30 November 2012

Tiada Royalti tiada maaf buat DS Najib


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu mengumumkan penyerahan wang royalti Kelantan sekiranya beliau benar-benar jujur dan ikhlas memohon maaf kepada rakyat.

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, Islam menetapkan mereka yang memohon maaf perlu memulangkan perkara yang diambil selain tidak mengulangi kesalahan yang dilakukan.

“Dalam kes wang royalti, permohonan maaf tidak boleh diterima kerana wang Kelantan terus diambil oleh Kerajaan Pusat.

"Jadi beliau hanya minta maaf untuk mempermainkan rakyat Kelantan dan ini tidak lebih dari retorik menjelang pilihan raya,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Najib pada ucapan dasar Perhimpunan Agung Umno semalam, yang meminta maaf bagi pihak pimpinan Umno dan kerajaan atas segala kesalahan yang dilakukan.

Najib, Presiden Umno, turut berikrar beliau bersama-sama pimpinan Umno akan terus mengutamakan kesejahteraan rakyat dan menaikkan martabat orang Melayu.

Pada Ogos 2010 Kerajaan Kelantan telah memfaikan writ saman terhadap Petronas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 30 Ogos 2009 setelah Kerajaan Pusat enggan menyerahkan wang royalti.

Kerajaan Persekutuan kemudiannya menfailkan permohonan untuk menjadi defenden kedua.

Namun Ogos lalu, Perdana Menteri menubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dan akan dianggotai oleh pakar undang-undang dari dalam dan luar negara, wakil dari kerajaan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan Sultan negeri-negeri berkenaan.

29 November 2012

Ucapan terakhir Presiden Umno sebagai Perdana Menteri

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata parti itu akan menggunakan segala kudrat yang ada bagi memenangani hati dan fikiran rakyat di gelanggang demokratik. 

"Kita akan bersaing untuk setiap undi, kita akan berusaha untuk menyakinkan setiap rakyat Malaysia, kita juga akan mengetuk setiap pintu hati dan membuka setiap gerbang harapan," katanya ketika menyampaikan ucapan dasarnya di perhimpunan agung Umno di PWTC pagi ini.

"Kita percaya, rakyat Malaysia berhak mendapat kerajaan yang terbaik dan kita yakin bahawa, Umno dan Barisan Nasionallah yang mampu untuk menawarkan yang terbaik untuk rakyat Malaysia.

"Di sini... di sinilah kita dilahirkan, di sini... di sinilah tangis kita mula bergema. Di sini kita membina keluarga dan di sinilah kita melakar masa depan. Di sinilah juga, dengan izin Allah yang Maha Berkuasa, kita akan bersemadi untuk selama-lamanya.

"Penuhkanlah tanah bertuah ini dengan rakyat yang mencintai harumnya perdamaian. Makmurkanlah watan ini sehingga labanya melimpah ke kaki halaman.

"Duhai putera puteri... duhai para pejuang bangsa, segeralah... segeralah semua menyembah bakti. Pertahankan... pertahankan satu-satunya Bahtera Merdeka ini... pertahankan.... pertahankanlah Putrajaya.

"Fajar telahpun tiba, nan menyinsing membawa harapan, Tanah Malaysia.... Tanah Malaysia... Permata Nilam," tegas Najib di akhir ucapan dasarnya itu.

Beliau mengingatkan bahawa pilihanraya Umum ke-13 ini bukanlah satu pilihanraya yang biasa. Ia merupakan titik penentu kepada destini rakyat  dan negara.

"Pilihanraya inilah yang akan mencorakkan rupawajah Malaysia hari esok untuk ditinggalkan pada anak-anak kita. 

"Antara sebuah Malaysia yang maju berteraskan nilai serta matlamat dikongsi bersama, atau, Malaysia yang mundur terpisah oleh tembok ghaib dipalit rasa prasangka dan prejudis.

"Hakikatnya, hasil kerja keras setiap generasi, kita telah membentuk Malaysia yang dikagumi rakan dan dihormati rakan dan taulan. Siapa menjangka bumi yang sarat dengan segala rencam ini, mampu melepasi, apatah lagi berjaya menangani cabaran bernegara," katanya.

Pilihannya juga amat jelas, tambahnya, untuk kita melihat anak-anak tanpa mengira kaum mahupun agama berhilai ketawa, membesar dan berlibur bersama-sama, atau didewasakan dengan kebencian yang membara.

Di satu sudut, tambahnya, jalan mulia yang telah terintis semenjak merdeka, bersiram darah, bermandi air mata dan dibasahi keringat para patriot sepanjang zaman.

"Hendaklah kita selalu beringat. Betapa susah payahnya bapa-bapa pengasas kita membina apa yang dinikmati hari ini. 

Sesungguhnya kita terhutang budi kepada Almarhum Tunku Abdul Rahman, Allahyarham Tun Abdul Razak, Allahyarham Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Muhamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Sebaliknya, saudara dan saudari, di satu sudut lagi, jalan yang bersimpang siur, kelam dan gulita, dibina atas fitnah, kepalsuan dan janji-janji bohong. Jika rakyat terpedaya dengan siulan menuju lorong itu, percayalah, negara yang permai ini akan hancur, runtuh dan tenggelam.

"Sudah barang pasti Umno tidak akan membiarkan semua itu berlaku. Jika kita kehilangan harta, ia boleh dicari ganti. Jika kita hilang darjat kedudukan, ia dapat dipulih semula. Tetapi, jika kita kecundang dalam perjuangan ini, kita sudah tidak punya apa-apa lagi. Kita akan melukut di tepi gantang. Akhirnya, terbangsat dan merempat di tanah sendiri.

"Bumi mana tak ditimpa hujan, laut mana tidak bergelora, bahagian dunia manakah yang wujudnya orang, atau pimpinan, atau persyarikatan atau parti yang tidak pernah tersandung atau tersalah. Di atas segalanya, sebagai kepimpinan parti dan kerajaan, kami menyusun jari nan sepuluh memohon maaf atas kekhilafan.

"Justeru, saya selaku Presiden Umno, bersama-sama Timbalan Presiden, serta seluruh saf kepimpinan parti, bersumpah dengan nama Allah dan RasulNya, berikrar dan berjanji, terus mendahulukan kesejahteraan rakyat, terus memartabat rumpun Melayu, terus membenteng akidah umat dan terus memelihara agama Islam," tambahnya.

Walau apapun rintangan yang melanda, biar apapun cabaran menghalang, Najib berkata, Umno tidak akan berpulang walau setapak, Umno tidak mungkin berpatah jalan. Umno takkan berdalih dalam menjulang sebuah kebaktian. Umno dan Barisan Nasional akan mara di barisan hadapan, menghadapi musuh dari luar mahupun dalam.

27 November 2012

Lambaian Putrajaya

Pakatan Rakyat (PR)  menolak dakwaan kononnya akan menimbulkan kekacauan sekiranya gagal pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang, malah optimis bakal merampas Putrajaya.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, beliau yakin tidak akan berlaku sebarang kekacauan kerana PR akan memenangi PRU akan datang malah menegaskan itu bukan budaya pakatan itu.

Beliau yang juga Pengerusi PKR Selangor berkata, PR tidak membawakan budaya samseng sebaliknya menonjolkan dasar-dasar melalui program-program diadakan dalam memartabatkan rakyat.

“PR akan menang jadi tidak timbul isu ini... tidak ada kalau kerana saya cukup optimis dan yakin PR akan menerajui kerajaan baru di Putrajaya selepas PRU13.

“Budaya yang dibawa Umno sekarang adalah budaya samseng dan ekstremis tetapi kalau kita lihat situasi politik sekarang golongan seperti ini pasti akan mengalami kekalahan kerana rakyat tidak mahu lagi politik perkauman sempit dan fahaman agama jumud,” katanya ketika ditemui di Bangunan SUK di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya PR ingin mengadakan demonstrasi untuk menjatuhkan kerajaan di luar sistem pilihan raya.

Malah Dr Mahathir mendakwa hasrat pembangkang menjemput pemerhati luar untuk memantau PRU13 sebenarnya bertujuan menuduh kerajaan menipu dalam pilihan raya. 

Dalam perkembangan sama, Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok berkata, PR tidak pernah merancang untuk mengadakan demonstrasi sekiranya tewas PRU13 kerana pakatan itu hanya menumpukan usaha untuk menawan Putrajaya.

Beliau secara sinis menyifatkan Mahathir sepatutnya membuat kenyataan tersebut terhadap Umno-Barisan Nasional (BN).

“Bagi PR, kami hanya ada rancangan untuk menawan Putrajaya dan tak ada rancangan untuk buat demonstrasi selepas kalah kerana kami yakin akan tawan Putrajaya.

"Tun M (Mahathir) mungkin perlu buat kenyataan apakah Umno-BN akan buat demonstrasi mencetuskan huru-hara selepas gagal mempertahankan Putrajaya?” katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini semalam.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abd Rani Osman berkata, kerajaan tidak perlu gusar berhubung isu pemerhati luar itu sebaliknya berfikiran positif kerana ia secara tidak langsung dapat memberi pengiktirafan pada sistem pilihan raya negara ini sekiranya dilaksanakan secara adil.

“Kalau betul telus maka apa yang nak ditakuti? Berani kerana benar. Jangan syok sendiri kerana pemerhati adalah neutral.

"Lagipun ia dapat membantu memperbaiki kelemahan sistem yang wujud sekiranya ada,” katanya.

26 November 2012

PAU 2012 Umno wants to look more than PAS

UMNO wants to look more Islamic than PAS because the trend nowadays Malay youth and new generation wants more of Islam.

24 November 2012

Ambil alih Putrajaya : Peluang PR masih terbuka luas

Barisan Nasional (BN) yang kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen empat tahun lalu dijangka memperoleh dalam lingkungan 120 kerusi jika Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) diadakan hari ini, manakala 24 kerusi masih dalam keadaan 'kelabu'”, kata Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin.

Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara ini mengakui bahawa walaupun keputusan kali ini akan memperlihatkan majoriti mengecil tetapi kemenangan masih akan memihak kepada BN.“... mereka akan dapat minimum 120 kerusi.

Sekarang 140 kerusi, 24 kerusi kelabu, baki 70 kerusi Pakatan Rakyat... (pada keseluruhan) majoriti tipis,” katanya dalam satu temu bual menjelang Perhimpunan Agung Umno 2012, di pejabatnya di Bandar Baru Bangi.

Empat tahun lalu, BN memperoleh 140 kerusi, manakala pembangkang 84. Ia pencapaian terburuk dalam sejarah BN.Berdasarkan statistik semasa, BN memiliki 137 kerusi, manakala PKR (23), DAP (29), Pas (22) dan Parti Sosialis Malaysia (satu), Bebas (lapan) dan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (satu). Satu kerusi kosong.

Shamsul berkata, situasi prestasi ini bersandarkan pada hasil kajian pihaknya, September lalu dan kajian baru akan dikendalikan bulan depan dengan mengambil kira perkembangan sepanjang Oktober dan November.

Antara perkembangan penting sepanjang dua bulan lalu ialah insentif dan imbuhan yang diumumkan menerusi Bajet 2013. Antara lain, Bajet 2013 menyediakan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 dan pembayaran bonus satu setengah bulan kepada kakitangan awam.

Bajet 2013 telah diluluskan Parlimen, semalam dan pelaksanaan kandungan dijangka akan dilakukan mulai akhir bulan depan iaitu pembayaran bonus sektor awam.

Bagaimanapun Pengarah Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia ini berkata, kajian pihaknya menunjukkan BN masih boleh membentuk semula Kerajaan Pusat dengan majoriti tipis.

“Ini kerana berdasarkan maklumat yang diterima daripada pihak Pakatan Rakyat, pihak Datuk Seri Anwar Ibrahim... mengatakan mereka akan menang banyak kerusi di Johor, dan itu pun jumlah kerusi berkemungkinan diperoleh mereka hanya 109.

“Jumlah 109 ini berdasarkan data mereka, ini belum cukup untuk memerintah... untuk majoriti mudah pun, kita memerlukan 112 kerusi. Jadi, apa pun BN akan kekal berusaha meskipun majoriti mereka menurun,"

21 November 2012

"Lajnah Pengkritik"

ha3x

Baru sebentar tadi AJK PAS Pusat Ust Idris Ahmad mencadangkan melalui Facebook nya agar satu lagi lajnah diujudkan didalam PAS iaitu "Lajnah Pengkritik"

Ini berlaku kerana didapati dimana-mana kawasan dan cawangan serta dewan- dewan pun ujud manusia seperti ini.

"Menjadi pengkritik lebih mudah kerjanya dari pembuat kerja" tambah beliau lagi.

19 November 2012

Hadiah layanan terbaik PAS daripada Utusan


Sepanjang muktamar yang berlangsung minggu lalu, PAS memberikan layanan terbaik kepada semua akhbar termasuk Utusan Malaysia. Walau pun demikian perumpamaan yang paling sesuai diberikan ialah ketika PAS memberi madu kepada Utusan Malaysia ... mereka membalasnya nya dengan racun berbisa.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, laporan muka depan sebuah akhbar berkenaan "Umno murtad" hari ini satu pembohongan dan fitnah terbaru ke atas beliau.

Sehubungan itu kata Nik Aziz, beliau akan mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar berkenaan.

"Tajuk muka hadapanUtusan Malaysia hari ini yang menulis 'Nik Aziz dakwa Umno murtad" adalah satu pembohongan yang besar ke atas saya.

"Barangkali gaji mereka yang bertanggungjawab menabur fitnah ini cukup besar sehingga berbaloi utuk menebus dosa akibat fitnah. Insya-ALLAH saya akan mengemukakan saman ke atas fitnah terbaru ini," kata beliau di laman sosial Facebook hari ini.

Utusan Malaysia dalam laporannya hari ini berkata, selepas adiknya mendoakan kehancuran Umno dan Barisan Nasional (BN),  Nik Aziz pula memberi gambaran bahawa Umno merupakan sebuah parti yang murtad kerana menolak dan memperlekehkan Islam dalam dasar parti itu.

Kata laporan itu, beliau dalam nada tegas kemudiannya melontarkan persoalan sama ada parti itu kini menganut agama Kristian, Buddha atau pun sebuah parti politik yang tidak mempunyai agama.

Sehubungan itu katanya, Umno tidak perlu dimuliakan sebaliknya doa-doa yang memohon agar Umno dan BN ditimpa bala tidak salah kerana ia sama dengan kisah Nabi Noh yang memohon kepada Allah untuk memusnahkan umatnya yang tidak patuh kepadanya.

"Bila Umno buang Islam daripada dasar hidup dia, maka Umno agama apa? Agama Islam itu al-Quran, bila Umno tolak Islam, dalam dasar parti maka Kristian ke, Buddha ke atau tidak ada agama?

"Timbul masalah murtad. Murtad ini khabarnya orang Kristian, paderi-paderi dia. Saya nak kata tidak, yang jadi orang Melayu murtad ini kerana orang Melayu sendiri perlekeh Islam.

"Umno tolak Islam maka nampak dia memperlekeh Islam, dia buang Islam macam benda sudah habis tempoh, macam ubat sudah habis tempoh, buang," katanya dipetik akhbar itu.

Terdahulu 'admin' FB Nik Aziz berkata:

"Setelah layanan baik diberikan kepada media termasuk Utusan Malaysia sepanjang Muktamar Pas Kali ke-58, inilah hadiahnya. Fitnah yang sangat dahsyat terhadap Tuan Guru Al Mursyidul Am Pas."

Sekadar bancian : PM Malaysia

Rilek jangan pulak ada yang melompat-lompat dan terkinja-kinja pulak lepas ni.

Biasalah. ... kerja surat khabar ia akan memanjangkan polemik siapa yang seharusnya menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat (PR) membentuk Kerajaan Pusat berterusan,

Bancian 'online' menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi pilihan ramai.Seramai 54 peratus daripada 1,139 pengunjung yang menyertai bancian 'online' kendalian Sinar Harian Online mengatakan bahawa Anwar, Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR, layak menjadi Perdana Menteri.

18 November 2012

Road Map to Putrajaya : PAS wajib menang 60 kerusi

Pas, yang mengadakan muktamar tahunan terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), perlu menang sekurang-kurangnya 60 kerusi Parlimen, kata Naib Presidennya, Datuk Husam Musa.

Sehubungan itu menurut beliau, kemenangan yang paling mustahak dalam menentukan hala tuju perjuangan parti berusia lebih enam dekad ini.

“Sehebat mana perjuangan kita dalam kerangka demokrasi, kemenangan yang paling mustahak.

"Berapa kerusi yang kita boleh menang? Paling tidak kita kena menang 60 kerusi dan sekarang kita fokus kerusi mana yang boleh menang,” kata beliau ketika menggulung perbahasan ucapan dasar presiden pada Muktamar Tahunan Pas ke-50 di Pengkalan Chepa.

Husam yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan berkata, pada PRU12 empat tahun lalu, Pas  memberi fokus ke atas 40 kerusi, tetapi ketika itu 10 kerusi tersasar daripada mencapai sasar kerana faktor undi pos.

Menurut Husam, terdapat 11 kawasan Parlimen yang majoriti undi membabitkan tentera.

Husam yang juga Pengerusi Bersama Manifesto Pakatan Rakyat melontarkan pesanan supaya jangan terlalu ghairah ketika melangkah untuk mencapai kemenangan.

PRU13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat. Mandat semasa Kerajaan Pusat akan berakhir 28 April depan.Katanya, setiap ahli parti perlu bertindak bagi mengolah Pas  untuk menang dan mudah diterima semua pihak.

Oleh itu kata beliau, kunci kepada kejayaan itu ialah merakyatkan perjuangan dengan bekalannya "Negara Berkebajikan."

“Jangan terlalu hendak menang tanpa menyemak kedudukan kita sebenarnya.

Pengkritik telah mengkritik kononnya kita telah meninggalkan perundangan Islam sehingga diperkenalkan pula konsep Negara Berkebajikan.

“Jangan pula kita hilang rasa tawaduk kepada Al-Malik dan menerimalah apa yang ditentukan ALLAH," kata Husam.

Katanya: "Jangan dilihat kita terlalu gelojoh, jangan pula kita menunduk sehingga terhantuk. Kita hendak kaji apakah punca kita kalah sebelum ini dan bagaimana pula cara hendak menang."

“Selepas muktamar ini kita balik dan semak di kawasan masing-masing,” kata Husam.

17 November 2012

PAS tak berubah. .... Umno banyak

Badan tertinggi PAS Majlis Syura Ulama PAS hari ini membuat penekanan dan perakuan rasmi bahawa perjuangan dan arah tuju parti itu tidak lari daripada perjuangan asal PAS dahulu seperti yang termaktub dalam fasal 5 (1) perlembagaan parti.

Fasal tersebut berbunyi: "memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah"

"PAS hari ini adalah PAS dahulu, perjuangannya tidak lari dari perjuangan asal. Arah tuju PAS dahulu dan PAS sekarang adalah sama.

"PAS masih utuh dan masih tetap atas perjuangan asal tanpa sedikitpun menyeleweng dari apa yang tercatat di dalam perlembagaannya," kata majlis itu dalam satu kenyataan.

Keputusan sebulat suara itu dibuat selepas bermesyuarat membahas semula apakah negara berkebajikan - yang menjadi tema muktamar parti itu - sesuatu yang "baru dan berlawanan" dengan negara Islam yang diperjuangan oleh PAS selama ini atau sama.

Bahkan, majlis itu juga memperbahaskan semula mengenai tahaluf siyasi (kerjasama politik) yang diputuskan atau dilaksanakan PAS masih relevan dan selaras dengan perjuangan parti itu dan mengambilkira komen dari dalam dan luar PAS mengenai arah tuju parti itu.

DSAI : Umno "sasau, meroyan dan nyanyok"

Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Umno kini berada dalam keadaan "sasau, meroyan dan nyanyuk" sehingga sanggup memainkan pelbagai dakwaan termasuk hubungan dengan Yahudi dan Israel serta kenyataan anaknya, Nurul Izzah yang didakwa menyokong murtad.

"Umno kini sasau, meroyan dan meracau... Sebabnya (mereka) tidak ada benda yang hendak dipertahankan. Kalau ikut negeri dan pembangunan, negeri Pakatan Rakyat lebih membangun. Bersih lagi (pentadbiran) kita.

"Yang ada (pada mereka) fitnah. Kalau rakyat sudah termakan fitnah, padahnya punah ranahlah negara kita. Kita (kena) selamatkan negara kita, umat dan negeri Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang," kata Anwar yang juga ketua umum PKR.

Apatah lagi, katanya, rakyat kini memberi sambutan pada janji Pakatan yang ditawarkan termasuk pendidikan percuma, mengembalikan royalti kepada negeri yang berhak dan menurunkan harga kereta, sekiranya gabungan itu berjaya menguasai Putrajaya.

Berucap di hadapan kira-kira 50,000 hadirin dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Mohamad ke-IV di Kota Bharu malam tadi, Anwar menempelak pemimpin BN yang mendakwa negara akan muflis jika Pakatan Rakyat mentadbir negara ini.

Ketua pembangkang itu menegaskan dakwaan tersebut tidak benar memandangkan terbukti sebelum ini hutang negeri Kelantan yang ditinggalkan oleh Umno sebelum ini, dibayar oleh Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Malah, terkini berlakunya lebihan pendapatan kerajaan negeri Selangor sebanyak RM2.4 bilion dan Pulau Pinang sebanyak RM2 bilion kerana dipimpin oleh Pakatan Rakyat.

"Jadi MB tak pandai sebab lebihan pendapatan?" soal Anwar sambil menjelaskan hutang kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri Najib Tun Razak kini mencecah RM538bilion.

Merujuk ucapan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum itu yang menekan soal etika, sistem nilai dan tatakelola kerajaan, Anwar yakin Pakatan Rakyat akan menawan Putrajaya sekalipun pilihan raya umum diadakan pada Disember atau Januari tahun depan.

Sementara itu, Abdul Hadi pula cuba meyakinkan puluhan ribu penonton di stadium itu mengenai kemampuan PAS dan Pakatan Rakyat jika mentadbir Putrajaya dengan adil, amanah dan bersih.

"Kalau ada rasuah, tolong tangkap, ambil tindakan. Kami tidak mahu pemimpin kerajaan yang rasuah," katanya sambil menegaskan rakyat, harta negara dan pentadbiran adalah amanah dan Allah melaknat orang yang mengamalkan rasuah.

Mengulas mengenai kerajaan yang adil, Abdul Hadi memberi contoh pentadiran Khalifah Umar Abdul Aziz yang menulis surat kepada gabenornya yang gagal bersikap adil atau berdepan risiko dipecat

"Negara lain, kalau pemimpin mereka silap, akan dipecat. Seluruh dunia berlaku, kita bila lagi. Pecat kerajaan yang ada, gantikan dengan kami, Pakatan Rakyat. Kita laksana pentadbiran yang baik," katanya.

16 November 2012

Semua calun sudah dimuktamadkan

Majlis Syura Ulama PAS sudah meluluskan semua nama calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, senarai nama tersebut sudah diteliti dan Majlis Syura Ulama sudah menapis nama-nama yang layak.

"Semua nama calon mesti diluluskan oleh Majlis Syura Ulama.

"Semua nama sudah diserah kepada pusat dan Majlis Syura sudah luluskan nama-nama yang layak bertanding, dan yang layak digugurkan," kata beliau pada sidang media selepas menyampaikan ucapan dasar di Muktamar Tahunan PAS, di Putik hari ini.

Beliau turut menegaskan, PAS menekankan calon boleh menang, termasuk calon muslimat.

"Semua nama diluluskan Majlis Syura Ulama tapi untuk menentukan dia bertanding, kena lihat kepada akar umbi."Kita bukan sahaja nak letak calon tapi mahu calon boleh menang," katanya.

Turut bersama pada sidang media ialah Timbalan Presiden, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali.

Sementara itu, Ustaz Hadi menegaskan calon hanya akan diumumkan selepas tarikh pilihan raya diketahui.

"Kebiasaannya PAS umum calon bila tahu tarikh pilihan raya, lepas itu kita tetapkan hari, sehari atau dua hari sebelum penamaan calon.

"Jadi kita minta PM umum awal pilihan raya supaya kita boleh umum calon," katanya.Muktamar tahunan PAS kali ke-58 ini dihadiri 1116 perwakilan daripada 183 kawasan.

Respon Tan Sri Harusani

"Saya sentiasa bertaubat selepas menunaikan solat, sebanyak 10 kali atas apa jua kesilapan yang dilakukan saya." Demikian menurut Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria menjawab kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib semalam, yang turut meminta beliau bertaubat.

Menurutnya, setiap manusia sentiasa melakukan kesalahan dan dengan bertaubat, umat Islam tidak akan terus berada dalam dosa di atas kesilapan yang dilakukan.

Harussani, antara pemimpin agama yang mendapat perhatian dana arena politik tempatan khususnya berkaitan idea kerjasama politik Pas-Umno menambah, "jadi, saya hanya meminta (Naib Presiden PKR) Nurul Izzah bertaubat apabila melakukan kesalahan.

Nota :-

1. Tan Sri kata beliau bertaubat setiap hari dan dilakukan selepas solat. ... sebagai orang Islam tentu saja Nurul Izah juga melakukan perkara yang sama termasuk umat Islam yang lain.

2. Tan Sri cuma mintak Nurul Izah bertaubat. .... Harun Taib juga membuat permintaan yang sama atas alasan dan sebab masing-masing.

3. Kalau Tan Sri, Ust Harun Taib & Nurul Izah duduk minum kopi bersama. ... kan cantik. .... boleh selesai ni.

15 November 2012

Tan Sri Harusani juga diminta bertaubat

KOTA BHARU: Ketua Dewan Ulamak PAS, Datuk Harun Taib berpendapat, jika Mufti Perak, Datuk Harussani meminta Nutul Izzah Anwar bertaubat kerana kenyataannya, dia (Harussani) juga harus bertaubat juga.

"Bagi saya dia (Nurul Izzah) tidak perlu (taubat) kerana taubat kalau buat kesalahan besar. Jika itu kena bertaubat, Harussani juga kena taubat kerana dia tak sokong perjuangan Islam," kata Ustaz Harun Taib.

Ustaz Harun berkata demikian ketika ditanya oleh wartawan tentang kenyataan Harussani yang meminta Nurul Izzah bertaubat kerana berkata, tidak ada paksaan dalam agama.

Bagi Harun, isu ini perkara biasa sahaja, "kita tak ambil berat isu itu, itu perkara biasa sahaja."

"Tanyalah benda yang lebih besar lagi misalnya yang (Tun Dr) Mahathir buat yang (Datuk Seri) Najib buat," kata Harun ketika diasak oleh wartawan mengenai isu itu dalam sidang media selepas perasmian Muktamar Dewan Ulamak PAS hari ini.

Menurutnya, Nurul Izzah membuat kenyataan, kebebasan itu tidak terhad kepada orang tertentu sahaja tetapi kepada semua bangsa.

"Misalnya orang Melayu sebelum masuk Islam dia bebas tetapi yang sudah masuk Islam, dia tidak bolehlah nak masuk Kristian ke," jelas Ustaz Harun.

Ketika ditanya kenyataan Nasharudin Mat Isa yang dikatakan meminta Nurul Izzah juga bertaubat, Ustaz Harun berkata, "Nasharudin dia punya pasal...Nurul Izzah nak bertaubat, apa kesalahan dia. Cuba nyatakan apakah dia kesalahan Nurul Izzah yang nyata."

Selamatkan Melayu dari khurafat Umno

KOTA BHARU - Dewan Muslimat Pas Pusat digesa bersama-sama parti itu menyelamatkan masyarakat Melayu Islam di negara ini daripada terus terperangkap dalam "khurafat Umno".

Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata: "Hari ini bukan musuh masuk dalam parti, musuh masuk dalam rumah, serangan pemikiran."

"Kita tidak boleh kawal anak-anak kita, maka jihad menjadi Fardu Ain, selamatkan orang Melayu kita yang mengaku Islam, yang tenggelam dengan khurafat Umno seolah-olah tidak ada kerajaan lain dalam dunia," kata Abdul Hadi ketika merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Pas kali ke-52 di sini, malam tadi. 

Justeru menurut Abdul Hadi, adalah penting muslimat Pas mempunyai pemahaman dan ilmu agama yang tinggi bagi menyampaikan mesej Islam sebenar kepada rakyat di negara ini.

"Saya mahu supaya muslimat kita berilmu dan faham. Jangan berilmu sahaja (tapi) tak faham.

"Tak ada ilmu tapi buat-buat faham juga tak boleh khususnya ilmu hendak menyampaikan mesej Islam kepada orang Melayu Islam yang termakan dengan khurafat Umno.   

"Islam adalah agama yang mendahului hak rakyat, menentang pemimpin-pemimpin yang berlagak jadi Tuhan, seolah-olah kerajaan itu maha suci, tak buat salah. Semua nabi-nabi menentang kerajaan yang seperti ini," kata Abdul Hadi lagi. 

Abdul Hadi turut mengulas berhubung peranan parti itu dalam berdakwah kepada masyarakat bukan Islam terhadap agama ini. 

"Kita perlu perkenalkan Islam kepada masyarakat bukan Islam... ajak mereka kepada Islam tanpa paksaan.

"Tapi kalau mereka (bukan Islam) tak mahu masuk Islam, perkenalkan kepada mereka konsep Islam adil untuk semua," katanya.

Sementara itu, ketika ditanya pada sidang media mengapa beliau begitu menekankan aspek ilmu dan faham dalam ucapannya, Abdul Hadi berkata, "kita kalau hendak buat apa pun mesti kena ada ilmu."

"Nak bawa kereta mesti kena ada ilmu pandu kereta. Nak kena lulus lesen pula untuk lulus ilmu itu.

"Dan ilmu itu mengikut keadaan semasa. Perkembangan semasa itu berkembang dan kita kena ikut lah. Islam itu sendiri adalah agama yang selaras dengan perkembangan semasa," katanya.

Sementara itu, beliau turut ditanya apakah Dewan Muslimat akan diberi lebih kerusi pada pilihan raya kali ini.Katanya, ia "telah ditimbangkan. Insya-Allah di samping kawasan yang sedia ada, ada tambahan lain."

14 November 2012

Dr. Hasan ditangkap 'khalwat'


PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman hari ini didenda RM3,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah setelah mengaku bersalah atas tuduhan khalwat.
   
Jika Dr Hasan, 56, gagal membayar denda itu, beliau boleh dipenjara selama tiga bulan.
   
Beliau didakwa berkhalwat dengan seorang pegawai kementerian sama, Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, 36, di sebuah bilik Hotel Pullman Putrajaya, di sini kira-kira 2.18 pagi hari ini.
   
Wan Syarifah Nooraazmanita turut mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut dan dikenakan denda RM2,900 atau penjara 30 hari jika gagal membayar denda itu.
   
Mereka membayar denda itu.

Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain mengenakan hukuman denda itu setelah mengambil kira bahawa ia merupakan kesalahan pertama bagi kedua-dua mereka dan mereka telah mengaku insaf terhadap kesalahan tersebut serta mempunyai niat melangsungkan perkahwinan selepas ini.
   
Dr Hasan didakwa mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 manakala Wan Syarifah Nooraazmanita didakwa mengikut Seksyen 27 (b) akta yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dari dua tahun jika sabit kesalahan.
   
Mengikut fakta kes yang dikemukakan oleh pendakwa syarie Che Saupi Che Husin dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), sepasukan anggota penguatkuasa dari JAWI bertindak memeriksa bilik tersebut selepas menerima maklumat awam.
   
Pasukan itu kemudiannya mengetuk pintu bilik itu dan lebih kurang lima minit ia dibuka oleh Dr Hasan yang berbaju kemeja berwarna biru dan berseluar coklat.
   
Selepas dibenarkan masuk oleh Dr Hasan, pemeriksaan mereka mendapati Wan Syarifah Nooraazmanita yang memakai baju dan berseluar hitam sedang duduk di kerusi berhampiran katil.

Hasil siasatan lanjut mendapati Dr Hasan merupakan seorang duda dan Wan Syarifah Nooraazmanita masih lagi isteri yang sah kepada pasangannya.
   
Wan Syarifah Nooraazmanita, bagaimanapun memberitahu mahkamah bahawa beliau dalam proses perceraian dengan suaminya.
   
Ketika merayu hukuman ringan, Dr Hasan berkata beliau mengaku bersalah dan bertanggungjawab atas kesalahan itu dan beliau belajar daripada kesilapannya dan insaf. - Bernama

Doa terbaik akhir tahun 1433H

Salam Maal Hijrah untuk semua rakyat Malaysia ... dan slmt bermuktamar untuk pimpinan dan ahli PAS ...

"Jgn lupa kejap lagi bila berdoa akhir tahun nanti, minta sekali kepada Allah Yang Maha Berkuasa semoga 1433H ini adalah tahun terakhir untuk Umno BN memerintah Malaysia. 

Semoga 1434H adalah sejarah penghijrahan kuasa dari BN kepada PR, dari pemerintahan yg mesra kroni kepada mesra rakyat, dari pemerintahan yg zalim kepada pemerintahan yang adil dan berkebajikan dibawah pemimpin beriman dan faham agama dan melaksanakan syariat.


Pesan kat imam bertugas hari ini yer.

13 November 2012

Berita SEDIH dari Batu Pahat Johor


Dah lama dah. ... dah muak. ... Umno dan Rasuah berpisah tiada. ... dengan ini walau pun Umno dilahirkan di Johor tapi Umno hari ini bukan macam Umno ASAL.

Umno asal berjuang dengah jerih, keringat dan air mata serta wang ringgit sendiri tapi umno hari tiada fulus al mampos lah mereka.

Umno sekarang tanpa wang jadi beruang jadi keinsafan hidup pun tak lama bukan kita nak menongkat dunia dan nama kesedaran bahawa masanya sudah tiba dan inilah saat terbaik maka kami sekampung sepakat untuk meninggalkan Umno.

12 November 2012

Umno pengamal politik rakus dan pembunuh karektor

Majoriti mengatakan Umno lah yang menjadi pengamal politik rakus dan pembunuh karektor.

Penganalisis politik melihat perkembangan politik kini dilihat lebih bersikap peribadi dan melangkaui jangkauan politik sebenar.

Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, apa yang terjadi kini adalah politik rakus di mana ahli politik berusaha mencari kedudukan.

“Inilah punca berlakunya 'pembunuhan karakter' seperti yang berlaku dalam isu video dikaitkan dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan beberapa isu lagi,” katanya.

Amalan politik itu tidak terhenti di situ sahaja. Ceramah parti politik turut diserang. Jentera pilihan raya termasuk bas yang digunakan juga menjadi 'mangsa'.

Menurutnya, isu 'pembunuhan karakter' bukan perkara baru dan pernah berlaku dalam sejarah politik negara cuma tidak menjadi terlalu besar seperti yang berlaku kini.

“Isu 'pembunuhan karakter' pemimpin politik kini seolah-olah menjadi fokus utama masa kini dan ini boleh memberi kesan kepada generasi akan datang.

"Jika fenomena ini terus berlarutan, golongan muda khususnya akan merasa muak dengan politik negara.

“Komuniti senyap masih belum bersuara kerana golongan ini yang dilihat bakal menjadi penentu kemenangan sesuatu parti pada pilihan raya umum nanti.

"Golongan yang membuat kecoh ini hanya segelintir saja dan kita semua mengharapkan suasana politik lebih berhemah dari pemimpin parti politik,” katanya.

Tambah beliau, sebagai pemimpin politik, mereka harus menjadi contoh dan rujukan kepada ahli parti terbabit bagi mengelakkan isu yang boleh menjejaskan kestabilan kaum di negara ini.

Sementara itu, Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, Prof Dr Ahmad Atory Hussain menyifatkan perkembangan yang berlaku dalam politik negara ketika ini menandakan pilihan raya umum (PRU) semakin dekat

"Saya menjangkakan PRU kali ini sengit sebab pembangkang banyak kerusi dan sebab itu kita dengar macam-macam perkara berlaku.

"Tidak seperti pilihan raya umum pada 2008 kerana  masa itu pembangkang tidak menjangka mereka menang banyak kerusi,” katanya.

Mengulas mengenai kekecohan yang berlaku kebelakangan ini beliau berkata, perkara itu boleh dielakkan jika Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerja dengan baik.

"Akan ada percubaan membuat kekecohan yang disebut ejen provokasi, sebab itu peranan polis penting dalam memastikan keadaan sentiasa aman.

"Provokasi mungkin juga boleh dibuat oleh dua pihak iaitu pihak kerajaan dan pembangkang, tetapi perkembangan ini tidak akan membuatkan politik negara menjadi politik ganas pada masa depan,” katanya.

Ahmad Atory berkata, beliau yakin keadaan politik negara akan bertambah baik kerana rakyat sudah semakin matang.

"Demonstrasi atau perhimpunan akan terus ada dan kerajaan juga sudah mewujudkan Akta Perhimpunan Aman dan ini satu langkah pendidikan politik yang baik bagi rakyat,” katanya.

Mengulas mengenai timbulnya isu skandal seks beberapa pemimpin parti politik tanah air, beliau tidak terkejut kerana fenomena ini bukanlah perkara baru dalam sejarah politik negara.

"Isu seperti pemimpin politik dikaitkan dengan skandal seks bukan perkara baru dan seingat saya pada setiap zaman perdana menteri terdahulu juga pernah timbul isu seperti ini, cuma bagaimana pemimpin terbabit menanganinya.

"Bagaimanapun, fitnah seperti ini jika tidak ditangani dengan cepat boleh mempengaruhi pengundi ada pilihan raya akan datang," katanya.

Ahmad Atory menyifatkan isu seperti itu adalah salah satu risiko menjadi seorang ahli politik dan merasakan akan ada lagi perkara seumpama itu pada masa akan datang.

Kolumnis Sinar Harian yang juga seorang penganalisis politik, Prof Rahman Shaari ketika dihubungi berkata, isu berkaitan politik ketika ini adalah kesan dari kemunculan media baru seperti internet dan mempengaruhi masyarakat dengan bahasa kotor yang digunakan dalam sesuatu isu.

Kemunculan media baru  seperti blog dilihat semakin ketara dan mengatasi pengaruh akhbar arus perdana ketika ini.

Kalau dulu hendak mengumpul orang ramai mengambil masa lama, tetapi kini apabila seseorang menulis saja di Twitter atau Facebook, sudah ramai yang boleh membacanya dengan cepat,” katanya.

Beliau menganggap apa yang berlaku kini ialah serangan media baru.

"Masyarakat pula dilihat mudah terpengaruh dengan apa yang ditulis di blog-blog, YouTube dan mungkin akan terbiasa dengan bahasa kasar seperti ‘seks’ dan sebagainya.

“Kalau dulu masyarakat kita malu hendak sebut perkataan ‘seks’, tapi kini apabila ia digunakan secara meluas terutama di media massa, bahasa kasar seperti ini akan menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita,” katanya.

11 November 2012

Forum kumpulan orang-orang gila talak

Pas Pusat menyifatkan segelintir ahli Pas Selangor menganjurkan satu forum semalam, yang secara terbuka mendesak parti itu kembali ke landasan asal perjuangan termasuk mengkaji semula hubungan dengan DAP, sebagai golongan bermasalah.

Malah, parti itu juga mendakwa penganjuran program sedemikian satu “fenomena biasa” menjelang pilihan raya umum.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, ada di antara mereka yang hadir merupakan ahli yang telah dipecat atas masalah disiplin dan ada yang ditolak sendiri oleh ahli-ahli Pas di bahagian masing-masing.

“Saya tidak mahu mendedahkan punca mengapa ada sebahagian daripada peserta program itu dipecat kerana tidak mahu mendedahkan aib orang lain.

“Saya tidak terkejut dengan penganjuran program seumpama itu memandangkan kita sekarang berada hampir dengan pilihan raya,” kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Mustafa menambah, “parti lawan akan sentiasa mencari jalan untuk menimbulkan persepsi negatif terhadap parti lawannya.”

“Sebenarnya, tindakan mereka itu  secara tidak langsung menunjukan mereka sudah menjadi alat Umno dan pemimpin-pemimpin dalam Pas sudah faham mengeni perkara ini,” katanya lagi.

Semalam, beberapa ahli Pas Selangor telah menganjurkan satu forum bertajuk Wacana Mengembalikan Pas ke Landasan Asaldi  Kuala Lumpur.

Program tersebut menampilkan dua sesi perbincangan.

Sesi pertama bertajuk Mengimbau Nostalgia Kegemilangan Pas dibarisi bekas Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Muslim Osman dan bekas Setiausaha Pas Selangor, Norman Toha serta moderator Pakar runding Akademi Aidit, Datuk Aidit Ghazali.

Sementara itu, untuk sesi kedua pula bertajuk Merealisasikan Saranan Mengembalikan Pas ke Landasan Asal dibarisi Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Prof Madya Dr Yusof Muhammad dan pengamal media, Mohd Reza Kamaruddin.

Pengurus Besar Operasi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Dr Shamsuddin Moner bertindak sebagai moderator.

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, yang juga Presiden Jalur Tiga (Jati) turut menyampaikan ucapan pada forum sehari itu.

Norman, yang juga Setiausaha Agung Jati, memberitahu Sinar Harian Online Hasan berucap atas permintaan peserta forum.

Forum itu meluluskan 11 resolusi, yang antara lain turut menyentuh mengenai hubungan Pas dengan DAP dan PKR.

Antara perkara yang disebutkan ialah dalam sistem Tahaluf Siyasi, Pas mesti menjadi parti peneraju bukan mengikut telunjuk DAP dan PKR.

Turut disebut, pemimpin Pas tidak seharusnya terlalu menyanjung pimpinan DAP dan PKR dalam masa sama menghina pimpinan sesama Islam.

Parti itu turut disarankan untuk mengkaji segera hubungannya dengan DAP dan PKR serta jika perlu mengadakan muktamar khas memandangkan pimpinan parti-parti tersebut telah menggelincirkan halatuju Pas untuk menegakkan  Islam dan melaksnakan hudud.

Ketika diminta mengulas mengenai resolusi itu, Mustafa berkata, perkara-perkara yang disebutkan itu tidak timbul dan Pas masih menetapkan pendirian untuk terus bersama dalam Pakatan Rakyat (PR).

“Pas akan terus bersama-sama Pakatan Rakyat,” tegas beliau.

Bagaimanapun, tambah Mustafa, sekiranya mereka ingin menyampaikan cadangan itu pada Muktamar Pas yang akan berlangsung minggu depan di Kelantan, ia boleh disalurkan melalui perwakilan.

Katanya, “muktamar berhak menyampaikan apa sahaja cadangan pada muktamar nanti. Cuma saya percaya cadangan seperti itu mungkin tidak akan diterima.

09 November 2012

Pilihanraya kariah masjid


PAS Pulau Pinang berkata, pilihanraya jawatankuasa kariah masjid sebagai usaha pendemokrasian institusi masjid.

“Langkah mereformasi institusi masjid ini dijalankan untuk meningkatkan tahap ketelusan. Ia juga selaras dengan perjuangan PAS ke arah urus tadbir kerajaan yang baik,” kata Timbalan Pesuruhjaya 1. Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang juga ahli Parlimen Parit Buntar.
Beliau turut menambah bahawa usaha pendemokrasian ini akan membendung isu-isu seperti penyalahgunaan kuasa dan sebagainya.
“Sebelum ini ketua bahagian Umno menyokong pencalonan masjid dan mereka terus mendapat jawatan tersebut,” kata Mujahid.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Abdul Kassim.
Malik dilaporkan mengumumkan bahawa pilihanraya jawatankuasa kariah masjid telah menerima perkenan Yang Di Pertuan Agung.
Pilihanraya tersebut akan dijalankan dari 15 Januari  hingga April  tahun hadapan.
Rancangan mengadakan pilihanraya ini dicadangkan pada tahun lalu tetapi mendapat tentangan terutamanya dari Umno.
“Pilihanraya yang akan dijalankan membabitkan 200 masjid masjid akan melihat 15 ahli jawatankuasa mereka dipilih untuk tempoh 2  tahun,” kata Malik yang menambah bahawa penamaan calon berlangsung sejak bulan lalu hingga akhir tahun ini.
Malik turut menjelaskan bahawa rancangan menundakan pilihan raya kariah ini pada tahun lepas ialah bertujuan untuk membenarkan Majlis Agama Islam Pulau Pinang membentuk jawatankuasa bebas untuk mengkaji perkara ini dan membentangkan hasil kajian untuk mendapat perkenan Agong.
Mujahid memberitahu FMT: “Secara rasional, pemilihan yang telus ini mencerminkan kehendak ahli qariah dan majlis agama pula memainkan peranan sebagai pemantau sahaja.
“Majlis agama akan meneliti nama – nama calon dari aspek undang – undang. Kalau tiada kes, mereka boleh bertanding.
Beliau turut menambah kuasa MAIPP kekal kerana ia mempunyai kuasa mutlak dalam isu ini.

08 November 2012

Umno gali kubur sendiri


Umno-BN sedang menggali kuburnya sendiri. Begitulah perkembangan politik mutakhir ini. Dalam beberapa isu besar yang berlaku akhir-akhirnya, Umno-BN dilihat lebih banyak bertahan daripada menyerang. Ada beberapa isu yang dilihat bakal menyusahkan Umno-BN mengekalkan kuasanya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 yang akan tamat tempohnya pada 24 April 2013.

1. Isu hudud Datuk Seri Chua Soi Lek. Dalam persidangan agung MCA yang lalu, presidennya Datuk Sri Chua Soi Lek buat kesekian kalinya menyerang hudud dan kenyataan menghina Islam. Beliau sebelum ini telah beberapa kali mengeluarkan kenyataan menghina Islam dan Umno dilihat seolah-olah merestuinya. 

Dari sudut politik, MCA mungkin bertujuan menarik kembali sokongan masyarakat Cina daripada DAP. Pada masa yang sama Umno berharap akan berlaku pertelingkahan antara PAS dan DAP. Namun, isu ini bukan sahaja tidak berupaya memecahkan tali persahabatan PAS dan DAP, malah menjadi senjata makan tuan. 

Walaupun isu ini tidak menjejaskan sokongan penyokong setianya dalam pertarungan politik. Namun, memberi peluru kepada musuh bukanlah sesuatu yang dimahukan oleh Umno.

2. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Isu PTPTN boleh menjadi salah satu pemangkin terkuburnya Umno-BN. Tawaran Pakatan Rakyat untuk melupuskan hutang PTPTN adalah sesuatu yang sukar ditolak oleh mahasiswa yang waras dan mengikuti perkembangan politik serta ekonomi semasa.

Berpuluh ribu graduan sama ada yang telah bekerja mahupun yang masih menganggur terikat dengan pinjaman tersebut. Ada yang mampu membayarnya, ada yang tidak mampu dan ada yang sengaja tidak mahu bayar.

Orang yang berhutang wajib melunaskan hutangnya, tetapi orang yang memberikan hutang boleh melupuskan hutang orang yang berhutang. Oleh itu, jika tawaran PR ini menjadi pilihan para peminjam PTPTN, nyawa Umno-BN bakal berakhir.

3. Gelombang Sabah. Sabah sebelum ini pernah diwar-warkan Sabah sebagai simpanan tetap Umno-BN. Namun, perkembangan politik Sabah akhir-akhir ini tidak boleh dipandang ringan. Pengunduran beberapa tokoh pemimpin Sabah daripada Umn-BN dan menyertai PR merupakan sesuatu yang amat menarik. Perkara ini berlaku kerana banyak sebab. Salah satunya, ramai rakyat Sabah yang sudah mula menyedari bahawa negeri mereka terpinggir daripada pembangunan fizikal walaupun hasil buminya yang banyak, namun hasil tersebut tidak sampai kepada mereka. Oleh itu, harapan diletakkan kepada pemerintah yang baru, jika berjaya menguasai kerajaan pusat.

Hakikatnya, Sabah pernah beberapa kali bertukar kerajaan antara Usno, Berjaya, PBS dan Umno. Salah satu kaedah pertukaran kerajaan ialah akibat pemimpin parti keluar parti dan menyertai parti lain atau menubuhkan parti baru. “Ini Kalilah”, Sabah bakal melakar satu lagi sejarah dalam politik tanah air. Pada kali ini, Sabah bukan sahaja mungkin menukar kerajaan negerinya sekali lagi, bahkan tidak mustahil membantu menukar kerajaan pusat sekali gus. 

4. Isu Felda. Kewujudan Felda merupakan suatu tapak yang paling baik bagi Umno-BN mengekalkan kuasanya. Hal ini kerana, Felda berada hampir di seluruh negara. Secara umumnya, peneroka Felda ialah penyokong tegar Umno-BN. Namun, dengan pelbagai perkembangan akhir-akhir ini menjadikan Felda bukan lagi simpanan tetap Umno-BN.

Warga Felda sudah mula bangkit, sudah berani menyaman kerajaan dan menuntut hak. Apatah lagi sudah ramai generasi keduanya yang berpendidikan tinggi dan tinggal di luar Felda. Generasi kedua ini menjadi lebih terbuka pemikirannya kerana banyak bercampur gaul dengan masyarakat luar dan terdedah dengan pelbagai maklumat.

Apatah lagi dengan isu Felda Global Ventures (FGV) yang menimbulkan lebih banyak persoalan daripada jawapan. Semakin lama isu ini berlangsung semakin banyak tembelang Umno-BN terlondeh dan semakin kurang penyokong Umno-BN. 

5. Warga pendidik. Jumlah warga pendidik hampir 500 ribu. Jumlahnya agak besar dan mempunyai kesan yang bukan sedikit terhadap keseimbangan politik negara. Walalupun isu yang membaitkan guru tidak sehebat isu FGV, namun perlu diingat, mereka merupakan golongan terpelajar. Berbanding warga Felda, mereka tentunya tidak mudah dibeli dengan sehelai kain batik atau RM50 atau sejumlah saham.

Oleh itu, sikap tidak prihatin Umno-BN terhadap beberapa isu pendidikan mungkin membawa padah. Salah satunya ialah perubahan status sekolah vokasional yang turut mengubah waktu bekerja daripada waktu biasa kepada waktu baru yang lebih panjang iaitu dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Bahkan pengenalan sistem Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) bukanlah sesuatu yang membuatkan warga pendidik menjadi semakin intim dengan Umno-BN. Sudahlah isu PPSMI sebelum ini masih belum kebah sepenuhnya. 

Dengan dasar yang sering berubah-ubah dan bebanan tugas yang semakin bertambah, saya tidak fikir Umno-BN semakin popular dalam kalangan guru.

PR menawarkan imbuhan secara bulanan jika berjaya membentuk kerajaan. Hal ini kerana, PR amat sedar bahawa golongan ini melakukan pekerjaan yang paling mulia iaitu menyampaikan ilmu kepada anak bangsanya. Mereka merupakan barisan paling hadapan dalam menentukan masa depan negara. 

6. Penyelewangan dana awam. Kemuncak kepada penyelewengan dana awam ialah kes yang membabitkan National Feedlot Corporation (NFC), syarikat milik suami Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Kes ini bukan semata-mata membabitkan menyalahgunaan dana awam yang banyak, tetapi pendedahan oleh laporan audit negara adalah sesuatu yang tidak boleh dinafikan dengan mudah oleh Umno-BN. 

Dalam kes ini, Perdana Menteri langsung tiada hujah untuk mempertahankannya, sehinggakan Datuk Seri Shahrizat terpaksa diturunkan daripada kerusi senatornya sekaligus jawatan menteri  yang dipangkunya.

Namun, rakyat tidak mudah untuk melupakan isu ini begitu sahaja. Penyelewangan dana awam sebanyak RM250 juta bukanlah sesuatu yang kecil anak. Banyak perkara yang dapat dimanfaatkan oleh rakyat jika wang sebanyak berada ditangan pemimpin yang jujur.

Jika rakyat mahukan duit ini dikembalikan atau isu ini diselesaikan, mereka tiada pilihan melainkan memberikan kuasa kepada PR pada PRU13 nanti.

7. Automated Enforcement System (AES). Pelaksanaan sistem ini bukan sahaja menimbulkan kemarahan rakyat, malah turut tidak dipersetujui oleh ahli parlimen dan penyokong Umno-BN sendiri. Hal ini kerana, sistem ini lebih banyak menyusahkan rakyat berbanding tujuan asalnya yang dikatakan untuk mendidik pengguna jalan raya. 

Dalam hal ini, pelaksanaan AES dilihat sebagai satu usaha kerajaan memeras duit rakyat dengan cara yang lebih mudah dan tersusun – atas nama kesalahan lalu lintas. Dalam hal ini rakyat bakal terbeban dengan saman dan tiada cara lain untuk menghentikan kegilaan ini melainkan memenangkan PR dalam PRU13 nanti.

8. Penurunan harga kenderaan. Sekali imbas isu penurunan harga kenderaan tidak akan menggugat Umno-BN. Namun dalam senyap isu ini telah menjalar dalam kalangan rakyat. 

Ayat, “Kalau nak beli kereta, tunggu selepas pilihan raya umum ke-13.” Biasa didengar di mana-mana. Hal ini menunjukkan bahawa perkara ini bukanlah sesuatu yang kecil. Hal ini kerana, sudah diketauhi umum bahawa harga kereta di Malaysia amat mahal berbanding dengan nisbah pendapatan dan kos hidup. Umum juga mengetahui bahawa cukai yang dikenakan begitu mahal terhadap kereta import demi menyelamatkan kereta nasional yang mempunyai kepentingan kroni padanya.

Jadi, tawaran PR bahawa akan menurunkan harga kereta apabila memenangi PRU13 nanti sememangnya sesuatu yang ditunggu oleh rakyat.

9. Cukai barangan dan perkhidmatan (Good and Service Tax – GST). Kenaikan cukai barangan dan perkhidmatan bukanlah sesuatu yang menjadi sebutan umum. Namun, apabila nilai wang menjadi semakin kecil, dan rakyat pula terdesak untuk memenuhi keperluan asas yang semakin tinggi nilainya berbanding pendapatan. 

Keperluan asas seperti tanah/rumah, kenderaan, kos pendidikan, kos makan minum dan kos perubatan semakin meningkat. Pada masa yang sama rakyat dilaungkan oleh pemimpin supaya berjimat cermat. Padahal rakyat dengan mata kepala sendiri melihat pemimipin negara dan konco-konconya hidup dalam suasana yang mewah.

Akhirnya, rakyat mula berfikir bahawa sesuatu perlu dilakukan untuk mengubah keadaan ini. Pemimpin cakap tidak serupa bikin. Rakyat bersusah payah membayar cukai tetapi pemimpin senang-senang sahaja membelanjakan dana awam tanpa mengambil kira kesusahan rakyat.

Pada masa yang sama mereka mula membandingkan, negeri-negeri yang diperintah oleh PR terutamanya Kelantan lebih telus dalam membelanjakan wang rakyat atau sekurang-kurangnya tidak membebankan dengan pelbagai cukai.

Kesimpulannya. Selain faktor di atas, banyak lagi kemungkinan yang bakal menamatkan riwayat Umno-BN. Senarai itu hanyalah sebahagian daripada senarai panjang kesilapan dan keangkuhan Umno-BN dalam melayan kehendak rakyat. Jika Umno-BN terus tidak berubah nescaya mereka akan rebah! 

Namun, walaupun Umno-BN dilihat tertekan dengan pelbagai isu, tetapi perlu diingat, mereka masih menguasai media dan pelbagai agensi kerajaan. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku terutama apabila PR tersilap strategi pada saat akhir menjelang pilihan raya.

02 November 2012

Royalti RM800,000,000.00 : Kelantan setuju selesai luar mahkamah


Kelantan bersedia untuk menyelesaikan isu tuntutan royalti minyak di luar mahkamah sekiranya Putrajaya memenuhi tuntutan RM800 juta royalti kerajaan PAS setiap tahun sejak 2005, kata exconya, Datuk Husam Musa.
Husam, yang mengetuai Gabungan Professional Menuntut Royalti Kelantan, sedang menimbangkan pengumuman kerajaan pada Selasa lalu yang menjanjikan RM100 juta kepada Pahang untuk pengambilan kawasan minyak di negeri tersebut.
“Tiada sebab untuk tidak membayar kepada Kelantan. Saya harap kita boleh selesaikan perkara ini di luar mahkamah,” katanya kepada The Malaysian Insider awal minggu ini.
Perjuangan Kelantan menuntut royalti minyak daripada Petronas telah berlanjutan sekian lama di mahkamah sejak ianya difailkan pada Ogos 2010, walaupun berjiran dengan Terengganu, penyelsaian negeri itu dibuat di luar mahkamah awal tahun ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Pahang dijangka akan menerima pembayaran khas sejumlah RM100 juta setahun bermula suku ketiga 2014, sebaik sahaja Petronas Carigali Sdn Bhd dan Lundin Oil memulakan pengeluaran minyak di Block PM 307 di lapangan minyak Bertam yang terletak di kawasan sejauh 160km dari pantai.
“Lapangan minyak itu terletak di kawasan kerajaan persekutuan,” kata Najib, yang juga Menteri Kewangan dipetik Bernama.
“Ia menjadi polisi untuk memberikan hasil minyak lima peratus secara tunai kepada Pahang.”
Jelas Husam (foto fail), jika kerajaan boleh memberikan bayaran kepada Pahang, Kelantan seharusnya menerima perkara yang sama seperti tertakluk di bawah Akta Pembangunan Petroleum 1974.

Beliau turut menjelaskan beberapa akhbar juga menggunakan istilah berbeza untuk menerangkan pembayaran minyak kepada Pahang.
NST (New Straits Times) gunakan perkataan ‘royalti’, Sinar menggunakan ‘bayaran tunai’,Star juga merujuk bayaran lima peratus itu sebagai ‘bayaran petrol’. Semuanya di bawah Akta Pembangunan Petroleum 1974, tanpa mengira istilah yang digunakan, ia mendiskriminasi Kelantan,” kata Adun Salor itu lagi.
Beliau menjelaskan Najib turut mengumumkan jawatankuasa khas pada Ogos lalu untuk menyemak “keperluan” pemberian tunai bayaran petroleum kepada Pahang, Kelantan, dan Terengganu, langkah yang dilihat bakal menyelesaikan perbalahan yang digunakan sebagai isu dalam pilihan raya umum.
“Sampai sekarang saya masih lagi tidak mendengar sebarang berita berkenaan jawatankuasa tersebut,” kata Husam.
Beliau juga yakin pengumuman Najib itu bagi meraih sokongan rakyat Pahang untuk pilihan raya umu ke-13 akan datang, yang mana harus dilaksanakan menjelang April berikutan mandat Barisan nasional (BN) akan tamat.
Pada Ogos 2010, Kelantan telah memfailkan saman terhadap Petronas kerana gagal membayar royalti untuk minyak dan gas yang dikeluarkan dikawasannya termasuk usahasama antara Terengganu, Thailand dan Vietnam.
Menurut mereka, Putrajaya berhutang RM800 juta setiap tahun sejak 2005, namun kerajaan menolak dakwaan tersebut ekoran kawasan perairan di mana lokasi tersebut dijalankan.
Namun Husam menjelaskan kepada The Malaysian Insider, terdapat kaedah untuk mengira perbezaan ratio untuk lima peratus royalti berkenaan kepada semua pihak yang berkepentingan di medan minyak sekiranya terdapat dua atau lebih pihak yang menyatakan perkongsian wilayah perairan.

AES : PR lawan Pusat

Pakatan Rakyat (PR)  hari ini menyatakan pendiriannya akan "lawan" jika Kerajaan Persekutuan mengambil tindakan undang-undang terhadap empat negeri Pakatan Rakyat (PR) yang mengambil keputusan untuk menangguhkan pelaksanaan  Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, PR juga mempunyai hak untuk mengambil tindakan mahkamah berhubung isu AES.Menurutnya, tindakan kementerian itu hanya memburukkan lagi keadaan mereka, yang ratanya bersetuju agar menangguhkan pelaksanaan AES termasuk ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional dan Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional.

Tambahnya, "mereka (Kerajaan Persekutuan) memang ada hak untuk merujuk Peguam Negara, tapi jika mereka mencabar kita dengan melakukan injuksi, situasi itu akan memburukkan keadaan mereka lagi.

"Lagipun semua orang minta menangguhkan pelaksanaan AES itu, termasuk Ahli Parlimen BN sendiri, dan Majlis Profesor Negara pun sokong AES ditangguhkan dan gunakan pendekatan lain untuk mendidik

"Ya, kita juga ada hak untuk ambil tindakan di mahkamah, kita akan lawan mereka di mahkamah jika mereka cabar kita," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Rabu lalu, Kementerian Pengangkutan menyatakan pihaknya akan merujuk kepada pegawai undang-undang dan pejabat Peguam Negara berhubung tindakan empat kerajaan negeri pimpinan PR menangguhkan pemasangan AES di negeri masing-masing.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, perkara ini tidak sepatutnya dijadikan modal politik kerana tujuan sebenar pemasangan AES ialah untuk melindungi rakyat di samping membentuk masyarakat berhemah dan berdisiplin di jalan raya.

"Kita akan merujuk kepada pihak Peguam Negara berhubung pelaksanaan di negeri-negeri pembangkang ini.

Saya tidak pasti mengenai peruntukan undang-undang berhubung perkara ini, sama ada mereka (kerajaan negeri) mempunyai hak terutamanya lampu isyarat, yang mungkin terletak di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

"Begitu juga jalan-jalan persekutuan atau lebuh raya yang di bawah PLUS. Walaupun ini berada di negeri-negeri mereka (pembangkang) tapi jalan raya ini adalah milik orang awam," katanya.

Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Pengerusi Kempen Anti Saman Ekor (Kase) berkata, PR tetap dengan pendirian menangguhkan perlaksanaan AES di negeri Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor.

Sementara itu, Mahfuz turut menafikan pembangkang menjadikan AES sebagai agenda politik.

Sebaliknya beliau mendakwa Pemuda Umno yang melakukan perkara tersebut.

01 November 2012

Politik tak kena tempat

Malam tadi ketika membantu mangsa-mangsa banjir di kampung Johan Setia termasuk memantau operasi mengepam air oleh JPS. ... seseorang mengirimkan sms ini.

Tidaklah menghairankan jika dari mamat ni. Cuma statement dia berkaitan isu yg dibangkitkan begitu melucukan. ... wajar juga bagi seseorang mengetahui geographi kampung-kampung berkenaan serta sejarahnya.

Jemputan Media - Banjir kali ke 3 dlm tempoh 1 bln di kpg AC dan Johan Setia klang, penduduk kpg hilang sabar kerana KESAS yg kerajaan Selangor miliki saham yg besar, tidak menyelenggara n menyelia saliran bwh seliaan KESAS hingga menyebabkan banjir manakala YB Shuhaimi dan YB Dr Mariah langsung tdk ambil tndkn utk selesaikan masalah.Penduduk akan buat demo dan menghalang lebuhraya kesas di hadapan tol kesas jalan kebun, esok 1 Nov, jam 11pg.Berkumpul di gerai hadapan SMK Jalan Kebun, Klang. Maklumat lanjut call 0136660648 SD Johari. TK

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini