umph….dah tak mahu langsung dah…..tapi Melayu dia tak sensitif , bila cerita hal penyelewengan…..hadirin sekelian , kita harap kita balik kepada perjuangan asal , perjuangan ISLAM , terutama di bawah Nabi Muhammad S.A.W, para sahabat Baginda yang terkemudian…iaitu amar ma’aruf , nahi mungkar , disebut oleh Dato’ Dr Mahfuz tadi…..mesti  kita hidupkan….walaupun yang memerintah nanti kerajaan Pakatan Rakyat , kalau berlaku penyelewengan ….rakyat akan bangun di atas sifat amar ma’aruf , nahi mungkar….untuk kita menuntut keadilan….
Setakat ini lah ucapan , para hadirin sekelian kita harap pilihanraya akan datang…rakyat akan berubah, Sekian…dahulu Wassalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh…..

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini