04 September 2011

Jangan gelakkan, jika Umno ......

Di beritakan dari Jeli Kelantan, Rumah terbuka Eidul Fitri anjuran Tok Pa memang meriah, bak kata bebudak sekarang 'meriah habis'.

Sekalung tahniah kepada Tok Pa selaku tuan rumah dan pembantu-pembantunya yang menganjurkan majlis tersebut.

Entah berapa puluh ribu duit melayang tak jadi hal, sebab pemimpin Umno dari dulu hingga sekarang memang tidak pernah berubah bahawa setiap pemimpin mereka walau pun dari AJK Bahagian hingga ke Perdana Menteri serta isterinya mesti memasuki kelab keluarga bangsawan & hartawan serta jutawan.

Rakyat marhen yang menerima jemputan begitu gembira menikmati pelbagai juadah yang dihidangkan hingga lupa betapa peritnya mereka membuat persiapan hari raya tahun ini dengan kenaikan harga barang yang melambung dan tidak dikawal.

Cuma nak tergelak bila membaca lapuran ini .... wallahuaklam.


JELI - Umat Islam di negara ini sedia maklum laungan takbir Hari Raya Aidilfitri hanya sunat dikumandangkan sebelum solat sunat Aidilfitri diadakan. 

Berlainan dengan dengan Hari Raya Aidiladha di mana takbir raya boleh dialunkan sehingga tiga hari iaitu hari-hari tasyrid. 


Namun lain pula yang berlaku di rumah terbuka Ketua Umno Jeli, Datuk Mustapa Mohamad pada 3 Syawal lalu apabila laungan takbir dikumandangkan pada hari raya ketiga. Seorang penduduk mendakwa pemimpin Umno terbabit bersama anggota jawatankuasanya bertakbir beramai-ramai pada program hari terbuka yang diadakan di Darul Falah.


“Saya pun hairan mengapa pula bertakbir raya pada 3 Syawal, sedangkan setahu saya takbir Hari Raya Aidilfitri hanya disunatkan sebelum solat sunat Aidilfitri. 


“Namun lain pula yang berlaku di kediaman Datuk Mustapa apabila mereka bertakbir Hari Raya pada 3 Syawal. Sekali ingat hendak gelak juga,” katanya yang enggan dikenali.


Seorang lagi pula mendakwa orang ramai yang hadir tidak mengikut pemimpin Umno bertakbir, sebaliknya asyik melihat sahaja gelagat mereka. 

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini